HOME
Home » Kuala Krai » Zaharaida Homestay Kuala Krai Kelantan

Zaharaida Homestay Kuala Krai Kelantan

Posted at | Categorised in Kuala Krai

Zaharaida Homestay Kuala Krai Kelantan merupakan rumah Semi D 2 tingkat yang luas dan sangat selesa, dapat menapung jumlah ahli keluarga yang ramai.

Homestay jenis Semi D yang mempunyai 4 bilik, 3 bilik di bahagian atas dan satu bilik di tingkat bawah.  Kemudahan bilik air 3 bilik air iaitu 2 di tingkat atas dan sebuah di tingkat bawah.

BOSAN DGN BILIK HOTEL YANG BIASE-BIASE JE?

Isi borang di bawah!

Booking.com

Salah satu yang menjadi keutamaan kepada pelanggan homestay ialah ruang letak kereta.  Ini tidak menjadi masalah dengan Zaharaida Homestay Kuala Krai Kelantan kerana ianya mempunyai tempat letak kereta yang cukup luas.

Kadar sewaan Zaharaida Homestay Kuala Krai Kelantan pula sangat berpatutan jika berbanding dengan jenis rumah, keluasan dan bilangan bilik serta kemudahan yang diberikan. Hanya RM200 semalam.

Manakala pada musim cuti sekolah dan cuti umum anda hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250 sahaja, jauh lebih murah jika anda menginap di hotel.  Anda juga boleh membuat sewaan bagi tempoh sebulan dengan harga sebanyak RM1,300 termasuk bil utiliti.

Kemudahan dan kelengkapan Zaharaida Homestay Kuala Krai Kelantan:

Toto, bantal, tilam, selimut, katil di sediakan di kesemua bilik di tingkat atas.  Kelengkapan sapur untuk memasak dan peti sejuk,  TV dengan ASTRO dan VCD Player, mesin basuh disediakan.

Terletak berhampiran dengan Stesen Minyak Petronas yang mempunyai mesen ATM, Shell juga mempunyai mesen ATM.  Berdekatan juga dengan Highway Kuala Krai – Gua Musang yang mengambil masah lebih kurang 5 hingga 6 minit dengan memandu kereta.

Berdekatan dengan Restoren Kopitiam Dataran Damar (24 jam) 5 minit memandu.  Berdekatan dengan Pantai Timur Kuala Krai, Pusat Beli Belah Borong PKT – 10 minit memandu.

Berdekatan dengan Bandar Kuala Krai yang mempunyai kemudahan Bank-Bank Utama, Klinik, Pasar Basah, Pasar Pagi pada setiap hari Sabtu, Pasar Malam pada setiap Rabu dan Ahad – 10 minit memandu.   Kedai runcit hanya 100 meter dari rumah, 2-3 minit berjalan kaki.

Zaharaida Homestay Kuala Krai Kelantan ini boleh menampung sekurang-kurang 15-20 orang dalam satu masa. Jika rombongan anda melebihi 10 orang, sila bawa bantal dan selimut lebih.

Zaharaida Homestay Kuala Krai Kelantan

 

Zaharaida Homestay Kuala Krai Kelantan

Zaharaida Homestay Kuala Krai Kelantan

Lokasi Zaharaida Homestay Kuala Krai Kelantan yang strategik :

Bersebelahan dengan Surau (1 Minit berjalan kaki)

25 KM ke Machang (30 minit memandu)

75 KM ke Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh (1 jam memandu)

110 KM dari / ke Gua Musang (1 jam 30 minit)

40 KM ke Lata Rek (Air Terjun)

Berdekatan dengan MRSM Kuala Krai (10 minit memandu)

Berdekatan dengan SM Teknik Kuala Krai (10 minit memandu)

Di laluan Highway Kuala Krai – Gua Musang

Comment Closed: Zaharaida Homestay Kuala Krai Kelantan

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Zaharaida Homestay Kuala Krai Kelantan

Homestay Tasik Kuala Krai

Posted at

Homestay Tasik Kuala Krai   KAMIL-0137545711 Jenis Rumah : Banglo 2 Tingkat Status : Sewa Bilik sahaja Bilik Untuk di sewa : 4 bilik... Read More


0 Shares