HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Di Kuala Selangor Bukan Sekadar Monyet Dan Kelip-kelip

Tempat Menarik Di Kuala Selangor Bukan Sekadar Monyet Dan Kelip-kelip

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

If you are planning on vacation ... I recommend you book a hotel in Booking.com for Malaysia, Singapore or anywhere!

Tempat menarik di Kuala Selangor – Jika anda sangka hanya kelip-kelip dan monyet sahaja daya tarikan Kuala Selangor, anda silap! Tempat menarik di Selangor ini mempunyai 1001 khazanah alam yang menanti anda.

Bandar yang penuh bersejarah ini kian pesat membangun, namun tingalan sejarah tetap terjaga dengan baik. Kami senaraikan tempat menarik di Kuala Selangor ini yang jika anda ingin mengunjunginya tidak cukup dalam tempoh satu hari.

Tempat Menarik Di Kuala Selangor Bukan Sekadar Monyet Dan Kelip-kelip

Namun jangan bimbang terdapat banyak homestay di Kuala Selangor yang bersedia menunggu kedatangan anda dengan  pelbagai aktiviti yang menarik.

Kubu Tanjong Keramat

Tempat Menarik Di Kuala Selangor

Booking.com

Runtuhan kubu ini, juga dikenali sebagai Bukit Belanda terletak di sebuah bukit kecil berhampiran dengan kuala Sungai Selangor. Ia pada asalnya dibina oleh Sultan Ibrahim, Sultan Selangor ke-2, yang memerintah dari 1782-1826. Ia dittawan oleh Belanda pada tahun 1784 dan menamakannya Fort Utrecht.

Kubu itu adalah struktur dua tingkat yang dibina daripada granit dan tanah liat dan temboknya dibentengi dengan meriam. Terdapat dua pintu masuk, satu di utara dan satu di sebelah timur. Ada cerita menarik tentang tempat ini, yang mana seorang gadis yang melarikan diri dari kawin paksa (mungkin) menghabiskan riwayat hidupnya di sini, kerana pakaiannya di jumpai di kawasan itu, lantas keluarganya membina sebuah kubur di situ.

 

Tempat Menarik Di Kuala Selangor Bukan Sekadar Monyet Dan Kelip-kelip

thriftytraveller.wordpress.com

Berhampiran bukit kecil adalah sebuah makam yang dihormati oleh penduduk tempatan yang dikenali sebagai Makam Keramat Anak Dara atau Kubur Dara. Ia dihubungkan  oleh tangga kayu. Terdapat papan tanda berhampiran tangga yang menceritakan kisah seorang gadis alim muda yang dipaksa menikahi lelaki yang dia tidak suka.

Pada pagi majlis pernikahannya ia hilang semasa mencuci di sungai. Diceritakan gadis ini muncul dalam mimpi ibu ayahnya, meminta mereka tidak mencarinya kerana dia telah menemui tempat yang lebih baik. Pada keesokan hari, pakaiannya ditemui di atas pokok dan ibu bapa memutuskan untuk membina makamnya  di situ.

Tempat menarik ini tidaklah begitu glamour, tetapi bagi sesiapa yang suka kepada kisah-kisah misteri inilah tempatnya.

Telaga beracun

Tempat Menarik Di Kuala Selangor

Jika anda sedang merancang untuk bercuti ... Saya mengesyorkan anda membuat tempahan di Booking.com untuk Malaysia, Singapura atau di mana sahaja!

Sebuah telaga beracun antara tinggalan sejarah yang masih kekal hingga sekarang. Di puncak bukit benteng kubu pertahanan Kota Malawati telaga ini dijaga dengan baik. Ianya dibina untuk menyiksa para penderhaka dengan merendam mereka sehingga paras dagu.

Beberapa jenis getah beracun dan miang rebung dimasukkan ke dalam perigi ini bagi tujuan penyiksaan.

Muzium Permainan Tradisional Rakyat

Tempat Menarik Di Kuala Selangor Bukan Sekadar Monyet Dan Kelip-kelip

Muzium Permainan Tradisional Rakyat adalah sebuah muzium di Bukit Malawati di Kuala Selangor. Terletak di bukit, untuk ke muzium ini anda perlu berjalan kaki menaiki beberapa anak tangga. Muzium ini mempamerkan pelbagai permainan tradisional seperti congkah dan sepak raga. Jika hanya ingin melihat dari luar anda boleh menaiki trem yang disediakan pada hari Sabtu dan Ahad untuk mengelilingi Bukit Malawati, pada hari bekerja boleh saja memandu kereta sendiri.

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

Muzium Sejarah Kuala Selangor menyediakan informasi perkembangan pembangunan bandar dan kawasan sekitarnya, peranannya sebagai pusat perdagangan untuk pengumpulan dan eksport bijih timah dan menceritakan bagaimana suatu masa dulu Kuala Selangor adalah ibu negeri Selangor.

Muzium ini menceritakan 3 teori tentang bagaimana Selangor mendapat namanya, yang sangat menarik berasal dari perkataan salang dan jemur, merujuk kepada dua jenis hukuman kepada orang salah yang mungkin telah dilakukan di sini. Muzium ini mengandungi beberapa diorama, memaparkan senjata lama, spesimen mata wang lama dan artifak lain.

Muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 9:30 pagi – 5:30 petang (ditutup pada hari Isnin). Kemasukan adalah percuma.

Monyet Kuala Selangor

Tempat Menarik Di Kuala Selangor

http://besiwaja.blogspot.my

Bukan sekadar monyet tapi monyet “silver leaf monkeys” akan setiap kunjungan anda. Mereka telah biasa dengan manusia, setiap kali rombongan pelawat datang, mereka akan mengerumuni kerana sudah tahu pasti ada makanan.

Monyet-monyet ini tidak takut pada manusia, anda boleh beri makan di atas tapak tangan. Monyet berwarna gelap ini tidak merasa malu meminta makanan. Terdapat juga anak-anak monyet yang berwarna perang yang sangat comel.

Inilah tempat menarik di Kuala Selangor yang unik dan sukar didapati di kawasan lain.

 

Share This Post:

No comment for Tempat Menarik Di Kuala Selangor Bukan Sekadar Monyet Dan Kelip-kelip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to Tempat Menarik Di Kuala Selangor Bukan Sekadar Monyet Dan Kelip-kelip

Klana Beach Resort Port Dickson Resort In Negeri Sembilan Without Swimming Pool

7 Resort In Negeri Sembilan With Swimming Pool Vacation Drove

Posted at

If you are planning on vacation ... I recommend you book a hotel in Booking.com for Malaysia, Singapore or anywhere! 7 Resort in Negeri... Read More

Fishing Bay Resort In Johor With Swimming Pool

7 Resort In Johor With Swimming Pool Vacation Drove

Posted at

If you are planning on vacation ... I recommend you book a hotel in Booking.com for Malaysia, Singapore or anywhere! 7 Resort In Johor... Read More

Best Cameron Highlands Hotels In Malaysia

79 Best Cameron Highlands Hotels In Malaysia Grab The Limited Offer

Posted at

If you are planning on vacation ... I recommend you book a hotel in Booking.com for Malaysia, Singapore or anywhere! 79 Best Cameron Highlands... Read More

Awana Porto Malai Langkawi With Swimming Pool

Resort In Langkawi With Swimming Pool Vacation Drove

Posted at

If you are planning on vacation ... I recommend you book a hotel in Booking.com for Malaysia, Singapore or anywhere! Resort In Langkawi With... Read More

Air Keroh D'Village Resort In Melaka With Swimming Pool

Resort In Melaka With Swimming Pool Vacation Drove

Posted at

If you are planning on vacation ... I recommend you book a hotel in Booking.com for Malaysia, Singapore or anywhere! Resort In Melaka With... Read More