Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Dalam Malaysia Yang Anda Belum Tahu

Tempat Menarik Dalam Malaysia Yang Anda Belum Tahu

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Halaman ini menyenaraikan tempat menarik dalam Malaysia mengikut susunan negeri-negeri yang dirasakan dapat membantu memberikan idea tambahan untuk mencari tempat menrik untuk dilawati samada percutian bersama keluarga atau mengadakan majlis-maljis tertentu.

Tempat menarik dalam Malaysia di negeri Perak

Tempat Menarik Malaysia

Jika anda merancang untuk pergi bercuti... saya syorkan anda membuat tempahan hotel, resort atau homestay di Booking.com bagi percutian di Malaysia, Singapura atau di mana sahaja!

Salah sebuah tempat menarik Malaysia di Ipoh Perak

Booking.com

Negeri Perak sebuah negeri yang luas dan memanjang dari utara hingga ke selatan yang bersempadan dengan negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Selangor.

Tempat menarik di Perak merangkupi tempat bersejarah, tempat menarik pantai dan pulau, tempat menarik hutan dan gua batu kapur dan banyak lagi

Tempat menarik dalam Malaysia di negeri Kedah

Tempat menarik Malaysia negeri Kedah

Negeri Kedah merupakan jelapang padi bagi negara Malaysia.Anda boleh menikmati kehidupan sebagi pesawh padi dengan menginap di homestay di negeri ini. Bukan itu saja, Kedahn juga mempunyai tempat-tempat menarik seperti Langkawi yang merupakan pulau  dan peranginan dan menjadi destinasi percutian pilihan pelancong dalam dan luar negeri. Teruskan bacaan..

Tempat menarik dalam Malaysia di negeri Pahang

Tempat Menarik Malaysia

Negeri pahang merupakan negeri terluas di Semenanjung mempunyai banyak tempat menarik seperti Cameron Highlands, Bukit Freaser, Genting Highlands, Bukit Tinggi hinggalah ke tempat menarik tepi pantai seperti Cherating. Di Pahang juga terdapat Taman Tema yang menarik di Gambang berhampiran Kuantan.

Anda juga boleh berseronok di Taman Negara yang terletak di negeri Pahang yang mengandungi sungai-sungai yang jernih untuk diterokai, hutan belantara untuk jungle trekking, atau mendaki gunung Tahan . Baca lagi tempat menarik Malaysia di negeri Pahang...

Tempat menarik dalam Malaysia di Kuala Lumpur

Tempat Menarik Malaysia

Kuala Lumpur ibu negara Malaysia yang terletak di tengah-tengah negeri Selangor mempunyai banyak tempat menarik yang “moden” dan bertaraf dunia. Banyak tempat hiburan keluarga, tempat pemeliharaan binatang seperti zoo dan taman burung, taman-taman rekriasi malah anda boleh menaiki helikopter mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur dari udara untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan.

Boleh dikatakan seluruh bandaraya Kuala Lumpur sangat menarik untuk dikunjungi seperti KLCC, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India tempat membeli-belah. Melawat bangunan bersejarah di tengah-tengah kota atau beribadat di Masjid Jamek Kuala Lumpur yang terletak di pertembungan Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Jik anda ingin mandi-manda bersama keluarga, anda boleh juga ke Air Terjun Yang Menarik Selangor Dan Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dengan Kuala Lumpur.

Tempat menarik dalam Malaysia di negeri Selangor

Tempat menarik Malaysia di negeri Selangor

Selangor terletak berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukan Selangor mengelilingi Kuala Lumpur, memudahkan anda dari Kuala Lumpur berkunjung tempat menarik di negeri Selangor ini. Anda boleh baca Senarai Tempat Percutian Menarik Selangor yang mungkin dapat memberikan anda idea destinasi pelancongan yang boleh anda kunjungi.

Banyak air terjun menarik di Selangor seperti air terjun Hulu langat, air terjun Hulu Selangor atau 10 Tempat Paling Menarik Sabak Bernam Selangor di bahagian utara.

Tempat menarik dalam Malaysia di negeri Perlis

tourist attractions

Perlis negeri terkecil di Malaysia terkenal dengan pengeluaran hasil pertanian mangga Harum Manis. Walaupu Perlis sebuah negeri yang kecil tetapi mampu memebrikan banyak pilihan tempat menarik alam semulajadi seperti Gua Kelam, Hutan Lipur Bukit Ayer, Bukit Keteri, Taman Negeri Perlis, Hutan Lipur Bukit Kubu, Tasik Timah lasoh dan banyak lagi.

Tempat menarik dalam Malaysia di negeri Melaka

Melaka bandar bersejarah

Melaka bandar bersejarah, terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah tinggalan penjajah Portugis. Merupakan “places to go on vacation” yang terbaik. Terdapat banyak tempat menarik seperti bustel, zoo melaka, dan tempat makan-makan seperti kelapa shake Klebang. Jika ingin mengenali sejarah kegemilangan pemerintahan kerajaan Melayu, berkunjunglah ke negeri Melaka. Baca lagi…

Tempat menarik dalam Malaysia di Negeri Sembilan

tempat menarik dalam malaysia di negeri sembilan

myinfo.asia

Negeri Sembilan pesat membangun, namun tempat menarik tepi pantai Port Dickson masih lagi terpelihara. Banyak terdapat hotel, resort dan homestay yang dibina untuk menampung keperluan pelancong. Walau pun terdapat banyak tempat menarik lain dalam Malaysia, tetapi Port Dickson masih menjadi salah satu pilihan utama pelancong tempatan dan luar negara. Baca destinasi menarik Negeri Sembilan…

Tempat menarik dalam Malaysia di negeri Pulau Pinang

Pulau pinang atau terkenal dengan panggilan Pulau Mutiara mempunyai keunikannya yang tersendiri. Sebuah pulau peranginan menjadi pilihan pelancong dari zaman dulu lagi. Keistimewaan pengangkutan ferinya dan dua buah jambatan yang menghubungkan pulau ini dengan tanah besar sangat menarik.

Sangat banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Teruskan bacaan mengenai destinasi menarik Pulau Pinang…

Tempat menarik dalam Malaysia di negeri Johor

Siapa kata negeri Johor tak ada tempat menarik? Pernah dengar lego land? Itu tempat menarik terbari di negeri Johor, tempat menarik ini bertaraf dunia, hampir keseluruhan tempat hiburan ini menggunakan permainan lego. Bukan itu saja anda boleh ke Desaru, Air Terjun Kota Tinggi atau makan-makan di Danga Bay.  Jom kita baca tentang tempat percutian menarik negeri Johor…

Tempat menarik dalam Malaysia di negeri Kelantan

Tempat menarik dalam Malaysia di negeri Kelantan

Kelantan negeri yang sangat unik di Malaysia, masyarakat Melayu di sangat kuat berniaga. Jika anda ingin melihat kehebatan wanita Melayu dalam perniagaan anda boleh berkunjung di sini. Antar tempat menari negeri Kelantan ialah bandar Kota Bharu itu sendiri.

Di sini terdapat beberapa pokok tamar yang sering berbuah dengan lebatnya, terletak di bulatan di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Walaupun negeri ini sering dilanda banjir besar, tetapi penduduk di sini sangat kuat menerima dugaan ini.

Antara tempat menarik di Kelantan ialah Wakaf Che Yeh di Kota Bharu, pusat mengeluaran batik di Pantai Cahaya Bulan, tempat membeli belah seperti Rantau Panjang, Pengkalan Kubur dan Bukit Bunga. Lagi tempat pelancongan menarik di kelantan…

Tempat menarik dalam Malaysia di negeri Terengganu

Terengganu mempunyai lengok bahasa yang menarik, buka itu sahaja malah Terengganu mempunyai tempat pelancongan yang sungguh indah dan menarik. Tak kira di bahagian mana pun anda pergi di Terengganu pasti anda menemui keunikan samada keindaham alam semulajadi, makanan, loghat bahasa.

Terengganu juga mempunyai banyak pulau peranginan yang harus anda kunjungi. Jika anda sukakan air sungai yang sangat jernih, anda patut baca entri ini…

Share This Post:

Comment Closed: Tempat Menarik Dalam Malaysia Yang Anda Belum Tahu

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Dalam Malaysia Yang Anda Belum Tahu

Comfortable Cameron Highlands Homestay

Comfortable Cameron Highlands Homestay Guaranteed Best Price

Posted at

Comfortable Cameron Highlands Homestay Guaranteed Best Price. The highlands of Cameron Highlands, which began exploring in 1885, have different beauty from many of the... Read More

Hotel Maison Boutique Luxury Hotels In Bukit Bintang Kuala Lumpur

Luxury Hotels In Bukit Bintang Kuala Lumpur Ideal Accommodation Options

Posted at

Luxury Hotels In Bukit Bintang Kuala Lumpur Ideal Accommodation Options. Compare Kuala Lumpur hotels and Bukit Bintang hotels from over 330 hotels to find your perfect hotel room. No change or cancellation fees! Located... Read More

Cameron Highlands Apartment Muslim Best Homestay In Cameron Highlands

Best Homestay In Cameron Highlands Offering Quality Accommodations

Posted at

Best homestay in Cameron Highlands offering quality accommodations in the sports, sightseeing district of Cameron Highlands, Popular homestays pick for both business and leisure. Cooling breeze that... Read More

Shangri-La Luxury Hotels In Kuala Lumpur Malaysia

Luxury Hotels In Kuala Lumpur Malaysia Ideal Accommodation Options

Posted at

Luxury hotels in Kuala Lumpur Malaysia ideal accommodation options, the beautiful and multicultural Malaysia is an excellent choice for a honeymoon adventure as you can spend... Read More

Izumi Hotel - Best Kuala Lumpur Homestay

49 Best Kuala Lumpur Homestay Looking Conveniently Located Hotel In Kuala Lumpur

Posted at

Another 49 Best Kuala Lumpur Homestay Gateway Features Accommodation. Most booked homestays in Kuala Lumpur this month. Mercu summer suites looking for is a conveniently located hotel in Kuala... Read More