Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
HOME
Home » Tempat Menarik » 9 Tempat Percutian Menarik Asia Tenggara Dengan Cuaca Sejuk

9 Tempat Percutian Menarik Asia Tenggara Dengan Cuaca Sejuk

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Dah jemu nak pergi bercuti ditempat percutian menarik kerana cuaca panas? Mari kita tinjau 9 Tempat Percutian Menarik Asia Tenggara Dengan Cuaca Sejuk.

9 Tempat Percutian Menarik Asia Tenggara Dengan Cuaca Sejuk

Sesekali nak juga pergi bercuti ke tempat cuaca sejuk. Tapi… nak ke eropah, US, jepun atau Korea? Kena keluar banyak duit, maklum sajalah keadaan ekonomi sekarang bukan bagus sangat. Lagi pulak nilai matawang negara-negara maju ni lebih besar dari nilai duit kita.

Jika anda merancang untuk pergi bercuti... saya syorkan anda membuat tempahan hotel, resort atau homestay di Booking.com bagi percutian di Malaysia, Singapura atau di mana sahaja!

Confirm tergelincir bajet, betul tak?

Booking.com

Jangan susah hati jika anda kurang bajet untuk beli tiket kapalterbang mahal-mahal semata-mata nak rasa cuaca sejuk. Mungkin anda tak terfikir, di Asia Tenggara ini pun ada tempat-tempat percutian menarik dengan cuaca sejuk, tapi tak lah sejuk sampai turun salji.

Yang menariknya, tempat percutian ini semua tak menjejaskan bajet anda, kebanyakkannya terletak di negara yang nilai duitnay jauh lebih kecil dari Ringgit Malaysia. Tapi keseronokkannya tetap sama.

Tak usah buang-buang duit pergi tempat jauh jika ada yang dekat, tak perlu buang duit pergi tempat mahal jika ada yang murah.

Jadi kalau anda memang dah sedia nak pergi melancong dengan kebebasan kewangan, pilih saja salah satu dari 5 tempat percutian menarik yang kami senaraikan ini.

Negara Vietnam

Hanoi

Tempat Percutian Menarik Asia Tenggara Dengan Cuaca Sejuk

Tidak dapat dinafikan Hanoi tempat percutian menarik Asia Tenggara menawarkan satu destinasi pelancongan yang menarik di Asia Tenggara. Suhu di sini boleh mencecah hingga 19°C terutamanya dari bulan Disember hingga bulan februari. Hamoi juga terkenal dengan gelaran “Paris of Asia”.

Antara tempat menarik yang boleh anda lawati di Hanoi termasuklah Old Quarter, Tasik Hoan Kiem, Pasar Malam Hanoi, Kuil Kesusasteraan, Penjara Hoa Lo dan anda boleh berihat di pulau-pulau yang cantik di sini.

 Sapa Lao Chai

Tempat Percutian Menarik Asia Tenggara Dengan Cuaca Sejuk

palmvietnamtravel.com

Kawasan lereng pergunungan ini menghidangkan pemandangan menghijau yang sangat cantik. Susunan sawah padi yang menghijau, memukau pandangan. Suasana sejuk mungkin membuat anda lupa yang anda masih berada di benua Asia Tenggara.

Suhu di sini boleh mencecah 13 hingga 8°C. Memang teramat sejuk bagi orang Malaysia.

Thailand

Chiang Mai

Chiang Mai

Nak melawat Chiang Mai? Pilihlah antara bulan November hingga Februari, cuaca di sini paling sejuk. Tempat percutian menarik Asia Tenggara yang sarat dengan kebudayaan kehidupan. Jangan lupa melawat Taman Negara Doi Inthanon anda akan terpegun menyaksikan keindahan bunga sakura ala-ala Jepun.

Bangkok

Tempat Percutian Menarik Asia Tenggara Dengan Cuaca Sejuk

Bangkok boleh dikatakan kota paling sibuk di Asia Tenggara. Tidaklah terlalu sejuk, dalam bulan-bulan tertentu suhu  cecah 21°C. Antara tempat menarik di Bangkok Dermaga Wang Lang (Siriraj) yang terletak di bahagian selatan terusan Khulong Noi Bangkok. Keseronokan di sini ialah meniki feri melalui terusan dan melihat rumah-rumah terapung tradisi

Filipina

Bandar Tagaytay

destinasi percutian menarik

Salah sebuah negara pulau yang menjadi destinasi percutian menarik di Asia Tenggara dan unik.

Tagaytay adalah sebuah bandar percutian popular di selatan Manila di pulau Luzon. Dikenali dengan iklim yang sederhana, ia terletak di atas bukit di atas Taal Volcano Island, sebuah gunung berapi aktif yang dikelilingi oleh Tasik Taal. Menghadap kawasan ini, People’s Park in the Sky iaitu sebuah rumah presiden yang tidak siap. Picnic Grove adalah kawasan rekreasi yang terdapat di sini.

Walaupun tidaklah sesejuk destinasi percutian menarik di Asia seperti yang lain, tapi Bandar Tagaygay amat unik.

Suhu di Bandar Tagaytay boleh mencecah sehingga 22°C.

Boracay

Tempat Percutian Menarik

Boracay, tanpa bayang-bayang keraguan, destinasi pantai utama dan salah satu tempat menarik utama untuk dilawati di Filipina. Dipilih sebagai salah sebuah pulau terbaik di dunia pada tahun 2015 oleh para pembaca Conde Nast Traveller, pulau yang terkenal di dunia ini menarik pelancong dari seluruh penjuru bumi dengan panorama matahari terbenam yang sangat indah, perairan yang mempesonakan dan pasir putih lembut. Tambahan pula, ia mempunyai pemandangan kehidupan malam yang sangat mengasyikkan yang akan memberi anda ketenangan.

Indonesia 

Gunung Rinjani L0mbok

 

Gunung Rinjani L0mbok

wisatabaru.com

Gunung Rinjani yang terkenal di Gunung Rinjani adalah gunung berapi yang menarik di pulau Lombok. Pendakian ke puncak adalah salah satu pengalaman paling menggembirakan yang boleh anda alami di Indonesia. Di ketinggian 3.726 meter, Gunung Rinjani adalah gunung kedua tertinggi di Indonesia. Mendaki ke puncak mungkin tidak mudah tetapi ia berbaloi, dan secara meluas dianggap sebagai salah satu pandangan terbaik di negara ini.

Sebahagian daripada ‘cincin api’ yang terkenal di gunung ini juga mempunyai kepentingan rohani bagi penduduk tempatan.

Sekitar lereng Rinjani terdapat hutan subur yang ditaburi dengan air terjun dan dikelilingi oleh pemandangan yang menakjubkan.

Malaysia

Kundasang, Sabah

Haa… tak perlu pergi jauh, di Malaysia pun ada tempat percutian menarik yang sejuk sesejuk di New Zealand. Eh tak lah sesejuk di New Zealand, tapi keindahan struktur alammya hampir menyamai negara New Zealand.

Apa yang boleh kita nikmani di Kundasang?

Sosodikon (Pyramid) Hill

Bukit Sosodikon kudasang

Bukit Sosodikon menjanjikan pemandangan yang sangat menarik. Cumanya anda perlu sedikit bertenaga untuk mendaki selama 20 minit. Pemandangan puncak bukit yang meruncing macam piramid sangat menakjubkan.

Ada banyak lagi tempat menarik di Sabah yang sejuk-sejuk.

Cameron Highlands

Cameron Highlands

adventoro.com

Tak perlu diperkenalkan lagi, Cameron Highlands memang menarik.

Cameron Highlands pernah melakar sejarah sebagai kawasan yang mencatat suhu paling rendah dalam negara iaitu 7.8 darjah Celcius pada Februari 1978

Share This Post:

No comment for 9 Tempat Percutian Menarik Asia Tenggara Dengan Cuaca Sejuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to 9 Tempat Percutian Menarik Asia Tenggara Dengan Cuaca Sejuk

Comfortable Cameron Highlands Homestay

Comfortable Cameron Highlands Homestay Guaranteed Best Price

Posted at

Comfortable Cameron Highlands Homestay Guaranteed Best Price. The highlands of Cameron Highlands, which began exploring in 1885, have different beauty from many of the... Read More

Hotel Maison Boutique Luxury Hotels In Bukit Bintang Kuala Lumpur

Luxury Hotels In Bukit Bintang Kuala Lumpur Ideal Accommodation Options

Posted at

Luxury Hotels In Bukit Bintang Kuala Lumpur Ideal Accommodation Options. Compare Kuala Lumpur hotels and Bukit Bintang hotels from over 330 hotels to find your perfect hotel room. No change or cancellation fees! Located... Read More

Cameron Highlands Apartment Muslim Best Homestay In Cameron Highlands

Best Homestay In Cameron Highlands Offering Quality Accommodations

Posted at

Best homestay in Cameron Highlands offering quality accommodations in the sports, sightseeing district of Cameron Highlands, Popular homestays pick for both business and leisure. Cooling breeze that... Read More

Shangri-La Luxury Hotels In Kuala Lumpur Malaysia

Luxury Hotels In Kuala Lumpur Malaysia Ideal Accommodation Options

Posted at

Luxury hotels in Kuala Lumpur Malaysia ideal accommodation options, the beautiful and multicultural Malaysia is an excellent choice for a honeymoon adventure as you can spend... Read More

Izumi Hotel - Best Kuala Lumpur Homestay

49 Best Kuala Lumpur Homestay Looking Conveniently Located Hotel In Kuala Lumpur

Posted at

Another 49 Best Kuala Lumpur Homestay Gateway Features Accommodation. Most booked homestays in Kuala Lumpur this month. Mercu summer suites looking for is a conveniently located hotel in Kuala... Read More