Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
HOME
Home » Tempat Menarik » 8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati!

8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati!

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak

Negeri Perak sebuah negeri yang besar, memanjang dari Parit Buntar di utara hingga ke Tanjung Malim sudah semestinya mempunyai tempat menarik paling best di Perak ni.

Destinasi pelancongan di negeri perak terlalu banyak, meliputi kepulauan, sungai jeram dan air terjun, gua, tasik, bangunan lama tinggalan sejarah, hutan rekriasi dan alam semula jadi.

Jika anda merancang untuk pergi bercuti... saya syorkan anda membuat tempahan hotel, resort atau homestay di Booking.com bagi percutian di Malaysia, Singapura atau di mana sahaja!

1. Tempat Menarik Paling Best Teluk Intan

Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati Ramai Tak Tahu!

Booking.com

Baca: 10 Tempat Percutian Menarik Hulu Selangor Yang Memepersonakan

Hanya ada satu sahaja menara cindong di Asia dan dua di dunia sebab itu Menara Jam Condong Teluk Intan menjadi Tempat Menarik Paling Best, kerana keunikannya. Asalnya sebuah tangki air untuk kegunaan penduduk sekitar Teluk Intan. Ianya juga penunjuk waktu kerana terdapat sebuah jam besar di puncak menara ini yang masih berfungsi hingga hari ini.

2. Tempat Menarik Paling Best Batu Gajah

Tempat Menarik Paling Best Di Perak

Baca… Homestay Penang Pilihan Yang Menyeronokkan

Jika anda kuat semangat dan minat dengan mengkaji kesan sejarah. Tempat menarik paling best Batu Gajah tidak harus anda lepaskan. Bangunan istana ini mempunyai misteri kisah cinta seorang suami kepada isterinya. Cinta yang amat mendalam hampir sama dengan kisah cinta Tajmahal tetapi Kellie Castle dibina semasa isterinya masih hidup.

Jika anda berkunjung ke sini, seorang juru cakap akan menerangkan segala-galanya. Malah anda boleh merasai sendiri keseraman semasa berada disini seperti dalam rancangan Seekers.

3. Tempat Menarik Paling Best Gerik

Tempat Menarik Paling Best Gerik

sobriyaacob.com

Baca… Hotel Reservations Di Destinasi Menarik Dalam Malaysia

Tempat Menarik Paling Best Gerik sangat lengkap jika anda peminat flora dan fauna. Hutan simpan yang berusia jutaan tahun penuh dengan khazanah alam yang tak terdapat di tempat lain. Bukan sahaja boleh menjalankan aktiviti jungle tracking, hiking atau mendaki malah boleh juga berakit atau menikmati keseronokan menjelajah Tasik Banding menggunakan speed boat.

Anda mungkin telah biasa melihat bunga raya tetapi jika anda ingin melihat bunga yang terbesar di dunia, berkunjunglah ke Tempat Menarik Paling Best ini untuk melihat sendiri bunga Refflesia.

Di sini anda berpeluang melihat ribuan jenis serangga pelik yang menarik dan berkunjung ke perkampungan Orang Asli.

Untuk masuk ke Hutan Simpan Belum ini anda wajib mendapatkan permit terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum masa lawatan.

4. Tempat Menarik Tasik Merah

Tempat Menarik Tasik Merah

Baca… Tempat Pelancongan Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia

Untuk melihat Orang Utan dari dekat, tak semestinya perlu pergi ke Sabah. Selain boleh mandi manda di sini, anda juga boleh ke Pulau Orang Utan bersama keluarga. Aktiviti ini dapat meluaskan pengetahuan anak-anak tentang kehidupan haiwan liar yang jarang-jarang boleh dilihat.

Anak-anak boleh berseronok melihat bagaimana bayi comel Orang Utan disusukan dan bagaimana mereka dipakaikan lampin. Melihat gelagat mereka sungguh menyeronokkan.

Lagi tempat menarik dalam Malaysia

Senarai destinasi menarik Selangor

Senarai Destinasi Menarik Cameron Highlands

Destinasi Menarik Melaka Rugi Sangat-sangat Jika Anda Tidak Kunjungi

5. Tempat Menarik Sungai Klah Sungkai

Tempat Menarik Sungai Klah

coachnvanrental.com.my

Baca… Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Dan Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air

Inilah satu-satunya Kolam Air Panas yang dibangukan dengan prasarana yang terbaik, bersih dan memenuhi cita rasa masyarakat moden. Punca sebenar sumber air panas ini akan dapat anda lihat sendiri. Sebuah jejantas kayu yang menyelusuri sepanjang anak sungai yang panas. Terdapat juga wakaf di tempat-tempat tertentu di mana anda boleh merasakan wap panas keluar dari perut bumi.

Bawa saja keluarga anda ke tempat yang menarik ini, dari penginapan hingga makanan ada disediakan.

6. Tempat Menarik Paling Best Bukit Larut

Tempat Menarik Paling Best Bukit Larut

malaysiasite.nl

Baca… Panduan Percutian Di Tempat Yang Menarik Cameron Highlands

Bukit Larut merupakan tempat menarik paling best yang berada berhampiran dengan bandar Taiping. Mendaki bukit ini hanya mengguna kenderaan khas pacuan empat roda  yang disediakan. Suhu sejuk antara 10 hingga 24 darjah celcius dengan ketinggian 1,25o meter dari aras laut, memang sangat nyaman dan segar.

Tempat penginapan disediakan jika ingin menikmati kedinginan malam yang menyucuk. Kawasan ini masih asli kerana dipelihara dengan sangat baik.

7. Tempat Menarik Pulau Pangkor

tempat menarik coral bay pangkor

pangkorcoralbay.com.my

Baca… Chalet Villa Desa Muara Bagan Datuk Yang Murah Dan Selesa

Tidak seperti pulau-pulau di pantai Timur, Pulau Pangkor adalah terlindung dari angin kencang dan ribut dan hujan monsun yang lebat. Ini disebabkan tempat menarik ini terletak di antara tanah besar Semenanjung Malaysia di sebelah timur dan pulau Sumatra di bahagian barat.

Jadi tidak ada masalah untuk berkun jung ke Pulau Pangkor pada bila-bila masa kecuali pada hujung tahun mengalami hujan yang agak banyak.

Berkunjung ke sini pasti menyeronokkan kerana keadaan pantai dan laut yang cantik. Sangat seronok mandi di pantai kerana suasana laut yang tenang. Pasir pantainya putih dan halus, namun bergantung pada tempat-tempat di mana anda berada.

Anda boleh ke Coral Bay untuk menikmati keadaan pantai yang sangat bersih dan dijaga rapi. Tempat lain yang boleh anda kunjungi ialah Pasir Bogak dan Teluk Belanga.

8. Pangkor Laut Destinasi Tempat Menarik Paling Best

 

 Lawatan ke Pulau Pangkor pasti akan termasuk mempunyai beberapa menyeronokkan dalam pasir dan laut. Pantai-pantai di sini dengan baik dikekalkan dengan beberapa bahagian walaupun mempunyai putih, pasir halus. Bergantung kepada bahagian pulau anda berada, anda boleh menikmati banyak aktiviti laut. The Coral Bay mungkin taruhan terbaik anda jika anda sedang mencari untuk pantai yang sangat bersih dan diselenggarakan dengan baik. tempat-tempat lain yang anda boleh menyemak termasuk Pasir Bogak dan Teluk Belanga.

www.bridetobe.com.au

Baca… Inilah Homestay Murah Langkawi Yang Selesa Seperti Hotel 5 Star

Pangkor Laut juga merupakan destinasi tempat menarik yangberhampiran dengan Pulau Pangkor. Di sini ter dapat Pangkor Laut Resort yang menyediakan tempat penginapan bertaraf 5 bintang. Keadaan air laut yang sangat jernih dan tenang menjadikan daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Ramai yang berkunjung ke sini untuk berbulan madu.

8. Kuala Gula Birt Sanctuary Tempat Menarik Paling Best Untuk Peminat Burung

Kuala Gula Birt Sanctuary Tempat Menarik Paling Best Untuk Peminat Burung

holidaygogogo.com

Baca… Damai Jerteh Homestay Besut Terengganu

Tempat persinggahan burung-burung dari seluruh dunia yang biasanya akan berlaku pada bulan akhir bulan Ogos hingga April tahun berikutnya. Hanya 50 kilometer dari bandar Taiping. Beribu-ribu burung dari berbagai spesis akan singgah di Kampung Kuala Gula sebagai transit migrasi mereka.

Selain itu terdapat juga Kuala Gula Sanctuary Resort yany boleh disewa untuk penginapan dengan harga yang berpatutan. Sesuai untuk kaki pancing kerana terletak di atas pergigian air.

Negeri Perak adalah sebuah negeri yang luas dam mempunyai terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati. Kami akaan cuba mencongkel tempat-tempat menarik yang lain di Negeri Perak di lain masa.

Terlalu banyak tempat menarik di negara ini, jika minat dengan keindahan alam, boleh lawati Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands. Suasana sejuk seperti di luar negara dan sangat berbeza dari destinasi pelancongan di tempat lain di Malaysia. Anda akan terkejut melihat pembangunan yang drastik di kawasan pelancongan pergunungan ini.

9. Tempat Menarik Paling Best – Zoo Taiping (Taiping Night Safari)

Tempat Menarik Paling Best Zoo Taiping

Baca… 15 Tempat Misteri Menarik Ipoh Old Town Yang Harus Anda Lawati

Taiping Night Safari adalah zoo yang pertama dibuka pada waktu malam di Malaysia. Suasana cahaya yang menyerupai dengan cahaya bulan, keindahan dan kemegahan alam dipertingkatkan. Dalam usaha untuk mengekalkan pengalaman persekitaran semulajadi, Taiping Night Safari cuba untuk memaparkan kehidupan malam  haiwan pada suasana semula jadi. Ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menghargai khazanah alam sambil menikmati keseronokan diri sendiri.

Pengalaman Taiping Night Safari

Taiping Night Safari adalah produk pelancongan yang unik di mana haiwan yang aktif pada waktu malam dipaparkan menggunakan pencahayaan khas yang serupa dengan cahaya bulan. Pengunjung akan mengalami persekitaran yang serupa dengan habitat hidupan liar di mana bunyi yang dibuat oleh pelbagai makhluk dapat didengar.

Untuk menghargai pengalaman ini pengunjung dikehendaki meminimumkan semua bunyi, walaupun ucapan supaya bunyi makhluk malam dapat didengar. Mengurangkan bunyi bising juga akan membantu mengekalkan suasana aman Night Safari. Lampu suluh dan flash kamera tidak dibenarkan untuk digunakan di Night Safari kerana ini akan mengganggu haiwan yang dipamerkan.

Hotel Reservations33 Homestay Menarik Taiping Pasti Korang Teringin Menginap Di Sini

Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak, Malaysia

Buka:   8 pagi – 11 malam
Phone: +60 5-808 6577

10. Taman Tasik Taiping

tempat menarik taiping perak

www.orangperak.com

Baca… Din Homestay Bandar Baru Klang Murah Dan Selesa

Taman Tasik Taiping pada mulanya merupakan kawasan perlombongan sebelum ia ditubuhkan sebagai taman awam pada tahun 1880. Idea kebun awam adalah gagasan Kolonel Robert Sandilands Frowd Walker. Taman ini dibangunkan oleh Charles Compton Reade (1880-1933), yang juga bertanggungjawab merancang bandar Kuala Lumpur, bersama dengan Lady Swettenham.

Terdapat beberapa rumah persendirian dan kerajaan yang terletak berhampiran dengan taman, antaranya adalah Residensi Lama (rumah Setiausaha Residen), Dewan Raja di persimpangan Jalan Birch dan Jalan Residency dan kediaman pegawai tentera di Jalan Batu Tugoh. Taman ini sangat menarik sehingga mengamit ramai pelancong untuk menulis tentang keindahannya:

Baca juga info tempat menarik di seluruh Malaysia:

Tempat Menarik Di Selangor Suatu Panduan Percutian Lengkap
Rabung Klang Gate Yang Sungguh Menarik Bagi Pencinta Alam

Share This Post:

Comment Closed: 8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati!

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to 8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati!

Comfortable Cameron Highlands Homestay

Comfortable Cameron Highlands Homestay Guaranteed Best Price

Posted at

Comfortable Cameron Highlands Homestay Guaranteed Best Price. The highlands of Cameron Highlands, which began exploring in 1885, have different beauty from many of the... Read More

Hotel Maison Boutique Luxury Hotels In Bukit Bintang Kuala Lumpur

Luxury Hotels In Bukit Bintang Kuala Lumpur Ideal Accommodation Options

Posted at

Luxury Hotels In Bukit Bintang Kuala Lumpur Ideal Accommodation Options. Compare Kuala Lumpur hotels and Bukit Bintang hotels from over 330 hotels to find your perfect hotel room. No change or cancellation fees! Located... Read More

Cameron Highlands Apartment Muslim Best Homestay In Cameron Highlands

Best Homestay In Cameron Highlands Offering Quality Accommodations

Posted at

Best homestay in Cameron Highlands offering quality accommodations in the sports, sightseeing district of Cameron Highlands, Popular homestays pick for both business and leisure. Cooling breeze that... Read More

Shangri-La Luxury Hotels In Kuala Lumpur Malaysia

Luxury Hotels In Kuala Lumpur Malaysia Ideal Accommodation Options

Posted at

Luxury hotels in Kuala Lumpur Malaysia ideal accommodation options, the beautiful and multicultural Malaysia is an excellent choice for a honeymoon adventure as you can spend... Read More

Izumi Hotel - Best Kuala Lumpur Homestay

49 Best Kuala Lumpur Homestay Looking Conveniently Located Hotel In Kuala Lumpur

Posted at

Another 49 Best Kuala Lumpur Homestay Gateway Features Accommodation. Most booked homestays in Kuala Lumpur this month. Mercu summer suites looking for is a conveniently located hotel in Kuala... Read More