HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Tempat Perkelahan Menarik Di Perak – Ada banyak tempat perkelahan menaraik di negara ini ini, ada yang telah terkenal dan menjadi tumpuan ramai seperti di Air Terjun Ulu Yam, Air Terjun Sungai Gabai Hulu Langat di Selangor, Kuala Woh di Perak dan banyak lagi.

Namun kali ini nak cerita tentang suatu tempat perkelahan yang menarik di Gopeng Perak. Mungkin ramai yang tak tahu tempat perkelahan ni.

BOSAN DGN BILIK HOTEL YANG BIASE-BIASE JE?

Isi borang di bawah!

Booking.com

Jika anda melalui Lebuh Raya Utara Selatan dari Kuala Lumpur ambil Exit Gopeng.  Sebaik sahaja keluar dari lebuh raya terdapat sebuah jejantas, anda boleh mula memperlahankan kenderaan sehingga nampak sebuah surau berwarna kuning di sebelah kanan.

Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Hanya beberapa meter dari surau tersebut adalah jalam masuk ke kawasan perkelahan Sungai Kampar.  Tidak terdapat air terjun di sini tetapi anda di hidangkan dengan kawasan perkelahan sepanjang sungai yang luas.

Dari jalan besar anda akan memandu lebih kurang 10 ke 20 mibnit untuk sampai ke destinasi. Perjalanan akan melalui kawasan perkampungan Melayu yang menarik, kebun getah dan kelapa sawit.

Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Tempat perkelahan yang sangat luas, tidak dikenakan apa-apa bayaran masuk, malah tempat letak kereta juga percuma, itulah yang menariknya berbanding dengan kawasan perkelahan Air Terjun Lata Kinjang di Chenderiang, bayaran sebanyak RM2 setiap orang dikenakan.

Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak TahuKawasan perkelahan terletak di perkampugan tradisional Melayu.  Sewaktu gambar ini diambil, cuaca dalam keadaan kemarau dan sangat panas.

Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Air ir sungai yang sangat jernih dan sejuk walaupun dalam keadaan panas terik matahari jam 2 petang.  Sangat sesuai untuk bawa keluarga berkelah di sini jika anda keletihan dalam pemanduan di Lebuhraya Utara selatan.  Singgah sekejap merehatkan diri sambil menikmati air yang dingin
Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Ingin mengadakan aktiviti bersama keluarga?  Sebuah dewan terbuka di sediakan.

Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Tempat berteduh dari kepanasan matahari, beberapa rumpun buluh rendang yang sangat sesuai untuk ‘lepak’ di bawahnya.

kawasan-perkelahan-menarik-gopeng-8

Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Jika ingin menginap di sini untuk menikmati suasana malam yang dingin tanpa gangguan bunyi bising kenderaan, boleh saja menyewa beberapa buah homestay yang terdapat di sini, malah perkhidmatan katering juga disediakan.

kawasan-perkelahan-menarik-gopeng-9 kawasan-perkelahan-menarik-gopeng-10 kawasan-perkelahan-menarik-gopeng-11

Jika anda malas nak bawa makanan, jangan risau, di sini terdapat sebuah kedai makan yang lengkap dengan set karoke, jika anda sukakannya.

Jangan lupa bawa khemah bersama anda, selain dari boleh dijadikan tempat berteduh dan berihat yang privasi, ianya juga berguna sebagai tempat menyalin pakaian.
kawasan perkhemahan menarik

Baca juga: Tempat Menarik Cameron Highlands
Kunjungi Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu ini pada bila-bila masa kerana ianya percuma dan lain dari yang lain.

 

 

Comment Closed: Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Restoran Terbaik Di Langkawi

7 Restoran Terbaik Di Langkawi Dengan Masakan Tempatan

Posted at

Restoran Terbaik Di Langkawi – Bersiar-siar di sekitar pulau Langkawi terikat untuk bekerja selera makan – di sini adalah tempat kegemaran kami untuk “merebut”... Read More

Pulau Yang Menarik Di Sabah

10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! 

Posted at

10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! Tiada siapa yang boleh tahan melihat laut yang tenang dan pantai berpasir putih di... Read More

Pantai Remis Tempat Perkelahan Menarik Di Selangor

Posted at

Pantai Remis – Berebut-rebut orang datang ke Pantai Remis. Apa yang ada di Pantai Remis, mesti ada sesuatu yang istimewa. Ramai yang tahu Pantai... Read More

Tempat Menarik Di Kuantan

Tempat Menarik Di Kuantan Untuk Percutian Bajet

Posted at

Tempat menarik di Kuantan tidak hanya tertumpu di tengah-tengah bandar Kuantan sahaja. Namun sebagai ibu negeri Pahang pasti banyak keistimewaan yang boleh di terokai.... Read More

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu!

Posted at

Senarai TERKINI tempat menarik di Sabah untuk dikunjungi dalam senarai percutian anda. Pilihan destinasi pelancongan menarik di Sabah memang SERONOK dan banyak sekali untuk dijelajah. Tempat Menarik Di Sabah Yang... Read More


0 Shares