Tempat Menarik Pulau Pinang – Pulau Pinang mempunyai terlalu banyak tempat menarik yang boleh anda lawati untuk diisi ke dalam jadual percutian anda, jika anda ingin mengembara dalam waktu yang singkat di pulau ini. Dalam senarai Tempat Menarik Pulau Pinang kami hanya memilih beberapa tempat yang betul-betul menarik dan mendapat perhatian ramai pelancong.
Tempat menarik Pulau Pinang pertama dan yang paling menjadi tumpuan ialah Bukit Bendera atau Penang Hill. Tempat ini merupakan stesen yang pertama dibina oleh penjajah di Semenanjung Malaysia. Bukit ini terdiri dari Bukit Barat, Bukit Laksamana, Bukit Harimau, Bukit Bendera dan Bukit Kerajaan, terletak hanya lebih kurang 6 kilometer sahaja dari Georgetown. Kawasan berbukit dan hutan merupakan kawasan resort utama di kawasan ini.
Bukit ini terdiri dari Bukit Barat, Bukit Laksamana, Bukit Harimau, Bukit Bendera dan Bukit Kerajaan, terletak hanya lebih kurang 6 kilometer sahaja dari Georgetown. Kawasan berbukit dan hutan merupakan kawasan resort utama di kawasan ini.
Terletak di ketinggian 821 meter dari mukabumi Pulau pinang, Bukit Bendera mengalami suhu yang lebih rendah dari permukaan lain sebanyak 5 darjah. Bukit Bendera adalah kawasan hutan hujan yang terpelihara dan dijaga dengan rapi.
Bukit Bendera tidaklah terkenal seperti Bukit Freaser atau Cameron Highlandsb tetapi ia merupakan slah satu ikon pelancongan dan tempat menarik Pulau Pinang yang paling mendapat perhatian pelancong.
Hari ini Bukit Bendera juga di kenali sebagai Bukit strawberry.
Jika cuaca terang anda boleh nampak Pulau Langkawi dan bahagian utara negeri Kedah tetapi pada sebelah malam, hanya kerlipan lampu-lampu di bandar Georgetown yang kelihatan dan ianya merupakan sesuatu yang menarik juga.
Kebanyakan pelancong berkunjung ke sini untuk menikmati udara sejuk dan bersih dan berjalan-jalan menyusuri denai di bawah pokok setinggi 30 meter. Tambahan pula terdapat lebih dari 100 spesis burung yang tinggal di sini, dari burung yang biasa-biasa hingga ke burung-burung esotik yang unik.
Terletak lebih kurang 2 kilometer dari Bellevue Hotel terdapat Canpoy Walk sepanjang 220 meter yang tergantung di ats pokok setinggi 30 meter yang memberikan pemandangan yang menakjubkan.
Cara yang paling mudah dan sangat menarik untuk mendaki Bukit Bendera ialah dengan menaiki keretapi Bukit Bendera. Stesen keretapi yang terletak di kaki bukit, keretapi dengan senibentuk Swiss ini bermula dari pekan Air Itam.
Dibina pada tahun 1923 ini adalah sistem “funicular” tertua yang dibina di dunia yang mempunyai landasan sepanjang 2007 meter mendaki bukit selama 30 minit.
Perjalanan membawa anda menyaksikan pemandangan hutan yang menghijau, beruk-beruk yang berkeliaran serta rumah-rumah banglow yang dibina oleh penjajah British serta beberapa kediaman mewah di sini.
Untuk mendapatkan tiket Keretapi Bukit Bendera ini agak mencabar kerana terpaksa beratur panjang. Terutama pada musim cuti sekolah.
Cara lain untuk sampai ke puncak bukit ialah dengan memandu kereta sendiri melalui jalan persendirian penduduk-penduduk di sini yang bermula dari Penang Botanic Gardens.
Salah satu tempat paling menarik di Pulau Pinang ialah Batu Frringhi yang sebenarnya merupakan tempat menarik kedua popular selepas Georgetown. Batu Ferringhi merupakan sebuah hamparan pantai dengan pasir halus yang putih berhampiran Jalan Batu Ferringhi. Kawasan ini dipenuhi dengan tempat-tempat penginapan dan makanan yang banyak.
Pasar Malam di sini mempunyai lagendanya yang tersendiri. Banyak aktiviti sukan air yang boleh anda nikmati seperti jet-skiing, parasailing dan windsurfing.
OnlyPenang.com
Eastern And Oriental Hotel
Hard Rock Hotel Penang
Bayview Beach Resort
Bayview Hotel Georgetown Penang
Sunway Hotel Georgetown Penang
Holiday Inn Resort Penang
Hotel Jen Penang By Shangri-La
Lone Pine Hotel
Shangri-La’s Rasa Sayang Resort and Spa, Penang
PARKROYAL Penang Resort
Jika mahukan homestay, pilih di sini:
I Ville Home Inn with advanced and agreeable inside outline In Penang
Holiday Homestay Penang At Batu Ferringhi
Restoran Terbaik Di Langkawi – Bersiar-siar di sekitar pulau Langkawi terikat untuk bekerja selera makan – di sini adalah tempat kegemaran kami untuk “merebut”... Read More
10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! Tiada siapa yang boleh tahan melihat laut yang tenang dan pantai berpasir putih di... Read More
Pantai Remis – Berebut-rebut orang datang ke Pantai Remis. Apa yang ada di Pantai Remis, mesti ada sesuatu yang istimewa. Ramai yang tahu Pantai... Read More
Tempat menarik di Kuantan tidak hanya tertumpu di tengah-tengah bandar Kuantan sahaja. Namun sebagai ibu negeri Pahang pasti banyak keistimewaan yang boleh di terokai.... Read More
Senarai TERKINI tempat menarik di Sabah untuk dikunjungi dalam senarai percutian anda. Pilihan destinasi pelancongan menarik di Sabah memang SERONOK dan banyak sekali untuk dijelajah. Tempat Menarik Di Sabah Yang... Read More
Comment Closed: Tempat Menarik Pulau Pinang
Sorry, comment are closed for this post.