HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Paling Best Di Klang Yang Mesti Dilawati

Tempat Menarik Paling Best Di Klang Yang Mesti Dilawati

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tempat Menarik Paling Best Di Klang Yang Mesti Dilawati – Klang indah dan permai itulah tagline bandar diraja negeri Selangor ini. Terlalu banyak tempat menarik di Klang yang boleh kita kunjungi samada untuk membeli-belah atau untuk percutian di hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Semoga entri kali ini dapat memberi idea bagi anda yng tak tahu nak ke mana di hujung minggu atau di musim cuti sekolah nanti.

BOSAN DGN BILIK HOTEL YANG BIASE-BIASE JE?

Isi borang di bawah, Pilih Harga Terendah!!

Booking.com

Tempat Menarik Paling Best Port Klang Cruise Centre

Tempat Menarik Paling Best Port Klang Cruise Centre -Korang teringin bercuti di atas kapal? Inilah masanya. Dikenali sebagi Glenn Cruice Terminal tempat berlabuh dan berlepasnya kapal persiaran pelancongan di tengah lautan menjelajahi Selat Melaka.

Baca dahulu tips ini sebelum anda buat tempahan ya.. sebab bercuti di atas kapal agak berbeza dengan bercuti di daratan.:

How To Get Vacation Cruise Discount

Why Not Choose Caribbean Cruise Special As Your Vacation Rentals?

Enjoy An Awesome Vacation In SuperStar Aquarius Cruises At Discounted Rates

Contact Person: Danny or Lydia

Contact No: +603-9543 2870/ 017-378 1768

Email Add: info@starcruisepackagesmalaysia.com

Facebook Page: Star Cruise Packages Malaysia

Office Hours: 10am – 6pm (Monday – Friday)

Tempat Menarik Paling Best Laguna Park Pulau IndahTempat Menarik Paling Best Laguna Park Pulau Indah – Kawasan ini telah dibangunkan dengan kemudahan asas seperti jeti, pondok rehat dan restoran tempat makan-makan bersama keluarga atau rakan-rakan. Sesuai juga untuk tempat beriadah. Kebanyakan pengunjung yang datang hanya untuk berihat-rihat bersama anak-anak sambil melihat keindahan pemandangan laut dan pantai. Suasana agak tenang walaupun berhampiran dengan bandar Port Klang yang sentiada sibuk dengan urusan perkapalan.

Tempat Menarik Paling Best Pantai Acheh Pulau Indah Klang – Terletak di hujung tanjung di Pulau Indah berhampiran Port Klang. Korang boleh berkereta ke Pantai Acheh melalui jambatan dari Port Klang atau Teluk panglima Garang. Sangat seronok bekelah bersama keluarga di sini kerana terdapat pantai batu kelikir dan kawasan padang yang luas. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti perkhemahan, memancingparasailing, layang – layang atau wau dan juga barbeque.

Tempat Menarik Paling Best Tanjung Harapan – Tempat menarik paling best untuk rehat-rehat di sebelah petang bersama keluarga. Suasana tepi laut matahari terbenam memberikan satu perasaan syahdu melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Terkenal dengan Medan Ikan Bakar tempat ramai pengunjung menjamu selera terutama pada sebelah malam.

Tempat Menarik Paling Best Pulau Ketam – Pulau Ketam bukanlah suatu tempat percutian atau pelancongan tetapi jika anda ingin merasai sendiri suasana unik sebenar perkampungan nelayan anda boleh berkunjung ke sini. Tidak seindah Pulau Langkawi atau Pulau Tioman tetapi anda masih boleh berseronok di sini bersama masyarakat kampung, melihat rumah-rumah terapung sambil berbasikal yang disediakan untuk disewa.

Majoriti penduduk di sini berbangsa Cina yang menjual hasil makanan laut dengan harga yang agak murah untuk dibawa pulang. Korang boleh sampai ke Pulau ketam dengan menaiki feri dari Pelabuhan Klang.

Anda suka shopping? Jom kita periksa satu persatu pusat membeli-belah yang menarik di Klang.

Tempat Menarik Paling Best Membeli Belah Di Klang

Tempat Menarik Paling Best Membeli Belah Di KlangTempat Menarik Paling Best Membeli Belah Wisma GM Klang Wholesale City – Jika korang gila shopping atau membeli-belah berkunjunglah ke sini. Jangan terkejut jika harga cermin mata hitam berharga RM100, anda boleh dapat hanya dengan harga RM4 sahaja, jika kena cara dan tahu taktiknya. Jadi jika anda kaki meniaga, jangan buang masa, sambil jalan-jalan di pekan Klang, singgah ke Wisma GM Klang ni.

Barangan di sini banyak menjurus kepada aksesori, seperti pakaian dan fesyen wanita, tudung, cermin mata, jam tangan, barang cenderahati hinggalah perabot rumah dan pejabat serta IT gadget. Yang pasti harganya jauh lebih murah dari di luar sana.

Tempat Menarik Paling Best Membeli Belah AEON Bukit TinggiTempat Menarik Paling Best Membeli Belah AEON Bukit Tinggi – Luangkan masa menjelajahi pusat membeli-belah yang terbesar di Klang ini. Pasti anda seronok berada di pasaraya yang menawarkan berbagai-bagai jenis barangan berkualiti. Juga terdapat tempat-tempat hiburan selain dari tempat-tempat makan yang menarik dengan menu dari seluruh dunia.

Terletak tidak jauh dari tempat menarik paling best membeli belah Wisma GM Klang mudah diakses dari jalan utama Klang Teluk Panglima Garang.

Tempat Menarik Paling Best Membeli Belah Little India Klang Tempat Menarik Paling Best Membeli Belah Little India Klang – Kaya dengan barang berasaskan kain, terutama yang berkaitan dengan budaya masyarakat India. Berkunjung saja ke Jalan Tengku Kelana korang akan dihidangkan dengan berpuluh-puluh kedai kain dan barang yang sinonim dengan masyarakat India.

Suatu ketika dulu, bandar Klang terkenal dengan burung gagak tetapi sekarang jika anda ke sana, burung gagak sudah agak berkurangan dan anda mungkin tidak berpeluang melihat sendiri fenomena alam pelik yang dijadikan Tuhan.

Tempat Menarik Paling Best Membeli Belah Pasar Jawa KlangTempat Menarik Paling Best Membeli Belah Pasar Jawa Klang – Seperti juga di tempat menarik Sabak Bernam  dan tempat menarik Kuala Selangor, Pasar jawa Klang banyak menjual produk hasil pertanian seperti kerepek, pisang, kerepek ubi, kueh-kueh tradisional Melayu, ikan kering dan ikan bilis san sebagainya.

Selain dari itu banyak juga terdapat kain-kain ela, tudung wanita, telekung, buku-buku dan majalah agama. Selain dari membeli-belah korang juga boleh singgah dan solat di Masjid Pasar Jawa Klang yang tersergam indah. Bercuti sambil beribadah.

Comment Closed: Tempat Menarik Paling Best Di Klang Yang Mesti Dilawati

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Paling Best Di Klang Yang Mesti Dilawati

Restoran Terbaik Di Langkawi

7 Restoran Terbaik Di Langkawi Dengan Masakan Tempatan

Posted at

Restoran Terbaik Di Langkawi – Bersiar-siar di sekitar pulau Langkawi terikat untuk bekerja selera makan – di sini adalah tempat kegemaran kami untuk “merebut”... Read More

Pulau Yang Menarik Di Sabah

10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! 

Posted at

10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! Tiada siapa yang boleh tahan melihat laut yang tenang dan pantai berpasir putih di... Read More

Pantai Remis Tempat Perkelahan Menarik Di Selangor

Posted at

Pantai Remis – Berebut-rebut orang datang ke Pantai Remis. Apa yang ada di Pantai Remis, mesti ada sesuatu yang istimewa. Ramai yang tahu Pantai... Read More

Tempat Menarik Di Kuantan

Tempat Menarik Di Kuantan Untuk Percutian Bajet

Posted at

Tempat menarik di Kuantan tidak hanya tertumpu di tengah-tengah bandar Kuantan sahaja. Namun sebagai ibu negeri Pahang pasti banyak keistimewaan yang boleh di terokai.... Read More

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu!

Posted at

Senarai TERKINI tempat menarik di Sabah untuk dikunjungi dalam senarai percutian anda. Pilihan destinasi pelancongan menarik di Sabah memang SERONOK dan banyak sekali untuk dijelajah. Tempat Menarik Di Sabah Yang... Read More


0 Shares