HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Negeri Perak

Tempat Menarik Negeri Perak

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tempat Menarik Negeri Perak

Tempat Menarik Negeri Perak – Negeri Perak sebuah negeri yang memanjang di pantai barat Semnanjung Malaysia dan sebagai sebuah negeri yang terluas di Semenjung, Perak mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati.

Bentuk mukabuminya yang berbagai, menghidangkan tempat menarik yang berbagai juga seperti Bukit Larut tempat menarik tanah tinggi, Lumut dan Pulau Pangkor menjamin tempat perkelahan dan pantai yang menarik.

BOSAN DGN BILIK HOTEL YANG BIASE-BIASE JE?

Isi borang di bawah!

Booking.com

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak

Menara Jam Tinggi Teluk Intan

Tempat Menarik Negeri Perak

Menara Jam Tinggi atau lebih dikenali dengan Menara Condong Teluk Intan dibina pada tahun 1885 sebagai sebuah tangki air besar untuk kegunaan penduduk sekitar Teluk Intan.  Dalam masa yang sama pada menara tersebut terdapat sebuah jam besar yang akan berbunyi dengan kuat sebagai “Time Keeper” kepada penduduk bandar tersebut.

Menara ini mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Menara ini terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara.

Dalam usianya yang telah melebihi 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai peristiwa di antaranya adalah banjir besar pada tahun 1889 dan 1895  yang telah  menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah antara sebab kenapa bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut dan terdapat bebanan tangki air besar yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.

Menara Condong Teluk Intan satu-satunya menara jam tinggi yang unik di dunia menjadi daya tarikan pelancong ke Teluk Intan selain dari hidangan udang galah Sungai Perak yang istimewa.

Untuk menikmati hidangan udang galah yang lazat anda boleh berkunjung ke Restoran Udang Tempat Menarik Negeri PerakGalah berhampiran dengan Padang Speedy dan masjid Daerah Teluk Intan.  Anda juga boleh mengalami sendiri bagaimana seronoknya memancing udang galah di sepanjang Sungai Perak.

Untuk penginapan, terdapat banyak homestay yang menawarkan penginapan yang selesa dan murah.

Kampung Gajah Tempat Menarik Bersejarah Yang Perlu Dilawati
Hanya setengah jam perjalanan berkereta dari Teluk Intan untuk sampai ke Kampung Gajah.  Yang menariknya Kampung Gajah mempunyai penduduk 100% orang Melayu.  Terkenal dengan sejarah pembunuhan JWW Birch penjajah British, kini tempat tersebut dibangunkan menjadi tempat pelancongan.
Tempat Menarik Negeri Perak
Tidak ada hotel untuk penginapan di sini, namun anda hanya perlu taip sahaja ‘homestay di kampung gajah’ ada banyak homestay yang sangat murah dan selesa yang akan anda temui.

Comment Closed: Tempat Menarik Negeri Perak

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Negeri Perak

Restoran Terbaik Di Langkawi

7 Restoran Terbaik Di Langkawi Dengan Masakan Tempatan

Posted at

Restoran Terbaik Di Langkawi – Bersiar-siar di sekitar pulau Langkawi terikat untuk bekerja selera makan – di sini adalah tempat kegemaran kami untuk “merebut”... Read More

Pulau Yang Menarik Di Sabah

10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! 

Posted at

10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! Tiada siapa yang boleh tahan melihat laut yang tenang dan pantai berpasir putih di... Read More

Pantai Remis Tempat Perkelahan Menarik Di Selangor

Posted at

Pantai Remis – Berebut-rebut orang datang ke Pantai Remis. Apa yang ada di Pantai Remis, mesti ada sesuatu yang istimewa. Ramai yang tahu Pantai... Read More

Tempat Menarik Di Kuantan

Tempat Menarik Di Kuantan Untuk Percutian Bajet

Posted at

Tempat menarik di Kuantan tidak hanya tertumpu di tengah-tengah bandar Kuantan sahaja. Namun sebagai ibu negeri Pahang pasti banyak keistimewaan yang boleh di terokai.... Read More

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu!

Posted at

Senarai TERKINI tempat menarik di Sabah untuk dikunjungi dalam senarai percutian anda. Pilihan destinasi pelancongan menarik di Sabah memang SERONOK dan banyak sekali untuk dijelajah. Tempat Menarik Di Sabah Yang... Read More


0 Shares