Tempat menarik di Kuala Selangor – Jika anda sangka hanya kelip-kelip dan monyet sahaja daya tarikan Kuala Selangor, anda silap! Tempat menarik di Selangor ini mempunyai 1001 khazanah alam yang menanti anda.
Bandar yang penuh bersejarah ini kian pesat membangun, namun tingalan sejarah tetap terjaga dengan baik. Kami senaraikan tempat menarik di Kuala Selangor ini yang jika anda ingin mengunjunginya tidak cukup dalam tempoh satu hari.
Namun jangan bimbang terdapat banyak homestay di Kuala Selangor yang bersedia menunggu kedatangan anda dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
Runtuhan kubu ini, juga dikenali sebagai Bukit Belanda terletak di sebuah bukit kecil berhampiran dengan kuala Sungai Selangor. Ia pada asalnya dibina oleh Sultan Ibrahim, Sultan Selangor ke-2, yang memerintah dari 1782-1826. Ia dittawan oleh Belanda pada tahun 1784 dan menamakannya Fort Utrecht.
Kubu itu adalah struktur dua tingkat yang dibina daripada granit dan tanah liat dan temboknya dibentengi dengan meriam. Terdapat dua pintu masuk, satu di utara dan satu di sebelah timur. Ada cerita menarik tentang tempat ini, yang mana seorang gadis yang melarikan diri dari kawin paksa (mungkin) menghabiskan riwayat hidupnya di sini, kerana pakaiannya di jumpai di kawasan itu, lantas keluarganya membina sebuah kubur di situ.
thriftytraveller.wordpress.com
Berhampiran bukit kecil adalah sebuah makam yang dihormati oleh penduduk tempatan yang dikenali sebagai Makam Keramat Anak Dara atau Kubur Dara. Ia dihubungkan oleh tangga kayu. Terdapat papan tanda berhampiran tangga yang menceritakan kisah seorang gadis alim muda yang dipaksa menikahi lelaki yang dia tidak suka.
Pada pagi majlis pernikahannya ia hilang semasa mencuci di sungai. Diceritakan gadis ini muncul dalam mimpi ibu ayahnya, meminta mereka tidak mencarinya kerana dia telah menemui tempat yang lebih baik. Pada keesokan hari, pakaiannya ditemui di atas pokok dan ibu bapa memutuskan untuk membina makamnya di situ.
Tempat menarik ini tidaklah begitu glamour, tetapi bagi sesiapa yang suka kepada kisah-kisah misteri inilah tempatnya.
Sebuah telaga beracun antara tinggalan sejarah yang masih kekal hingga sekarang. Di puncak bukit benteng kubu pertahanan Kota Malawati telaga ini dijaga dengan baik. Ianya dibina untuk menyiksa para penderhaka dengan merendam mereka sehingga paras dagu.
Beberapa jenis getah beracun dan miang rebung dimasukkan ke dalam perigi ini bagi tujuan penyiksaan.
Muzium Permainan Tradisional Rakyat adalah sebuah muzium di Bukit Malawati di Kuala Selangor. Terletak di bukit, untuk ke muzium ini anda perlu berjalan kaki menaiki beberapa anak tangga. Muzium ini mempamerkan pelbagai permainan tradisional seperti congkah dan sepak raga. Jika hanya ingin melihat dari luar anda boleh menaiki trem yang disediakan pada hari Sabtu dan Ahad untuk mengelilingi Bukit Malawati, pada hari bekerja boleh saja memandu kereta sendiri.
Muzium Sejarah Kuala Selangor menyediakan informasi perkembangan pembangunan bandar dan kawasan sekitarnya, peranannya sebagai pusat perdagangan untuk pengumpulan dan eksport bijih timah dan menceritakan bagaimana suatu masa dulu Kuala Selangor adalah ibu negeri Selangor.
Muzium ini menceritakan 3 teori tentang bagaimana Selangor mendapat namanya, yang sangat menarik berasal dari perkataan salang dan jemur, merujuk kepada dua jenis hukuman kepada orang salah yang mungkin telah dilakukan di sini. Muzium ini mengandungi beberapa diorama, memaparkan senjata lama, spesimen mata wang lama dan artifak lain.
Muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 9:30 pagi – 5:30 petang (ditutup pada hari Isnin). Kemasukan adalah percuma.
http://besiwaja.blogspot.my
Bukan sekadar monyet tapi monyet “silver leaf monkeys” akan setiap kunjungan anda. Mereka telah biasa dengan manusia, setiap kali rombongan pelawat datang, mereka akan mengerumuni kerana sudah tahu pasti ada makanan.
Monyet-monyet ini tidak takut pada manusia, anda boleh beri makan di atas tapak tangan. Monyet berwarna gelap ini tidak merasa malu meminta makanan. Terdapat juga anak-anak monyet yang berwarna perang yang sangat comel.
Inilah tempat menarik di Kuala Selangor yang unik dan sukar didapati di kawasan lain.
10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! Tiada siapa yang boleh tahan melihat laut yang tenang dan pantai berpasir putih di... Read More
Pantai Remis – Berebut-rebut orang datang ke Pantai Remis. Apa yang ada di Pantai Remis, mesti ada sesuatu yang istimewa. Ramai yang tahu Pantai... Read More
Tempat menarik di Kuantan tidak hanya tertumpu di tengah-tengah bandar Kuantan sahaja. Namun sebagai ibu negeri Pahang pasti banyak keistimewaan yang boleh di terokai.... Read More
Senarai TERKINI tempat menarik di Sabah untuk dikunjungi dalam senarai percutian anda. Pilihan destinasi pelancongan menarik di Sabah memang SERONOK dan banyak sekali untuk dijelajah. Tempat Menarik Di Sabah Yang... Read More
Tempat menarik Tun Sakaran Marine Park, dengan alam semula jadi yang tidak tercemar, kehidupan marin yang bertenaga dan pantai yang indah, pulau-pulau syurga Sipadan... Read More
No comment for Tempat Menarik Di Kuala Selangor Bukan Sekadar Monyet Dan Kelip-kelip