HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Aneh Bentuk Alat Kelamin Lelaki Jadi Tumpuan Pelancong

Tempat Menarik Aneh Bentuk Alat Kelamin Lelaki Jadi Tumpuan Pelancong

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Cari homestay dan tempat menarik seolahnya tidak puas jika tidak menceritakan tempat menarik aneh yang berbentuk alat kelamin lelaki ini yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Pulau syurga ini tersembunyi banyak pemandangan alam yang tersangat indah sehingga mempersonakan hati di samping cerita-cerita menarik di sebalik lagenda dan mitos. Salah sebuah tempat pelancongan tersebut ialah Pulau Karang yang berbentuk alat kelamin lelaki.

Di samping mempunyai khazanah pemandangan dasar lautnya, pulau ini juga sangat unik dari sudut pemandangan daratannya. Di satu bahagian pulau batu karang ini, terjuntai ke bawah dua buah batu yang cukup aneh dan amat menjadi perhatian pelancong.

Tempat Menarik Aneh Bentuk Alat Kelamin Lelaki Jadi Tumpuan Pelancong

Tempat Menarik Aneh Bentuk Alat Kelamin Lelaki Jadi Tumpuan Pelancong

Jika anda ingin bercuti di Malaysia, Eropah atau di mana sahaja, saya syorkan anda membuat tempahan hotel, di Booking.com lebih mudah dan jimat!

Booking.com
okezone.com

Destinasi pelancongan menarik pilihan ini terletak di Daerah Teluk Mayalibit Indonesia. Untuk sampai ke pulau ini memerlukan perjalanan lebih kurang sejam menggunakan kedua-dua jalan darat dan laut. Perjalanan dengan kenderaan darat mengambil masa 45 minit dan selebihnya menaiki speed boat yang disediakan oleh penduduk kampung Warsambin.

Dalam perjalanan dengan speed boat ke Batu Kelamin atau Pulau Lopintol tersebut anda akan dihidangkan dengan keindahan gugusan pulau karang dan keindahan alam yang mengasyikkan di sekitar Teluk Manyalibit.

Apabila sampai sahaja ke destinasi menarik ini, pelancung akan merasa kagum melihat batu kelamin tersebut, malah ramai yang ketawa lucu kerana meihat dua buat batu besar yang tergantung yang menyerupai alat kelamin lelaki.

Tempat Menarik Aneh Bentuk Alat Kelamin Lelaki Jadi Tumpuan Pelancong

Tempat menarik aneh tersembunyi di pulau ini.

Jika diperhatikan betul-betul, nampak sangat batu ini mirip alat kelamin lelaki. Pada bahagian hujungnya berbentuk bulat manakala pada bahagian melonjong ke bawah. Dalam bahasa tempatan objek ini disebut lopintol atau batu kelamin, dan ada juga nama-nama lain yang lebih kasar dan kurang sopan jika menyebutnya.

Seorang penduduk kampung Warsambin menjelaskan batu kelamin ini saudah wujud terlalu lama mungkin sejak dari zaman nenek moyang penduduk Raja Ampat mula tinggal di sana.

“Batu ini sudah ada sejak lama sekali, bahkan mungkin sejak jaman nenek moyang kami, umur Batu Kelamin ini bisa jadi sudah mencapai ratusan atau bahkan ribuan tahun,” ungkap Karim Ansan yang ikut bersama-sama Okezone.

Bukan hanya dua buah batu ini sahaja yang terdapat di sini, menurut penduduk tempatan terdapat juga sebuah batu yang menyerupai alat kelaim wanita tetapi hanya boleh dilihat apabila air surut. Lokasinya betul-betul di bawah batu kelamin lelaki tersebut.

Jika ingin melihat batu yang menyerupai miss V, selain dari menunggu air surut anda juga perlu menyelam ke dasar laut.

Malangnya banyak perkara khurafat yang dilakukan oleh mengunjung pulau ini dengan meletakkan duit syiling dan memasang niat nak mencari jodoh dan sebaginya. Tetapi rahsia pikat lelaki sebenarnya telah diceritakan di sini, malas nak ulas panjang-panjang.

Namun apa pun mitos yang diceritakan oleh penduduk tempatan, batu kelamin ini hanyalah stalaktit yang terhasil dari tindak balas geologi yang bertahun-tahun yang disusun oleh Yang Maha Pencipta yang memberitahu akan kekuasaanNya supaya kita berfikir.

Jika anda ingin ceritakan tempat menarik yang anda lawati sila emelkan ke carihomestay370[@]gmail.com.

No comment for Tempat Menarik Aneh Bentuk Alat Kelamin Lelaki Jadi Tumpuan Pelancong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to Tempat Menarik Aneh Bentuk Alat Kelamin Lelaki Jadi Tumpuan Pelancong

Pantai Remis Tempat Perkelahan Menarik Di Selangor

Posted at

Pantai Remis – Berebut-rebut orang datang ke Pantai Remis. Apa yang ada di Pantai Remis, mesti ada sesuatu yang istimewa. Ramai yang tahu Pantai... Read More

Tempat Menarik Di Kuantan

Tempat Menarik Di Kuantan Untuk Percutian Bajet

Posted at

Tempat menarik di Kuantan tidak hanya tertumpu di tengah-tengah bandar Kuantan sahaja. Namun sebagai ibu negeri Pahang pasti banyak keistimewaan yang boleh di terokai.... Read More

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu!

Posted at

Senarai TERKINI tempat menarik di Sabah untuk dikunjungi dalam senarai percutian anda. Pilihan destinasi pelancongan menarik di Sabah memang SERONOK dan banyak sekali untuk dijelajah. Tempat Menarik Di Sabah Yang... Read More

Tempat Menarik Tun Sakaran Marine Park

Tempat Menarik Tun Sakaran Marine Park Permata Yang Tersembunyi

Posted at

Tempat menarik Tun Sakaran Marine Park, dengan alam semula jadi yang tidak tercemar, kehidupan marin yang bertenaga dan pantai yang indah, pulau-pulau syurga Sipadan... Read More

tempat menarik air terjun chemerong dari jauh

Tempat Menarik Air Terjun Chemerong Anda Mungkin Tak Pernah Dengar

Posted at

Tempat menarik Air Terjun Chemerong adalah salah satu yang paling cantik di Malaysia, dan artikel ini berkongsi maklumat tentang bagaimana untuk sampai ke sana... Read More


0 Shares