Senarai Tempat Menarik Selangor – Selangor adalah sebuah negeri destinasi percutian yang sangat menarik buat anda. Sebuah negeri maju terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia mengelilingi ibu negara Kuala Lumpur.
Bagi anda yang tinggal di perkampungan dan inginkan bercuti di tengah kesibukan kota, Selangor menghidangkan tempat-tempat menarik seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Gombak, Bangi dan banyak lagi.
Mankala bagi anda yang tinggal di tengah-tengah kesibukan kota raya dan inginkan ketenangan suasana kampung, anda boleh bercuti di Sungai Besar, Sabak Bernam, Tanjung Karang, Hulu Selangor.
Sebelum anda memulakan perjalanan ke Selangor mari kita semak senarai penuh tempat-tempat menarik di Selangor.
Baca.. Tempat Menarik Di Kelantan Paling Best Yang Mempersonakan Hati
Anda pernah menonton sukan bermotor Formula One? Jika anda peminat lumba kereta, di sinilah tempatnya. Namun bukan itu sahaja, Sepang juga menyediakan tempat percutian tepi pantai yang menarik seperti Avani Sepang Gold Coast Resort.
Baca.. Chalet Villa Desa Muara Bagan Datuk Yang Murah Dan Selesa
Inginkan suasana kampung? Sabak Bernam adalah kawasan pertanian. Industri pertanian seperti kelapa sawit dan kelapa fokus utama masyarakat di sini. Mungkin anda pernah mendengar nama Bio Asli produk minyak kelapa dara yang sangat berkhasiat. Ianya dihasilkan di sini.
Daerah Sabak Bernam juga terkenal sebagai kawasan tanaman padi. Terdapat banyak homestay di tengah-tengah sawah padi yang menawarkan pemandangan yang indah dan suasana aman damai. Anda juga boleh menginap di Chalet Terapung Sungai Haji Dorani.
Baca.. Damai Jerteh Homestay Besut Terengganu
Walaupun Dareah Gombak terletak berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur tetapi masih banyak tempat-tempat menarik di daerah ini yang harus anda terokai. Terdapat kawasan hutan tebal yang menjadi tumpuan peminat flora dan fauna di daerah yang merupakan pintu masuk dari negeri Pahang ini.
Baca.. Din Homestay Bandar Baru Klang Murah Dan Selesa
Tempat menarik di Kuala Langat termasuklah Pantai Morib. Selain itu anda juga boleh bercuti di tempat menarik seperti Gold Cost Morib Resort, Pantai Kelanang, Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, Bukit Jugra, Bukit Api Jugra, Balai Cerap Bukit Jugra dan Muzium Tapak dan banyak lagi.
Baca.. Homestay Lumut Apartment Bukit Permata Hanya RM145.00
Daerah Hulu Langat menawarkan banyak tempat menarik kerana lokasinya yang terletak di kaki gunung Banjaran Titiwangsa. Banyak tempat perkelahan air terjun dan sungai yang cantik. Homestay-homestay yang menawarkan pakej yang sangat menarik juga banyak terdapat di sini.
Baca.. Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia
Ingin menikmati kedinginan air terjun? Hulu Selangor mempunyai banyak air terjun yang menarik untuk perkelahan bersama keluarga antaranya Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling, Sungai Inki Kalumpang, Air Terjun Semangkuk, Sungai Kendondong, Air Terjun Hutan Lipur Sungai Sendat, Air Terjun Serendah, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Kolam Air Panas Kerling, Lata kakau Kuala Kubu Baru, Sungai Bernam Teratak Riverview dan Taman Millenium Kuala Kubu Baru.
Baca.. Hotel Reservations Di Tempat Menarik Dalam Malaysia
Kuala Selangor menawarkan banyak tempat percutian yang menarik. Terkenal dengan beberapa tempat-tempat menarik yang menjadi pilihan semasa musim cuti sekolah atau hujung minggu.
Antara tempat-tempat menarik Kuala Selangor ialah Eagle Feeding Pasir Penambang, Taman Alam Kuala Selangor, Kelip-kelip Kampung Kuantan, Pantai Remis Sungai Sembilang, Bukit Malawati Kuala Selangor, tempat menarik makanan eksotik.
Baca.. 10 Tempat Menarik Hulu Selangor Yang Memepersonakan
Bandar Di Raja Klang merupakan bandar pelabuhan dan pusat perniagaan. Jika anda ingin melancong sambil berniaga, Plaza GM Klang menyediakan lambakan barangan murah yang sesuai untuk memulakan perniagaan.
Baca.. Rose Homestay KB Berdekatan Dengan Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam merupakan komponen Daerah Petaling. Shah Alam ialah ibu negeri Selangor dan merupakan pusat pentadbiran negeri. Terlalu banyak tempat menarik untuk disenaraikan seperti Taman Tasik Shah Alam, Taman Botani Bukit Cerakah, Dataran Bunga Raya dan banyak lagi.
Manakala tempat menarik di Petaling Jaya seperti Sunway Lagoon, Sunway Lagoon Water Park, Sunway Lagoon Amusement Park, Sunway Lagoon Wildlife Park, Sunway Lagoon Extreme Park, Sunway lagoon Scream Park, Ice Skating Sunway Piramid, T & T Kidspark Sunway Piramid, Pasar Karat Amcorp Mall dan sebagainya.
Semoga senarai tempat-tempat menarik Selangor ini memberi sedikit gambaran sebelum memulakan perjalan percutian yang mengembirakan bersama keluarga.
Baca juga:
8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati!
Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands
Muziun Sultan Alam Shah Shah Alam Tempat Menarik Selangor
Baca.. 15 Tempat Menarik Ipoh Old Town Yang Harus Anda Lawati
Penubuhan Muzium Negeri, yang kini dikenali dengan rujukan kepada Muzium Sultan Alam Shah bermula apabila Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersetuju menandatangani Enakmen Selangor Tahun 1975 bertarikh 27 Disember 1975.
Selepas bertahun-tahun lamanya lelah yang dirancang, maka pada 2 September 1989, muzium itu menjadi simbol perkembangan kebudayaan Negeri secara rasmi dibuka oleh HRH Sultan Selangor di mana upacara pembukaan dilakukan dengan penuh tradisi tradisi Melayu. Pentadbiran Muzium diletakkan di bawah tanggungjawab Muzium Selangor.
Bangunan muzium yang dibina di atas tanah seluas 12.95 hektar dan ruang lantai yang luas ialah 41,538.46 meter persegi. Bangunan lima tingkat ini terdiri daripada dua tingkat ruang pejabat, tiga tingkat ruang pameran dan Dewan Pameran Menambun Daeng.
Terdapat lima pavilion yang Pusat Sejarah, Pusat Kebudayaan, Pusat Sukan, Pusat Alam dan Warisan Pusat Islam dan Pameran Luar. Muzium ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti Pusat Sumber, Auditorium, Dewan Raja Lumu, Bilik Mesyuarat Daeng Perani dan Kemasik, Makmal Taksedemi dan Repositori.
Alamat: Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Beroperasi: 10 AM-5: 30PM
Telefon: 03-5519 0050
Hotel Reservations: Hotel Murah Seluruh Malaysia Pilihan Terbaik Anda
Pameran di muzium ini adalah berdasarkan seni kuno Trompe L’oeil. Mereka menggoda fikiran dengan ilusi optik yang dicipta oleh penataan pintar bayang dan subjek yang melampaui bingkai gambar.
Terletak di dalam ruang pameran 8,000 kaki persegi, muzium ini mempunyai lima tema seni – Karya-karya, Mesir, Kehidupan Laut, Kerajaan Haiwan dan Klasik Moden. Pengunjung digalakkan untuk bersenang-senang untuk mengambil gambar dengan pameran.
2-48, Jalan Plumbum 7/103, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Beroperasi: 11 AM-12AM
Baca.. 101 Homestay Murah Ipoh Pilihan Terbaik Yang Selesa
Terdapat 7 seksyen Muzium Sejarah Kuala Selangor yang menarik untuk dilawati antaranya seksyen lokasi Kuala Selangor, latar belakang Kuala Selangor dan mula asalnya nama Kuala Selangor, sejarah perkembangan politik bermula dari kedatangan orang Bugis dan banyak lagi…
Alamat: 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Beroperasi: 9:30 AM-5:30PM
Restoran Terbaik Di Langkawi – Bersiar-siar di sekitar pulau Langkawi terikat untuk bekerja selera makan – di sini adalah tempat kegemaran kami untuk “merebut”... Read More
10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! Tiada siapa yang boleh tahan melihat laut yang tenang dan pantai berpasir putih di... Read More
Pantai Remis – Berebut-rebut orang datang ke Pantai Remis. Apa yang ada di Pantai Remis, mesti ada sesuatu yang istimewa. Ramai yang tahu Pantai... Read More
Tempat menarik di Kuantan tidak hanya tertumpu di tengah-tengah bandar Kuantan sahaja. Namun sebagai ibu negeri Pahang pasti banyak keistimewaan yang boleh di terokai.... Read More
Senarai TERKINI tempat menarik di Sabah untuk dikunjungi dalam senarai percutian anda. Pilihan destinasi pelancongan menarik di Sabah memang SERONOK dan banyak sekali untuk dijelajah. Tempat Menarik Di Sabah Yang... Read More
Comment Closed: Senarai Tempat Menarik Selangor Yang Menyeronokkan
Sorry, comment are closed for this post.