HOME
Home » Cameron Highlands » Senarai Tempat Menarik Cameron Highlands

Senarai Tempat Menarik Cameron Highlands

Posted at | Categorised in Cameron Highlands

Senarai Tempat Menarik Cameron Highlands, siapa yang tak kenal tempat menarik di Tanah Tinggi Banjaran Titiwangsa ini. Namanya sahaja dah menunjukkan perbezaan ketara dengan tempat-tempat menarik lain di Malaysia.

Senarai Tanah Tinggi Cameron Highlands sangat sesuai untuk dijadikan tempat percutian sekeluarga, pemandangannya yang menghijau, cuaca sejuk yang menyegarkan terutama disebelah pagi, membuatkan terasa seolah-olah berada di negara lain.

Bandingkan Hotel! Jimatkan wang anda sehingga 80% Booking.com 

Suasana tenang di sini sesuai sangat untuk melepaskan lelah setelah bertungkus lumus di pejabat sepanjang tahun.

Pernah terdengar seorang ustaz sebut ” saya pernah berceramah di sebuah masjid yang paling barokah di Malaysia, dalam masjidnya sejuk… nak ambil wuduk pun sejuk…., tuan-tuan nak tahu di mana?”

Masing-masing  menanti dengan penuh debaran dengan perasaan kepingin nak ke masjid tu ambil barokah.  “Masjid di Cameron Highlands…”  selamba je ustaz tu “potonng stim” jemaah yang menanti.

Cameron Highlands merupakan destinasi pelancongan yang sangat popular terutama pada musim cuti sekolah dan pada musim perayaan.

Cameron Highlands sebuah tempat peranginan yang terletak di Banjaran Titiwangsa di negeri Pahang.  Terletak di tanah tinggi pada paras 1,829 meter dari aras laut dan mempunyi suhu yang gak sejuk antara 10 hingga 26 Celsius.

8 Tempat Menarik Cameron Highlands Yang Mesti Anda Lawati

Ringlet – Merupakan pekan pertama yang akan dilalui jika berkunjing ke Cameon Highlands melalui jalan lama melalui pekan Tapah.

Tanah Rata – Pekan yang terbesar dan mempunyai banyak tempat menarik di Cameron Highlands. Merupakan sebuah bandar yang lengkap, kerana pusat pentadbiran Cameron Highlands terletak di sini.  Tepat menarik yang boleh anda lawati di Tanat Rata antaranya Agro Technology Park in MARDI, Cameron Highlands.

Kemudahan seperti bank, balai polis, stesen minyak, hospital, taman rekriasi, hotel dan sudah tentunya kemudahan penginapan homestay.

Namun sesuatu yang istimewa di Tanah Rata ialah suasana nyaman dan tenang jauh dari kebisingan kenderaan terutama di waktu malam semasa anda sedang tidur.

Brinchang – Terkenal sebagai pusat pelancongan agro, jika anda ingin menikmati buah strawberry, sayuran segar yang baru dipetik dari ladang, melawat ke Brinchang sangat menyeronokkan.

Terdapat sebuah pasar terbuka yang menjual sayur-sauran dan buah-buahan segar dengan harga yang murah.  Juga Brinchang lebih dimeriahkan dengan Pasar Malam yang menjual berbagai produk hasil pertanian.

Jika inginkan madu lebah asli pun anda boleh berkunjung kesini.

Taman Sedia – Nak tengok orang Melayu tanam Strawberry?  Berkunjunglah ke Taman Sedia. Terletak di tengah-tengah perjalanan antara Tanah Rata dan Brinchang.  Terdapat banyak homestay di sini yang dikelilingi oleh ladang strawberry, anda boleh memetiknya sendiri.

Blue Valley – Kawasan tanam sayur-sayuran dan bunga-bungan.

Tringkap – Yang sangat menarik di Tringkap ialah kawasan tanaman bunga ros dan pasarnya.

Kuala Terla – Merupakan kawasan tanaman sayur, bunga dan sebagainya.

Kampung Raja – merupakan laluan masuk ke Cameron Highlands dari utara, Ipoh dan Gua Musang.

Kea Farm – Pekan kecil di puncak Cameron Highlands, dikenali sebagai kawasan yang menjual sayur-sayuran dan buah-buhan.  Madu Lebah Kea Farm merupakan madu lebah yang dihasilkan dari penternakan lebah secar komersial di Cameron Highlands.

 

Ladang Tea Sungai Palas – Jalan masuk ke ladang teh ini sedikit mencabar namun setelah sampai di sana, akan terasa keseronokannya.  Selain dari pemandangan hijau pokok teh saujana manat memandang, anda juga dapat melihat bagaimana daun teh diprosed dengan mesen gergasi secara live.Senarai Tempat Menarik Cameron Highlands

Baca juga:  Tempat menarik tepi highway yang orang tak tahu

 

Senarai Tempat Menarik Cameron Highlands sentiasa menanti kunjungan anda.

Booking.com

Comment Closed: Senarai Tempat Menarik Cameron Highlands

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Senarai Tempat Menarik Cameron Highlands

Homestay Terbaik Cameron Highlands

10 Homestay Cameron Highlands Yang Terbaik Untuk Percutian Keluarga

Posted at

Cari penginapan di Cameron Highlands? Inilah 10 homestay Cameron Highlands yang terbaik yang anda harus teliti sebelum memulakan perjalanan.   DreamScape Apartment Homestay Terbaik Cameron... Read More

Hotel Murah Di Cameron Highlands

55 Hotel Murah Di Cameron Highlands Pilihan Terbaik

Posted at

Hotel Murah Di Cameron Highlands pilihan terbaik untuk anda. Sebelum memulakan perjalanan, baca dulu senarai hotel murah danselesa di Cameron highlands ini untuk mengelakkan... Read More

Homestay Brinchang Cameron Highlands

Homestay Brinchang Cameron Highlands Terbaik Untuk Percutian Anda

Posted at

Homestay Brinchang Cameron Highlands yang terbaik untuk percutian anda. Ramai yang tersalah pilih homestay di Cameron Highlands di saat akhir. Jalan terbaik ialah hubungi dahulu pemilik homestay sebelum... Read More

Homestay Terbaik Cameron Highlands

Homestay Terbaik Cameron Highlands

Posted at

Senarai homestay terbaik Cameron Highlands untuk memudahkan percutian anda, tidak risau tidak dapat tempat penginapan kerana kehabisan ditempah terutama di musim cuti sekolah. Jom... Read More

Tempat Penginapan Menarik Di Cameron Highlands

Tempat Penginapan Menarik Di Cameron Highlands

Posted at

Tempat Penginapan Menarik Di Cameron Highlands paling polular disenaraikan untuk pilihan anda dengan segala kelengkapan yang memudahkan anda sepanjang berada di Cameron Highlands. Vacation... Read More


0 Shares