HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Pullman Putrajaya Lakeside

Tempat Menarik Pullman Putrajaya Lakeside

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tempat Menarik Pullman Putrajaya Lakeside

Memasuki tempat menarik kawasan pentadbiran negara di Putrajaya, kita disajikan dengan pemandangan bangunan yang indah seni binanya. Laluan menuju ke bangunan-bangunan kerajaan diselang seli dengan pemandangan menarik hijau yang nyaman dan segar. Terletak di Precint 5 Putrajaya, sebuah resort hotel mewah tersergam indah. Pullman Putrajaya Lakeside adalah sebuah tempat menarik yang melambangkan senibina dunia kemewahan Putrajaya.Tempat Menarik Pullman Putrajaya Lakeside

Kedamaian mula terasa apabila kereta mula melintas masuk ke Bandar Putrajaya. Ketenangan turut dirasai di sekitar kawasan Pullm
an Putrajaya Lakeside. Kocakan air tasik di Pullman Hotels and Resortmenjadi tumpuan pengunjung yang mahukan kedamaian. Di sinilah bermula pakej percutian melawat tempat-tempat menarik yang paling bermakna dalam hidup anda.

BOSAN DGN BILIK HOTEL YANG BIASE-BIASE JE?

Isi borang di bawah, Pilih Harga Terendah!!

Booking.com

Agung Senibina

sebaik meletakkan kenderaan di kawasan parking aras bawah, anda akan dibawa ke bahagian lobi yang sangat menarik. Jelas kelihatan keindahan panorama walaupun pada waktu siang hari. Tiba di aras lobi, anda pasti terpegun melihat menara jam yang sangat menarik yang terletak di bahagian tengah berhadapan kawasan lobi.

Apabila melihat sekeliling, ukiran kayu dan kreativiti seni lain terserlah pada seni binanya. Ada kalanya angin sepoi-sepoi bahasa menghembus lembut tubuh dengan kocakan air tasik di sekitar kawasan. Sungguh menarik sekali.

Yang menariknya di sini, anda boleh memilih untuk menempah bilik dari konsep-konsep seni bina yang berbeza iaitu Melayu, Cina, India dan Borneo. Ukiran seni dan dekorasi pada setiap konsep mempunyai keistimewaan yang menarik tersendiri.

Untuk memperkasakan semangat jati diri Malaysia, hasil seni ini dipahatkan di dalam seni bina tempat menarik Pullman Putrajaya Lake.

Ruang Santai Yang Menarik

Tempat menarik ini menyediakan 281 bilik berserta suite dan apartment, bersesuaian dengan pilihan anda mengikut jumlah keluarga. Antaranya SPA Concept Room, Executive Room dan Service Apartment.Sangat menarik, di mana setiap ruang bilik diberi sentuhan  seni untuk memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang.

Kebiasaannya Pullman Putrajaya Lakeside menerima banyak tempahan daripada pengunjung yang menjalankan urusan perniagaan dan syarikat-syarikat yang ingin mengadakan kursus di sini.

Pelbagai acara menarik boleh diadakan di sini lebih-lebih lagi melibatkan acara atau majlis sesebuah syarikat. Pullman Putrajaya Lakeside memberi perkhidmatan di luar jangkaan pengunjung kerana di sini mereka mementingkan keselesaan. Bagi pengunjung yang ingin mengadakan mesyuarat, beberapa bilik mesyuarat dan ballroom boleh digunakan.

Anda tidak perlu risau mengenai perkhidmatan teknologinya kerana mereka bersedia untuk membantu anda melengkapkan segala kemahuan. LCD TV atau projector LCD, sistem suara dengan mikrofon tanpa wayar, kemudahan video dan teleconference dan WiFi adalah antara kemudahan yang boleh didapati di sini.

Tidak hanya terhad mengendalikan program di dalam ruang tertutup, anda juga bebas memilih untuk melakukan aktiviti di luar.  Kawasan Pullman Putrajaya Lakeside yang luas boleh memberi pengalaman terbaik untuk sesi bina semangat.

Penuhi Selera Anda Di Restoran Yang Menarik

Di mana-mana sahaja anda pasti tidak mahu melepaskan peluang menikmati makanan yang dipersembahkan. Terdapat 5 rangkaian cafe dan restoran yang disediakan disini. Untuk hidangan Asia dan Barat, citarasa anda boleh dipenuhi di B’s. Namanya ringkas namun menu hidangannya cukup sempurna. Boleh dinikmati secara bufet atau ala carte dalam suasana santai dan eksklusif.

Sambil menikmati udara segar dan deruan halus air tasik, anda boleh mngubah selera ke restoran The Village. Hidangan laur menjadikan ianya tempat makan yang menarik.

Di samping itu terdapat juga China Bar and Lounge, menawarkan suasana lebih tenang dan selesa. Aneka jenis koktel disediakan di sini untuk anda. Akhir sekali luangkan masa santai anda bersama keluarga sambil menikmati snek ringan di Bar On Third. Aneka jus dan minuman panas serta hidangan pencuci mulut menanti selera anda.

Suasana Majis Perkahwinan Segar

Tidak hairanlah Pullman Putrajaya Lakeside menjadi pilihan tempat menarik perkahwinan paling ramai pasangan pengantin untuk mengadakan majlis resepsi di sini. Ruang dekorasi indah membantu memberikan ilusi lebih menarik untuk perkahwinan.

Bagi anda yang memilih untuk mengadakan majlis resepsi di kawasan terbuka, di sinilah konsep dan idea anda akan direalisasikan. Bayangkan simbahan sinaran lampu dengan pilihan dekorasi srta kantung lampu yang dalam rekaan elegan menjadi bualan tetamu yang hadir.

Selain majlis perkahwinan, destinasi ini juga boleh mendekatkan anda dengan aktiviti sukan air. Hotel bertaraf 5 bintang ini berada dekat dengan Pusat Maritim Putrajaya. Apa kata anda luangkan sedikit masa untuk berjalan kaki ke Pusat Maritim Putrajaya untuk sukan air yang disediakan. Lokasi strategik Pullman Putrajaya Lakeside membantu anda menyelongkar banyak lagi aktiviti yang sangat menarik dan menyeronokkan di sini.

Putrajaya sangat berbeza dari bandar-bandar lain di Malaysia. Suasana di sini bebas dari kesesakan jalanraya kerana sistem jslan raya disusun sedemikian rupa. Kawasan-kawsan pejabat dan shopping complex tidak diletakkan setempat bercampur-campur. Suasana ini memberikan anda keselesaan dan ketenangan ketika berada di sini.

Terdapat dua buah masjid besar di sini, iaitu masjid Putrajaya dan Masjid Sultan Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama Masjid Besi. Ketika berada di masjid besi anda akan merasa ketenangan yang berganda beribadah dalam suasana tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan dikelilingi oleh air tasik yang indah.nona

Comment Closed: Tempat Menarik Pullman Putrajaya Lakeside

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Pullman Putrajaya Lakeside

Restoran Terbaik Di Langkawi

7 Restoran Terbaik Di Langkawi Dengan Masakan Tempatan

Posted at

Restoran Terbaik Di Langkawi – Bersiar-siar di sekitar pulau Langkawi terikat untuk bekerja selera makan – di sini adalah tempat kegemaran kami untuk “merebut”... Read More

Pulau Yang Menarik Di Sabah

10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! 

Posted at

10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! Tiada siapa yang boleh tahan melihat laut yang tenang dan pantai berpasir putih di... Read More

Pantai Remis Tempat Perkelahan Menarik Di Selangor

Posted at

Pantai Remis – Berebut-rebut orang datang ke Pantai Remis. Apa yang ada di Pantai Remis, mesti ada sesuatu yang istimewa. Ramai yang tahu Pantai... Read More

Tempat Menarik Di Kuantan

Tempat Menarik Di Kuantan Untuk Percutian Bajet

Posted at

Tempat menarik di Kuantan tidak hanya tertumpu di tengah-tengah bandar Kuantan sahaja. Namun sebagai ibu negeri Pahang pasti banyak keistimewaan yang boleh di terokai.... Read More

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu!

Posted at

Senarai TERKINI tempat menarik di Sabah untuk dikunjungi dalam senarai percutian anda. Pilihan destinasi pelancongan menarik di Sabah memang SERONOK dan banyak sekali untuk dijelajah. Tempat Menarik Di Sabah Yang... Read More


0 Shares