HOME
Home » Teluk Intan » Homestay Tok Perak Teluk Intan

Homestay Tok Perak Teluk Intan

Posted at | Categorised in Teluk Intan

If you are planning on vacation ... I recommend you book a hotel in Booking.com for Malaysia, Singapore or anywhere!

Homestay Tok Perak Teluk Intan – Salam sejahtera kami doakan semoga anda yang mencari homestay di blog ini sentiasa dalam rahmat Allah, sihat, ceria dan kaya.  Semoga pemilik-pemilik homestay di Malaysia sentiasa menerima tempahan yang semakin bertambah-tambah setiap hari. amin…

Rezeki ada di mana-mana, namun kita harus berusaha mendapatkannya.  Mempunyai sebuah homestay atau lebih juga boleh menjadi sumber rezeki tambahan malahan ramai yang menjadikan sinya sebagai sumber rezeki utama keluarga.

Kami nak bercerita tengant sebuah homestay di Teluk Intan yang dinamakan Homestay TokPerak Teluk Intan, sekali pandang pada namanya, anda dah terasa kegagahan Tok Perak, apatah lagi melihat gambar Homestay TokPerak Teluk Intan ini terasa sangat kehebatannya.

Homestay Tok Perak Teluk Intan

Homestay Tok Perak Teluk Intan

Booking.com

Sebuah rumah berkembar yang tersergam indah (berpandukan pada gambar ni), tentu anda tak menyesal menginap di sini. Lihat saja keindahan dekorasi pintunga, pasti anda berasayakin pemilik Homestay TokPerak Teluk Intan serius dalam membantu anda mendapatkan sebuah family accomodation yang selesa.

Tempat letak keretanya luas, boleh meletakkan mungkin 3 buah kereta di ruang porch ini.

Homestay Tok Perak Teluk Intan

Selesa tak selesa? Ruang tamu yang luas didekorasi dengan kain langsir yang cantik.  Pencahayaan yang sangat memuaskan dengan tingkap cermin memenuhi ruang dinding. Cantik tikar berwarna coklat di tengah-tengah tu, boleh lepak-lepak dengan ahli keluarga di samping menonton siaran kegemaran melalui set TV besar yang disediakan.

Tak suka duduk di bawah, tu… disediakan dua set sofa yang cantik dan selesa.

Homestay Tok Perak Teluk Intan

Wah…syok tidur dalam bilik ini, sebuah katil bersaiz besar dan tu… terlekat di dinding bahagian atas sebuah penyaman udara sama seperti di ruang tamu.  Jika nak sejuk set saja ke 16 darjah celcius, kalau tak nak sejuk cukup pada 27 atau 28 darjah celcius.  Di bucu sana disediakan sejadah untuk digunakan menunaikan ibadah solat.

Homestay Tok Perak Teluk Intan

 Ini bilik kedua, lengkap dengan sebuah katil kelamin Homestay Tok Perak Teluk Intan

Jika anda sedang merancang untuk bercuti ... Saya mengesyorkan anda membuat tempahan di Booking.com untuk Malaysia, Singapura atau di mana sahaja!

Homestay Tok Perak Teluk Intan

Ha.. ini sebuah bilik yang sangat penting, lihat sendiri sebuah bilik air yang moden dan sangat bersih.  Dilengkapi dengan peralatan untuk beristinjak dan bersuci yang mesra syariah.

Homestay Tok Perak Teluk Intan

Sebagai penyedia family accomodation yang bertanggungjawab memberikan anda yang terbaik, Homestay TokPerak Teluk Intan  menyediakan peralatan moden di ruang dapur persis sebuah rumah sendiri.  kemas dan peralatan yang memenuhi ciri-ciri keselamatan dan piawaian standard Malaysia.

Homestay Tok Perak Teluk Intan

Bagi yang tidak pernah sampai di Teluk Intan, mungkin agak sukar untuk anda mencari Homestay TokPerak Teluk Intan ini. Tetapi anda tidak perlu bimbang, jika anda datang melalui highway melalui exit Sungkai, Bidor anda tidak mempunyai pilihan lain melainkan akan menemui Bazar Nenas di sebelah kiri jalan.

Homestay Tok Perak Teluk Intan bazar nenas

Jika anda telah bertemu dengan bangunan ini, bermakna anda telah terlalu hampir dengan Homestay TokPerak Teluk Intan.  Sebaik anda menuruni “bukit” yang sebenarnya jambatan menyeberangi sungai, bersedia untuk belok kiri pada traffic light di hadapan anda.

Kemudian anda akan bertemu dengan Sek. Men. Seri Kandi dan tak berapa jauh dari situ terdapat simpang ke kiri dan masuk ke simpang itu dan teruskan perjalanan hingga bertemu dengan Masjid As-Saadah Kampung Selabak, bermakna anda sudah sampai ke destinasi yang dituju.

Lokasi Homestay TokPerak Teluk Intan :

 5 Km Ke pekan Teluk Intan
 Melalui Kedai Buah2an Bazaar Nanas Kg Selabak Khasnya
Berhampiran dengan Kedai Rakyat 1 Malaysia (Bazar Nenas)
Melalui Pasaraya Giant , Hospital Tlk Intan, UKM, UiTM ke Pekan Teluk Intan
 
 
Kemudahan yg disediakan :
 
– Aircond  – Ruang Tamu dan Bilik Utama (Master Bed Room)
 
– TV ( nJoy )
– Seterika
– Dapur Gas
– Rice Cooker
– Jug Keetle
– Mesin Basuh
– Hot and Cold Mineral Water Dispenser
Cara Bayaran :
– Booking Fee RM50/ sehari
– Full payment semasa chk in (RM200)
– RM50 akan dipulangkan apabila keadaan rumah memuaskan
 
Maksimum 15 orang sahaja (extra charge utk lebih 15 orang)
 

Chk In  : 2pm
Chk Out : 12pm

No 19 Taman Taqwa,
Kg Selabak
36000, Teluk Intan
Perak

H/P No : 019-5539030
Rate / Night* : RM 200

Car Homestay Teluk Intan

Share This Post:

Comment Closed: Homestay Tok Perak Teluk Intan

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Homestay Tok Perak Teluk Intan

Senarai Homestay Teluk Intan

Senarai Homestay Teluk Intan

Posted at

If you are planning on vacation ... I recommend you book a hotel in Booking.com for Malaysia, Singapore or anywhere! Senarai Homestay Teluk Intan... Read More

Homestay LEENA Teluk Intan

Posted at

If you are planning on vacation ... I recommend you book a hotel in Booking.com for Malaysia, Singapore or anywhere! Homestay LEENA Teluk Intan... Read More

Homestay Darul Ridzuan Teluk Intan Perak

Posted at

If you are planning on vacation ... I recommend you book a hotel in Booking.com for Malaysia, Singapore or anywhere! Homestay Darul Ridzuan Teluk... Read More

Al-Barakah Teluk Intan Homestay

Posted at

If you are planning on vacation ... I recommend you book a hotel in Booking.com for Malaysia, Singapore or anywhere! NIKMATI PENGINAPAN YANG DAMAI... Read More

HN Homestay Padang Tembak Teluk Intan Perak

Posted at

If you are planning on vacation ... I recommend you book a hotel in Booking.com for Malaysia, Singapore or anywhere! HN Homestay Padang Tembak... Read More