HOME
Home » Tempat Menarik » Pantai Remis Tempat Perkelahan Menarik Di Selangor

Pantai Remis Tempat Perkelahan Menarik Di Selangor

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Pantai Remis – Berebut-rebut orang datang ke Pantai Remis. Apa yang ada di Pantai Remis, mesti ada sesuatu yang istimewa.

Ramai yang tahu Pantai Remis merupakan salah satu tempat menarik di Perak. Yang terletak di persisiran pantai barat Semenanjung, antara Lumut dan Taiping.

Namun terdapat sebuah lagi tempat menarik di Selangor yang namanya serupa dengan Pantai Remis di Perak. Kedua-dua tempat ini terletak di tepi pantai menjadikan ianya sangat menarik namun terdapat banyak perbezaan.

Pantai Remis Selangor terletak di antara Kuala Selangor dan Kapar, Klang. Tempat ini telah dibangunkan menjadi tempat makan-makan yang sangat menarik.

Sentiasa dipenuhi dengan pengunjung yang ingin menjamu selera dan berihat bersama keluarga. Selain dari tempat makan-makan, di sini juga terdapat banyak homestay yang menarik untuk anda menginap.

Kedudukan sebenar Pantai Remis Selangor, ialah di Sungai Sembilang, Jeram, Selangor. Hanya setengah jam berkereta dari pekan Meru.

Pantai Remis Tempat Perkelahan Menarik

Pantai remis tidak secantik pantai-pantai percutian lain seperti Batu Frengghi, di Pulau Pinang, pantai-pantai di Langkawi atau Pulau Kapas. Tetapi suasa di sini sangat meriah terutama pada sebelah petang, lebih-lebih lagi pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Keistimewaan Pantai remis yang paling utama ialah anda boleh menikmati pemandangan yang sangat menarik pada waktu matahari terbenam. memang sangat-sangat cantik!

Anda boleh berihat-rihat di tepi pantai sambil bersantai di bangku-bangku yang disediakan.

Tempat Makan-makan di Pantai Remis

Sesuai dengan kedudukannya di tepi pantai, menu utama makanan di sini ialah makan laut. Sebut sahaja sumber laut, anda boleh dapatkannya di sini.

Aroma Ikan Bakar

Pantai Remis Tempat Perkelahan Menarik

Ramai pengemar makanan laut yang berkunjung di sini memberikan komen positif. Istimewanya restoran ini ialah kedudukannya yang 100% menghadap laut, tempat yang luas dan nyaman dengan tiupan bayu laut. Antara masakkan istimewa di sini ialah ketam masak cili, udang tumis petai dan banyak lagi.

Bukan hanya menjadi tempat makan-makan sahaja, kawasan ini juga terdapat gerai-gerai jualan pelbagai barangan termasuk makanan, kuih-muih, sayuran dan sebaginya.

Aktiviti paling menarik di sini bermain layang-layang. Anda boleh dapatkannya dari penjual yang menjual layang-layang di sini.

Restoran Razak Rasaria 3R

Pantai Remis Tempat Perkelahan Menarik

Makanan sedap, mee udang lipan, sambal udang lipan, udang lipan goreng tepung menu wajib order.. Sedap!! Trima kasih.. Smoga trus maju. Aishah

Alhamdulillah makanan memuaskan cuma ikan siakap stim tak bercitarasa masakan THAI mungkin ini citarasa masakan ala Thai Melayu.Sesungguhnya hampir 90% makanannya amat sedap aekali begitu juga harga Dan servis is no 1. Terima kasih taukey kerana menyediakan makanan yang amat lazaattt sekali. Mustapa Daud

Memang sedap kari ikan sembilang…sup ketam pun bestyang penting bahan mentah fresh masakan sure malatop. Norhajah Ishak

pantai remis selangor

Sumber Foto: Foursquare

Pasti seronok menikmati kelazatan masakkan makanan laut yang terhidang dengan sempurna. Di samping melihat keindahan alam semula jadi sungai yang mengalir di belakang restoran. Kelihatan juga jembatan Kuala Selangor dan pemandangan menarik sekitar Sungai Kuala Selangor.

Hidangan istimewa di sini antaranya ketam telur masin, ikan masak stim lemon dan masakan udang mentega. Seperti kebanyakkan restoran yang ramai penggunjung, Restoran D Coral Kuala Selangor juga menyediakan WiFi percuma.

Alamat: Lot PT Jalan bagan, Kuala Selangor

Di mana nak menginap?

Jika anda datang dari jauh dan inginkan tempat penginapan, terdapat banyak homestay di sekliling daerah ini, antaranya The Kabin.

Keterangan Bilik The Cabin

The Cabin Pantai Remis Selangor

40-ft kontena, 6-pax, 450 ft², Unit Ground, Pemandangan Kolam, Penyaman udara, Perabot sesuai, Balkoni peribadi yang luas, 1 katil ratu, 4 katil single, 2 bilik mandi terbina dalam, Almari pakaian, Kasut musim bunga, Keselesaan mewah, pancuran mandian, TV satelit, Kemudahan membuat teh & kopi, Kemudahan

Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor
Telefon: 017-924 7800

Tempat menarik di Kundasang

 

No comment for Pantai Remis Tempat Perkelahan Menarik Di Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to Pantai Remis Tempat Perkelahan Menarik Di Selangor

Tempat Menarik Di Kuantan

Tempat Menarik Di Kuantan Untuk Percutian Bajet

Posted at

Tempat menarik di Kuantan tidak hanya tertumpu di tengah-tengah bandar Kuantan sahaja. Namun sebagai ibu negeri Pahang pasti banyak keistimewaan yang boleh di terokai.... Read More

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu!

Posted at

Senarai TERKINI tempat menarik di Sabah untuk dikunjungi dalam senarai percutian anda. Pilihan destinasi pelancongan menarik di Sabah memang SERONOK dan banyak sekali untuk dijelajah. Tempat Menarik Di Sabah Yang... Read More

Tempat Menarik Tun Sakaran Marine Park

Tempat Menarik Tun Sakaran Marine Park Permata Yang Tersembunyi

Posted at

Tempat menarik Tun Sakaran Marine Park, dengan alam semula jadi yang tidak tercemar, kehidupan marin yang bertenaga dan pantai yang indah, pulau-pulau syurga Sipadan... Read More

tempat menarik air terjun chemerong dari jauh

Tempat Menarik Air Terjun Chemerong Anda Mungkin Tak Pernah Dengar

Posted at

Tempat menarik Air Terjun Chemerong adalah salah satu yang paling cantik di Malaysia, dan artikel ini berkongsi maklumat tentang bagaimana untuk sampai ke sana... Read More

Tempat Menarik Di Kundasang

15 Tempat Menarik Di Kundasang Yang Sejuk Bagaikan Berada Di New Zealand

Posted at

Tempat menarik di Kundasang yang sejuk dan pemandangan yang indah bagaikan berada di negara New Zealand, lawatan tempat menarik di Kundasan sangat menyeronokkan. Tempat... Read More


0 Shares