Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
HOME
Home » Merbau » Chalet Terapung PPK Merbuk

Chalet Terapung PPK Merbuk

Posted at | Categorised in Merbau

Chalet Terapung PPK Merbuk terletak di Kampung Belau, Merbuk.  Chalet Terapung PPK Merbuk ini terjaga rapi dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terbaik.  Menggunakan tong-tong plastik untuk mengapungkan chalet ini ianya nampak lebih kukuh dan selamat.

chalet terapung ppk merbuk

Jika anda merancang untuk pergi bercuti... saya syorkan anda membuat tempahan hotel, resort atau homestay di Booking.com bagi percutian di Malaysia, Singapura atau di mana sahaja!

Lihat sahaja kekemasan pelantar chalet terapung ini yang disusun rapi dan di kiri kanannya dibina pengadang dari kawat besi yang kukuh.  Namun bagi anda yang membawa anak kecil, kawalan dan perhatian yang lebih perlu diberikan untuk keselamatan anak-anak anda yang pastinya sangat teruja dengan keseronokan bermain di atas chalet terapung ini.

Booking.com

Chalet Terapung PPK Merbuk

chalet terapung ppk merbuk

Sumber gambar : terajubintang7.blogspot.com

Salah sebuah chalet yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin, tentu tidak ada masalah kepanasan pada setiap masa semasa anda menginap di sini.  Awas, ada bahagian-bahagian pelantar Chalet Terapung PPK Merbuk ini yang tidak berdinding.

chalet terapung ppk merbuk bahagian dalam

Di bahagian dalam disediakan sebuah katil bersaiz queen cukup selesa untuk dua orang.  Tidak dapat dipastikan samada pihak pengurusan chalet terapung PPK Merbuk ini ada menyediakan tilam tambahan.  Namun anda boleh membuat pertanyaan kepada pihak pengurusan sebelum membuat tempahan.

Chalet Terapung PPK Merbuk

chalet terapung ppk merbuk kedah

Sebuah set TV juga disediakan, jadi anda tidak akan terlepas menonton rancangan kegemaran walaupun berada di atas rumah air.  Tentang keselamatan anda tak perlu bimbang kerana disediakan pelampung-pelampung untuk digunakan sewaktu kecemasan.

bot pelancung chalet terapung sungai merbok kedah

Takkan nak memerap je atas chalet terapung ni, betul tak?  Tentulah nak merasa pengalaman menyelusuri sepanjang Sungai Merbuk sambil menikmati pemandangan yang indah.  Sebuah bot yang boleh memuatkan seramai 12 orang penumpang disediakan.

http://terajubintang7.blogspot.com/

Syurga bagi kaki pancing… Chalet Terapung PPK Merbuk memang sangat sesuai bagi kaki pancing, anda boleh memancing 24 jam atau “selagi mahu”!  Tidak dapat dipastikan juga pihak pengurusan ada menyediakan peralatan pancing dan umpan atau anda perlu membawanya sendiri.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh menghubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Jalan Batu Hampar, 08400 Merbok, Kedah di talian 04-4572117 atau melalui faksimili: 04-4572611 (waktu pejabat) atau melalui e-mail: ppkmerbok@lpp.gov.my atau Hamdan Awang (019-4425560) atau Rozita Adnan (019-5775812) atau Mahayadin Bin Ismail 012-4633526

Kami dimaklumkan pihak PPK Merbuk telah dan sedang membuat penambahbaikan dan menambah lagi bilangan chalet terapung mereka. Google Plus

Share This Post:

No comment for Chalet Terapung PPK Merbuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to Chalet Terapung PPK Merbuk

Zaida Homestay Changlun Kedah

Azwa Homestay Changlun Kedah

Posted at

Azwa Homestay Changlun Kedah   Azwa Homestay Changlun Kedah  is a Terrace House with 3 bedrooms and 1 bathroom located in the town of Changlun. Service... Read More