HOME
Home » Cameron Highlands » Jalan Alternatif Ke Cameron HighLands

Jalan Alternatif Ke Cameron HighLands

Posted at | Categorised in Cameron Highlands

Jalan Alternatif Ke Cameron HighLands – Untuk ke Cameron Highlands tidak lagi menjadi masalah dan kebimbangan kepada yang tidak mahu menggunakan Jalan Tapah – Cameron Highlands.

Terdapat Banyak jalan Alternatif Ke Cameron Highlands yang boleh digunakan.

BOSAN DGN BILIK HOTEL YANG BIASE-BIASE JE?

Isi borang di bawah!

Booking.com

Jalan masuk ke Cameron Highlands yang paling “tua” ialah laluan melalui pekan Tapah iaitu melalui Exit Plaza Tol Tapah, dengan mengambil susur simpang ke kiri, anda akan terus di bawa ke Cameron Highlands melalui Jalan Pahang, menempuhi kawasan perkelahan Kuala Woh atau di kenali dengan Batu 7.

Kemudian akan melalui Latar Iskandar dengan ketinggi lebih 100 meter. anda boleh berhenti berehat di kedua-dua Lata ini yang sentiasa dikunjungi terutama pada hujung minggu dan cuti umum terutama pada musim cuti Sekolah.

Jalan Alternatif Ke Cameron HighLands

destinasicameronhighlands.blogspot.com

jalan alternatif ke cameron highlands

Jalan Alternatif Ke Cameron HighLands

 darulmakmurblogger.blogspot.com

Jalan Alternatif Ke Cameron HighLands – Raub

Jalan Alternatif ini akan membawa anda terus ke pekan Ringlet Cameron Highlands. Keadaan yang lebar dan struktur permukaan jalan yang agak rata kerana ia merupakan jalan yang baru dibina.

Melalui FELDA Sungai Koyan akan melalui Kampung Cheroh, Batu Talam dan beberapa perkampungan lain. FELDA Sungai Koyan merupakan pintu masuk ke Cameron Highlands jika anda melalui jalan alternatif ini.

Jalan Alternatif Ke cameron Highlands – Kuala Lipis

Melalui Kampung Tempoyang, Kampung Relong dan masuk ke persimpangan Sungai Koyan di Kampung Berchang seterusnya akan melalui beberapa perkampungan lain seperti Kampung Keledek, kampung Sungai Ular dan FELDA Sungai Koyan.

Apabila sampai di Pekan Sungai Koyan, belok ke kiri selepas Pondok Polis Sungai Koyan dan akan menempuhi ladang-ladang kelapa sawit serta beberapa perkampungan Orang Asli seperti Pos Batu, Pos Simoi dan sebagainya.

Jalan Alternatif Kuala Lipis ke Cameron Highlands ini akan membawa anda ke Pekan Bertam Valley, Ringlet berhampiran dengan stesyen Petrol Shell. Jika anda ingin meneruskan perjalanan ke Tanah Rata belok ke kanan dan belok ke kiri akan menuju ke Pekan Tapah, Perak.

Jarak Perjalanan lebih kurang 80 kilometer.

Dari segi keselamatan, anda dinasihatkan berhati-hati semasa memandu kerana perjalanan akan melalui kawasan hutan dan terdapat banyak haiwan liar yang melintas jalan. Oleh kerana jalan ini agak kurang digunakan dan masih baru, tidak ada lampu jalan di sediakan. hanya guna kelip-kelip je kot 🙂

Anda harus lebih berhati-hati memandu ketika melalui jalan ini terutama pada musim hujan, selain dari kemungkinan terjadinya tanah runtuh, kemungkinan juga akan menumpuhi cuaca berkamus tebal yang menghadkan jarak penglihatan.

Melalui Jalan Alternatif ke Cameron Highlands ini dapat menjimatkan kos petrol kereta, menjimatkan masa bagi penduduk di Pantai Timur dan juga dapat menikmati pemandangan indah Pergunungan Banjaran Titiwangsa yang selama ini hanya diperhatikan dari jauh.

Nantikan entri seterusnya, Jalan Alternatif ke Cameron Highlands melalui Gua Musang dan Simpang Pulai.

Selamat Bercuti dan Selamat memandu, pandu cermat jiwa selamat.

 

No comment for Jalan Alternatif Ke Cameron HighLands

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to Jalan Alternatif Ke Cameron HighLands

Homestay Terbaik Cameron Highlands

10 Homestay Cameron Highlands Yang Terbaik Untuk Percutian Keluarga

Posted at

Cari penginapan di Cameron Highlands? Inilah 10 homestay Cameron Highlands yang terbaik yang anda harus teliti sebelum memulakan perjalanan.   DreamScape Apartment Homestay Terbaik Cameron... Read More

Hotel Murah Di Cameron Highlands

55 Hotel Murah Di Cameron Highlands Pilihan Terbaik

Posted at

Hotel Murah Di Cameron Highlands pilihan terbaik untuk anda. Sebelum memulakan perjalanan, baca dulu senarai hotel murah danselesa di Cameron highlands ini untuk mengelakkan... Read More

Homestay Brinchang Cameron Highlands

Homestay Brinchang Cameron Highlands Terbaik Untuk Percutian Anda

Posted at

Homestay Brinchang Cameron Highlands yang terbaik untuk percutian anda. Ramai yang tersalah pilih homestay di Cameron Highlands di saat akhir. Jalan terbaik ialah hubungi dahulu pemilik homestay sebelum... Read More

Homestay Terbaik Cameron Highlands

Homestay Terbaik Cameron Highlands

Posted at

Senarai homestay terbaik Cameron Highlands untuk memudahkan percutian anda, tidak risau tidak dapat tempat penginapan kerana kehabisan ditempah terutama di musim cuti sekolah. Jom... Read More

Tempat Penginapan Menarik Di Cameron Highlands

Tempat Penginapan Menarik Di Cameron Highlands

Posted at

Tempat Penginapan Menarik Di Cameron Highlands paling polular disenaraikan untuk pilihan anda dengan segala kelengkapan yang memudahkan anda sepanjang berada di Cameron Highlands. Vacation... Read More


0 Shares