HOME
Home » Pulau Mabul » Hotel Terapung Pulau Mabul Sabah

Hotel Terapung Pulau Mabul Sabah

Posted at | Categorised in Pulau Mabul

Hotel Terapung Pulau Mabul Sabah

Pada kebiasaannya pelantar minyak yang telah tidak mengeluarkan hasil dan tidak digunakan menggali minyak di tengah lautan akan terbiar usang dan ditinggalkan begitu saja.  tetapi sesuatu yang berbeza telah berlaku di pelantar minyak di Pulau Mabul, Sabah.

Terletak tidak jauh dari Pulau Mabul, Sabah – Seaventures Dive Rig Resort menawarkan pengalaman sangat berbeza untuk anda nikmati. Jika selama ini hanya mereka yang bertugas di pelantar minyak saja yang mengalami keseronokan tinggal di sana, kini anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman ini.

BOSAN DGN BILIK HOTEL YANG BIASE-BIASE JE?

Isi borang di bawah!

Booking.com

Hotel Terapung Pulau Mabul Sabah

Hotel Terapung Pulau Mabul Sabah menawarkan 27 buah bilik serba lengkap termasuk bilik dengan 2 katil dan bilik untuk keluarga, hotel pelantar minyak yang pada asalnya ini juga menawarkan wifi percuma dan berbagai aktiviti menarik untuk mereka yang menginap di sini.

Hotel Terapung Pulau Mabul Sabah

Seaventures Dive Resort adalah sebuah pelantar minyak yang tidak lagi digunakan untuk mencari gali minyak dan gas. Ia ditunda ke perairan Sabah, di ubahsuai di bahagian dalamnya dan ditukar menjadi bilik-bilik hotel.

Hotel Terapung Pulau Mabul Sabah

Menawarkan 27 bilik tidur yang selesa termasuk bilik untuk keluarga, bilik dengan 2 buah katil dan juga asrama.

Hotel Terapung Pulau Mabul Sabah

Walaupun suasana hanya di kelilingi lautan, dengan kemudahan lengkap yang disediakan termasuk bilik menonton TV, bilik karaoke, meja pool dan tenis, kedai cenderamata dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan hingga 60 orang menjadikan anda tidak merasa bosan.

Dengan kelengkapan yang ada, jika ingin buat company trip pun boleh.

Hotel Terapung Pulau Mabul Sabah

Setiap bilik di sini dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Tak lah anda kepanasan nanti.

Hotel Terapung Pulau Mabul Sabah

Barbeque juga turut diadakan seminggu sekali diiringi dengan persembahan live band oleh kumpulan The Sea Gypsis yang terdiri dari skuard penyelam skuba hotel ini. Sambil menyelam sambil bermain muzik…

Hotel Terapung Pulau Mabul SabahTetapi ada yang lebih menarik dari itu… sudah pasti “dunia bawah airnya”.  Sebaik saja anda berada di sini, akses untuk menyelam adalah mudah kerana hotel ini menyediakan elevator yang membawa anda turun ke bawah.

Hotel Terapung Pulau Mabul SabahHotel Terapung Pulau Mabul SabahHotel Terapung Pulau Mabul SabahHotel Terapung Pulau Mabul Sabah

Antara spesis ikan dan hidupan laut yang boleh ditemui bila menyelam di sini adalah barakuda, ikan kerapu, sotong, penyu, morays gergasi, belut reben dan berbagai jenis ikan lagi. Sekali sekala jika anda bernasib baik anda mungkin dapat melihat jerung yang melintas di sini. Terumbu karang di sini juga menarik dan cantik. Ditambah pula airnya yang jernih dan bersih.

Jika anda inginkan kelainan di samping menikmati damainya laut serta jauh dari hiruk pikuk manusia, Seaventures Dive Rig Resort adalah jawapannya.

Disamping menawarkan aktiviti menarik bagi mereka yang gila menyelam scuba dan bilik yang selesa, makanan yang disediakan di hotel pelantar minyak ini juga semestinya sedap. Apatah lagi hidangan makanan lautnya masih fresh!

Hotel Terapung Pulau Mabul Sabah

Bagi yang berminat untuk ke sini, hotel ini hanya boleh di akses dengan menaiki bot. Meskipun pelantar minyak ini mempunyai helipad (platform mendarat helikopter) tetapi ianya telah ditukar menjadi sundeck.

Buat masa ini 2 pakej ditawarkan di sini iaitu Non Diving Package dan Standard Diving Package. Anda boleh ke website mereka di SeaVenturesDive.com untuk maklumat lanjut.

Oh ya! Khabarnya ini adalah satu-satunya hotel pelantar minyak di dunia yang menyediakan aktiviti sebegini termasuk terjun bungy dan ianya terdapat di Sabah, Malaysia.

Sumber : thevocket.com

 

Comment Closed: Hotel Terapung Pulau Mabul Sabah

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Hotel Terapung Pulau Mabul Sabah

Homestay Pulau Mabul

Homestay Pulau Mabul Terapung Di Laut Sejernih Kristal

Posted at

Homestay Pulau Mabul – Berhampiran dengan pulau Sipadan terdapat sebuah pulau yang dinamakan pulau Mabul. Sejak Sipadan menjadi tapak menyelam bertaraf dunia, para penyelam... Read More


0 Shares