HOME
Home » Destination » Homestay Dengan Kolam Renang Di Melaka Pasti Seronok

Homestay Dengan Kolam Renang Di Melaka Pasti Seronok

Posted at | Categorised in Destination

Homestay dengan kolam renang di Melaka, Yes! Jika anda ingin bercuti bersama keluarga dan ingin menginap di hotel yang ada kolam renang, pasti anda terpaksa mengeluarkan bajet yang lebih.

Untuk sebuah bilik hotel dengan kolam renang yang hanya muat 2 orang sahaja sudah terpaksa berbelanja ratusan ringgit. Dah pastilah nak bilik yang selesa betul tak?

BOSAN DGN BILIK HOTEL YANG BIASE-BIASE JE?

Isi borang di bawah!

Booking.com

Bayangkan jika ahli keluarga anda 6, 7 atay 8 orang, belanja untuk penginapan sahaja dah terlalu besar, naknya pulak menginap 2, 3 hari, mau cecah ribuan ringgit hanya untuk penginapan sahaja.

Jadi anda ada banyak pilihan sebenarnya, samada menginap di hotel bajet tanpa kolam renang, bilik pulak tu sempit dengan macam-macam bau.

Atau anda menginap di homestay dengan kolam renang di Melaka. Kenapa di Melaka? Sebab di Melaka ni ada sebuah homestay dengan kolam renang. Homestay yang cukup besar untuk keluarga yang besar.

Homestay dengan kolam renang di Melaka ini jenis banglo 5 bilik. Besar tak besar?

Kemudahan yang disediakan jangan diragukan, memang tip top!

Tapi di mana lokasi homestay dengan kolam renang di Melaka ni? Memanglah di negeri Melaka, tapi lokasi yang lebih spesifiknya terletak di
Taman Krubong Perdana, Durian Tunggal, Melaka.

Kemudahan dan kelengkpan yang disediakan, baca saja di bawah ni:

KELENGKAPAN & KEMUDAHAN

Kolam mandi bersize 8 x 12 kaki persegi mana kala kedalamannya pula 2.5 kaki.

Mempunyai 5 bilik tidur ( 4 bilik di tingkat bawah dan sebuah bilik di tingkat atas)

Kesemua 4 bilik tidur dilengkapi aircond Panasonic Inverter serta kipas kecuali sebuah bilik hanya dilengkapi kipas.

6 buah katil bersaiz queen (2 buah katil queen dalam bilik utama)

Dilengkapkan dengan 3 bilik air (2 bilik air lengkap dengan Panasonic Hot Shower). Jadi tak perlu risau untuk berebut bilik air terutama di waktu pagi. Al maklumlah, di waktu inilah saat paling kritikal untuk menggunakan bilik air.

3 ruang tamu (2 di tingkat bawah & 1 di tingkat atas). Hah! inilah keistimewaan homestay dengan kolam renang di Melaka ini, nak berihat tak perlu keluar rumah. Anda boleh bersantai bersama keluarga setelah penan menjelajah negeri Melaka sehari suntuk.

Suka menontnton TV? Anugerah Homestay ini dilengkapi TV besar 43″ lengkap dengan siaran Astro (ruang tamu utama). Jadi anda tidak terlepas menonton rancangan kegemaran anda sambil berseronok bersama keluarga. Rasa seperti di rumah sendiri tetapi pastinya berbeza.

Nak tahu apa perbezaannya, menginaplah di sini!

Ruangan dapur yang simple & lengkap (disediakan peralatan asas untuk memasak, gas, cerek elektrik, periuk nasi, cawan, pinggan dan mangkuk)

Peti sejuk 2 pintu

Meja makan

Seterika & papan seterika

Mesin basuh automatik

Bukan itu sahaja, Anugerah Homestay mempunyai 10 unit homestay keseluruhannya. Tapi hanya sebuah homestay yang menyediakan kolam renang. Jangan bertangguh membuat tempahan, siapa cepat dia dapat.

Untuk mendapat maklumat tentang Anugerah Homestay anda boleh baca homestay dengan kolam renang di Melaka di laman web Anugerah Homestay.

homestay dengan kolam renang di melaka

Gambaran yang diberikan cukup istimewa, secara jelas memberitahu anda, pemilik Anugerah Homestay memang sangat serius ingin memberikan keselesaan kepada anda semasa menginap di sini.

Baca:

Tempat Resort dengan kolam renang di Selangor
Homestay di Cameron Highlands
Tempat menarik di Malaysia yang wajib anda lawati

Anda pernah menginap di sini? Jangan lupa letakkan komen anda. Bagi anda yang mempunyai homestay dan ingin kami paparkan homestay anda di laman ini, sila tulis dan letakkan link blog anda di ruangan komen juga. Terima kasih.

No comment for Homestay Dengan Kolam Renang Di Melaka Pasti Seronok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to Homestay Dengan Kolam Renang Di Melaka Pasti Seronok

Tempat Menarik Indonesia Untuk Dikunjungi

15 Tempat Menarik Indonesia Untuk Dikunjungi

Posted at

15 Tempat menarik Indonesia untuk dikunjungi  – Rasakan liburan yang luar biasa di Yogyakarta dengan mengunjungi Indonesia yang luas dengan lebih daripada 17,000 pulau,... Read More

Best Port Dickson Homestay

Best Port Dickson Homestay

Posted at

Best Port Dickson Homestay  – Actually, Port Dickson got the name of Sir John Frederick Dickson, a British officer in the British occupation era.... Read More

Tempat Menarik Di Indonesia Yang Popular Untuk Dilawati

13 Tempat Menarik Di Indonesia Yang Popular Untuk Dilawati

Posted at

Tempat menarik di Indonesia yang popular di Nusantara, adalah koleksi pulau-pulau yang menyimpan harta karun yang tidak terhingga dalam kepelbagaian budaya, lanskap, dan bandar-bandar.... Read More

Tempat Menarik Di Auckland Yang Menyeronokkan

17 Tempat Menarik Di Auckland Yang Pasti Menyeronokkan

Posted at

17 Tempat menarik di Auckland yang pasti menyeronokkan! Kota sebelah pelabuhan Auckland adalah metropolis sebenar di New Zealand dan pusat ekonomi negara yang meriah.... Read More

Inilah Tempat Wisata Menarik Di Jawa Barat Yang Anda Cari

Inilah Tempat Wisata Menarik Di Jawa Barat Yang Anda Cari!

Posted at

Inilah barangkali yang membuat wisatawan tidak pernah bosan untuk menjelajah berbagai tempat wisata menarik di Jawa Barat. Jawa Barat merupakan provinsi Indonesia di Pulau Jawa. Pelancong yang... Read More


0 Shares