Chalet Terapung Sungai Besar atau dikenali secara rasminya sebagai D’ Muara Marine Park Sungai Haji Dorani adalah kepunyaan Majlis Daerah Sabak Bernam yang operasinya diuruskan oleh syarikat Dorani Bayu Resort and Services Sdn. Bhd. melalui konsep usahasama yang telah dimeterai pada Februari 2005.
Chalet Terapung Sungai Besar terletak di lokasi berhampiran denag pekan Pekan Sungai Besar iaitu dalam lingkungan lima kilometer dan jarak 90km dari Bandaraya Shah Alam. Berkonsepkan mesra alam dan telah didirikan di pinggir pantai Sungai Haji Dorani menghadap laut Selat Melaka yang lengkap dengan kemudahan serba moden dan eksklusif sangat sesuai untuk beristirehat, seminar, mesyuarat dan menyambut hari keluarga sambil menikmati ketenangan melihat panorama aktiviti nelayan Pantai Sungai Haji Dorani.
Bukan sahaja mempunyai pakej Sea View iaitu konsep chalet terapung tetapi D’ Muara Marine Park Sungai Haji Dorani juga membunyai dua lagi konsep iaitu Village View dan Apartment.
Chalet Terapung Sungai Besar menawarkan dua pakej utama ialut Pakej Mesyuarat yang terbahagi kepada enam sub pakej iaitu Pakej Eksklusif dan lima pakej lain yang dinamakan Pakej A,B,C,D dan E. Keistimewaan prasarana dan layanan bergantung kepada pakej yang ditawarkan.
Di sini anda boleh beraksi…
Manakala pakej Hari keluarga pula adalah seperti berikut:
Harga pakej untuk seorang dewasa ialah RM 155.00 / seorang
Pakej untuk kanak-kanak (6 – 12 Tahun) ialah RM 95.00 / seorang
Setiap harga pakej itu termasuk :
Penginapan
~ Chalet (3 orang/ unit chalet)
~ Apartment (4 orang/ unit chalet)
Empat Kali Makan
~ Minum Petang (3.00pm)
~ BBQ + Karaoke (8.00pm)
~ Sarapan Pagi (7.30am)
~ Makan Tengahari (12.00pm)
Sukaneka (Pihak Resort Uruskan Kesemuanya)
~ pilih lima (5) jenis sukan untuk kategori dewasa dan kanak-kanak seperti di dalam pakej yang di lampirkan.
~ air minuman turut disediakan sepanjang aktiviti sukaneka berlangsung
Chalet Terapung Sungai Besar terletak di:
Dorani Bayu Resort & Services Sdn. Bhd.
D’muara Marine Park
Sungai Haji Dorani
45300 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan.
E-mail : doranibayu@gmail.com
Blog : www.dmuararesort.blogspot.com
Tel & Fax : 03-3224 6800 (hunting line)
Klik untuk ketahui lebih tentang chalet terapung untuk kaki pancing!
Float Chalet Sungai Haji Dorani Selangor – Dorani Bayu Resort, Sungai Haji Dorani belongs to Sabak Bernam District Council where the management and operation... Read More
Homestay Sungai Besar terletak hanya 1 kilometer dari pekan Sungai Besar juga hanya 1 kilometer dari pekan Sg Hj Dorani yang dihiasi dengan pelbagai... Read More
No comment for Chalet Terapung Sungai Besar