HOME
Home » Tempat Menarik » Amane Homestay Pulau Pinang

Amane Homestay Pulau Pinang

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Amane Homestay Pulau Pinang

Amane Homestay Pulau Pinang menyediakan 4 buah apartment sebagai homestay untuk penginapan semasa anda berkunjung ke Pulau Pinang. Berada pada berlainan tingkat tetapi masih dalam blok yang sama.

Amane Homestay Pulau Pinang menyedikan satu tempat meletak kereta, jika anda datang dengan lebih dari sebuah kereta, boleh diletakkan di kawasan luar apartment. Tempat meletak motorsikal juga tidak disediakan dan boleh diletakkan di bahagian luar apartment.

BOSAN DGN BILIK HOTEL YANG BIASE-BIASE JE?

Isi borang di bawah, Pilih Harga Terendah!!

Booking.com

Amane Homestay Pulau Pinang terdapat kemudahan lif yang baik. Kawasan diawasi dengan CCTV untuk keselamatan yang terjamin.

Amane Homestay Pulau Pinang

Amane Homestay Pulau Pinang hanya untuk muslim sahaja.

Terletak berhampiran dengan Penang International Airport, kira-kira 2 kilometer dan 17 kilometer dari Georgetown. Homestay ini telah memberikan perkhidmatan penginapan selama lebih 5 tahun.

Kemudahan kolam renang tidak disediakan.

Homestay ini hanya boleh menampung seramai 11 orang termasuk kanak-kanak.

Peraturan Menyewa:

Sila pastikan tarikh yang tepat semasa membuat bayaran supaya tidak timbul masalah kepada anda, Amane Homestay Pulau Pinang dan pelanggan lain. Jika kejadian salah tarikh berlaku pihak Amane Homestay Pulau Pinang tidak akan bertanggungjawab.

Bayaran tempahan mestilah dibuat selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh penginapan manakala bagi pihak syarikat hendaklah membuat bayaran selewat-lewatnya 3 jam sebelum penginapan. Wang tempahan tidak akan dipulangkan jika berlaku pembatalan di saat-saat akhir.

Pembatalan tempahan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh penginapan. Wang tempahan akan dipulangkan 100%.

PENTING! Jika anda tidak hadir selepas jam 6 petang tanpa memaklumkan kepada Amane Homestay Pulau Pinang, pihak homestay menganggap anda TELAH membatalkan tempahan.

Segala urusan keluar masuk ke Amane Homestay Pulau Pinang mestilah diuruskan oleh orang yang membuat tempahan, TIDAK BOLEH mewakilkan kepada mana-mana pihak ketiga. Ini bagi mengelakkan kes-kes penipuan yang berleluasa.

Tempat meletak kereta dalam kawasan apartment untuk sebuah kereta akan diberikan ‘kad sentuh’ bagi memudahkan anda meletak kereta di kawasan yang disediakan. anda harus berhati-hati semasa memegang kad ini kerana jika berlaku kehilangan anda akan dicaj sebanyak RM100.

Tiada apa-apa diskaun jika berlaku anda masuk lewat atau keluar awal dari apartment. Waktu  Check Out: 12 pm dan Check In: 2 pm.

Waktu check in dan check out mestilah dipatuhi sepenuhnya untuk mengelakkan kesulitan kepada pelanggan lain.

Bayaran baki sewaan mestilah dibuat ketika menerima kunci, jika tidak anda tidak akan dibenarkan masuk.

HUBUNGI : 0164610953 ( 2pm hingga 6 pm sahaja) SMS/Whatsapp pada bila-bila masa

Homestay Penang Experience The Georgetown Festival

Penang Times Square Vacation Condominium Homestay Georgetown Penang

Comment Closed: Amane Homestay Pulau Pinang

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Amane Homestay Pulau Pinang

Restoran Terbaik Di Langkawi

7 Restoran Terbaik Di Langkawi Dengan Masakan Tempatan

Posted at

Restoran Terbaik Di Langkawi – Bersiar-siar di sekitar pulau Langkawi terikat untuk bekerja selera makan – di sini adalah tempat kegemaran kami untuk “merebut”... Read More

Pulau Yang Menarik Di Sabah

10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! 

Posted at

10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! Tiada siapa yang boleh tahan melihat laut yang tenang dan pantai berpasir putih di... Read More

Pantai Remis Tempat Perkelahan Menarik Di Selangor

Posted at

Pantai Remis – Berebut-rebut orang datang ke Pantai Remis. Apa yang ada di Pantai Remis, mesti ada sesuatu yang istimewa. Ramai yang tahu Pantai... Read More

Tempat Menarik Di Kuantan

Tempat Menarik Di Kuantan Untuk Percutian Bajet

Posted at

Tempat menarik di Kuantan tidak hanya tertumpu di tengah-tengah bandar Kuantan sahaja. Namun sebagai ibu negeri Pahang pasti banyak keistimewaan yang boleh di terokai.... Read More

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu

Tempat Menarik Di Sabah Yang Korang Belum Tahu!

Posted at

Senarai TERKINI tempat menarik di Sabah untuk dikunjungi dalam senarai percutian anda. Pilihan destinasi pelancongan menarik di Sabah memang SERONOK dan banyak sekali untuk dijelajah. Tempat Menarik Di Sabah Yang... Read More


0 Shares