Siapa kata tidak ada air terjun yang menarik Di Selangor dan Kuala Lumpur. Walaupun negeri Selangor dilimpahi dengan kemodenan yang melampau, tetapi masih ada tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi untuk melepaskan lelah setelah sibuk bekerja sepanjang minggu.
Air terjun merupakan tempat yang menarik dan sangat digemari oleh pencinta kedamaian dan keindahan alam. Hampir semua orang sukakannya.
Air Terjun Sungai Gabai Hulu Langat
Air Terjun Sungai Gabai ini sangat menarik dan sudah terkenal dan menjadi tempat tumpuan pelancong. Anda boleh sampai ke kawasan air terjun ini dengan kereta atau bermotosikal. Dari jalan besar untuk sampai ke kawasan air terjun ini hanya 1 kilometer yang melalui jalan kampung.
Sedikit kesulitan kerana jalannya agak sempit, tetapi menyeronokkan kerana inilah pengalaman untuk anda menambah skill pemanduan di jalan sempit.
Keterangan menarik tentang Air Terjun Sungai Gabai:
Mempunyai air terjun yang bertingkat, di bahagian atas agak mencabar dan menyeronokkan jika anda pandai berenang kerana bahagian ini agak dalam.
Tempat meletak kereta yang berhampiran dengan kawasan air terjun.
Sesuai untuk perkelahan sekeluarga, disediakan surat dan bilik air, disediakan juga pondok untuk berteduh.
Air terjun yang bertingkat dan agak tinggi.
Anda mencari penginapan? Cuba Homestay Yang Menarik Di Hulu Langat Ini.
Air Terjun Kanching terletak antara Selayang dan Rawang juga berhampiran dengan kawasan perkelahan terkenal Templer park.
Sangai sesuai untuk perkelahan sekeluarga.
Yang menariknya air terjun ini mempunyai 7 tingkat jeram yang boleh anda terokai. Di setiap tingkat terdapat keistimewaanya yang tersendiri.
Selain dari itu, terdapat juga ‘jungle tracking’ bagi sesiapa yang suka aktiviti lasak ini walaupun track di sini tidaklah begitu ekstrim.
Air terjun yang menarik yang ke tiga di Selangor ialah Air Terjun Sungai Chongkak Hulu Langat. Hulu Langat mempunyai terlalu banyak air terjun yang menarik kerana lokasinya yang berhampiran dengan banjaran gunung Titiwangsa.
Air Terjun ini memang menarik dan istimewa kerana ianya diurus oleh Badan pelancongan Selangor. Juga dikenali dengan nama Chongkak Park And Resort.
Diurus dengan lebih baik, kawasan ini menyediakan kawasan perkhemahan dan ‘camping’, pondok rehat, tandas, tempat persalinan dan kawasan air terjun ini memberikan suasana redup dan sejuk kerana dilindungi oleh pokok-pokok besar.
Jom layan video ini untuk mengetahui betapa menariknya tempat ini.
Restoran Terbaik Di Langkawi – Bersiar-siar di sekitar pulau Langkawi terikat untuk bekerja selera makan – di sini adalah tempat kegemaran kami untuk “merebut”... Read More
10 Pulau Yang Menarik Di Sabah. Sangat Cantik, Best Giler! Tiada siapa yang boleh tahan melihat laut yang tenang dan pantai berpasir putih di... Read More
Pantai Remis – Berebut-rebut orang datang ke Pantai Remis. Apa yang ada di Pantai Remis, mesti ada sesuatu yang istimewa. Ramai yang tahu Pantai... Read More
Tempat menarik di Kuantan tidak hanya tertumpu di tengah-tengah bandar Kuantan sahaja. Namun sebagai ibu negeri Pahang pasti banyak keistimewaan yang boleh di terokai.... Read More
Senarai TERKINI tempat menarik di Sabah untuk dikunjungi dalam senarai percutian anda. Pilihan destinasi pelancongan menarik di Sabah memang SERONOK dan banyak sekali untuk dijelajah. Tempat Menarik Di Sabah Yang... Read More
Comment Closed: Ini Air Terjun Yang Menarik Selangor Dan Kuala Lumpur
Sorry, comment are closed for this post.