HOME
Home » Vacation Tips » 8 Tips Melancong Dalam Negara Malaysia Yang Mesti Anda Tahu

8 Tips Melancong Dalam Negara Malaysia Yang Mesti Anda Tahu

Posted at | Categorised in Vacation Tips

8 Tips Melancong Dalam Negara Malaysia – Bila berbicara tentang negara kita Malaysia, pelancongan salah satu topik yang tidak boleh dielakkan. Ramai yang mencari tips melancong dalam negara Malaysia untuk memastikan mereka mendapat kepuasan sepenuhnya dan tidak berlaku maslah ketika berseronok ketika melancong.

Berapa banyak wang yang sanggup anda habiskan untuk melancong? Mesti anda anda tak percaya rakyat Malaysia menghabiskan RM41.2 billion untuk Melancong Dalam Negara pada tahun 2014. Tidak syak lagi kita memang suka melancong samada dalam negara ataupun luar negara.

Tetapi bagaimana ya, untuk mndapatkan percutian yang terbaik, teratur dan selesa dengan perbelanjaan yang murah. Kami cadangkan 10 tips melancong dalam negara untuk anda.

1. Bercuti di waktu luar musim bercuti

 

Pelancongan dalam negara ini mempunyai waktu-waktu tertentu yang padat di tempat-tempat menarik yang anda gemari seperti pada musim cuti sekolah, cuti umum dan musim perayaan. Ini dipanggil waktu puncak atau ‘peak season’. Jika anda pergi melancong ke Cameron Highlands pada masa ini contohnya, anda akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, dan sangat sukar mencari tempat letak kereta. Mungkin anda akan mereasa stress dengan keadaan ini.

Melancong;ah pada waktu bukan musim cuti, anda akan dapati segal-galanya mudah dan  murah.

2. Pilih tempat menarik yang kurang dikunjungi

Tips Melancong Dalam Negara

Banyak tempat menarik di Malaysia yang menawarkan keseronokan tanpa batasan walaupun tempat tersebut kurang dikunjungi ramai, sebagai contoh anda boleh ke Hutan Royal Belum Gerik atau Taman Negara. Atau anda boleh berihat dan menikmati keindahan pantai di pulau Tioman, Pulau Tenggol di Terengganu atau di pulau Bohey Dulang Sabah.

3. Periksa waktu yang sesuai untuk melancong

8 Tips Melancong Dalam Negara Malaysia Yang Mesti Anda Tahu

Walaupun di Malaysia mempunyai iklim panas sepanjang tahun, tetapi terdapat juga musim hujan yang akan membatasi perjalanan anda. Di pantai timur misalnya, akan mengalami musim hujan pada bulan November hingga Mac. Pada waktu ini agak kurang sesuai untuk anda berada di tepi pantai di pantai timur kerana angin dan ombak yang kuat akan mengganggu aktiviti pantai anda. Namun pada waktu ini anda boleh memilih bercuti ke pantai barat yang menawarkan berbagai pakej pelancongan yang menarik.

4. Tempah tiket penerbangan pada waktu yang betul

Tips Melancong Dalam Negara air asia

Kadang-kandng apabila anda terlalu ghairah nak pergi melancong, anda terlupa memilih waktu membeli tiket penerbangan yang sesuai. Anda mungkin akan terperangkap dalam kesesakan line internet,jadi hasrat anda untuk membuat tempahan tiket kapalterbang tergendala.

Pilihlah waktu selepas tengah malam, ketika orang lain sedang tidur, anda dengan selesanya membuat tempahan tanpa apa-apa gangguan. Jika anda bernasib baik mungkin anda akan mendapat tawaran tiket harga murah di saat-saat orang lain sedang tidur lena.

5. Pilih hari yang betul untuk buat tempahan tiket

Elakkan membuat tempahan tiket pada hujung minggu, kerana pada waktu ini biasa ramai yang membuat tempahan. Selain dari kesesakan talian internet, harga tiket pada hari-hari tersebut agak mahal, buatlah tempahan pada hari selasa atau rabu. Mungkin kurang kesesakan atau anda akan dapat diskaun hebat.

6. Pilih tempat penginapan yang selesa dan murah

Sangat penting mendapatkan tempat penginapan seperti homestay atau hotel yang selesa, tapi tak semestinya mahal. Jika anda pergi melancong dalam jumlah yang kecil, berdua atau bertiga misalnya, anda boleh buat hotel reservations, tetapi jika ahli rombongan anda agak ramai, pilihlah homestay sebagai tempat penginapan.

Sekarang banyak terdapat banyak homestay, samada homestay terapung, homestay kontena di tengah sawah atau homestay yang dibuat dari gelung simen.

7. Buat tempahan tempat penginapan lebih awal

Merancang dan membuat tempat penginapan lebih awal untuk mengelakkan masalah apabila anda telah sampai ke destinasi menarik pilihan ada. Dalam musim-musim tertentu, hotel dan homestay telah habis ditempah. Anda mungkin akan merasa kecewa jika menyewa hotel atau homestay secara “ad hoc”. Boleh jadi ianya tidak selesa atau anda ditempatkan di bilik yang tidak memuaskan.

8. Gunakan pengangkutan yang efektif semasa melancong

Yang paling seronok pergi melancong ialah dengan memandu kereta sendiri. Kita bebas ke sana ke mari tanpa batasan. Namun jika anda tinggal di kampung atau bandar kecil dan ingin melancong ke bandara-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya, memandu kereta sendiri mungkin akan mendatangkan sedikit masalah, anda mungkin tersesat jalan atau terperangkap dalam kesesakan jalan yang teruk.

Jadi memilih kenderaan awam lebih sesuai untuk anda. Anda boleh menaiki keretapi, apabila ke destinasi pelancongan yang dituju, anda boleh menggunakan teksi atau LRT dan kandag-kandag menaiki kapalterbang lebih murah dari menaiki kenderaan darat.

Selain itu anda mungkin keletihan memandu dalam jarak yang terlalu jauh dan keseronokan melancong akan bertukar kepada kepenatan yang membosankan.

Ada banyak lagi tips berguna yang boleh anda baca di blog-blog pelancongan. Semoga 8 tips melancong dalam negara Malaysia ini menjadi panduan asas yang dapat membantu anda mencapai keseronokan melancong ke tempat menarik pilihan anda.

Share This Post:

Comment Closed: 8 Tips Melancong Dalam Negara Malaysia Yang Mesti Anda Tahu

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to 8 Tips Melancong Dalam Negara Malaysia Yang Mesti Anda Tahu

Memilih Travel Pillow Ketika Melancong

4 Perkara Penting Dalam Memilih Travel Pillow Ketika Melancong

Posted at

4 Perkara Penting Dalam Memilih Travel Pillow Ketika Melancong – Melancong atau travel memang menyeronokkan dan menenangkan fikiran, namun perjalanan yang jauh sering kali... Read More

The Datai Resorts, Langkawi

12 Villa In Malaysia With Private Pool Ideal For Romantic Vacation

Posted at

Villa In Malaysia With Private Pool – It would be interesting for a newly married couple to stay in villas come with private pools.... Read More

How To Get Vacation Cruise Discount

How To Get Vacation Cruise Discount

Posted at

How To Get Vacation Cruise Discount – Cruising is a completely unique concept which has gained recognition all over the world. believe going to... Read More

Top 10 Things To Do In Amsterdam

Top 10 Things To Do In Amsterdam

Posted at

Top 10 things to do in Amsterdam – A luring combination of antiquated and vanguard, Amsterdam is a lovely city of imaginative legacy. Go out... Read More

Romantic Getaway With Honeymoon Vacation Package Tips

Romantic Getaway With Honeymoon Vacation Package Tips

Posted at

Romantic Getaway With Honeymoon Vacation Package Tips – Many imagine that selecting the best special Honeymoon Vacation Package is extremely troublesome. It is not so... Read More