stats count

Tips – Tambah Pendapatan Dari Nuffnang Dengan Blog

nuffnang

Salam sejahtera, Cari homestay kali ingin menyentuh tajuk yang terkeluar sedikit dari “dunia homestay” . Kami yakin ramai yang datang ke blog Cari Homestay ini adalah terdiri dari tuan punya homstay yang mempunyai blognya sendiri.

Apabila kami menjelajah ke blog-blog, niche homestay, rumah sewa atau pun hotel, mereka hanya menumpukan kepada produk mereka semata-mata.

Anda boleh mendapat sedikit pendapatan sampingan dari blog dengan meletakkan iklan yang berkaitan dengan niche blog. Mungkin agak sukar nak mencari syarikat atau individu yang bersetuju meletakkan iklan perniagaan mereka di blog anda kerana sebab-sebab tertentu, jumlah pengunjung yang melawat blog anda terlalu sedikit, misalnya.

Jadi kami ingin mencadangkan anda membuka akaun dengan Nuffnang iaitu “world’s leading Blog Advertising Community” dan anda boleh mula melatakkan kod iklan di blog anda.

Ada beberapa cara untuk menjana pendapatan dengan Nuffnang, yang paling mudah ialah melalui Kempen Cost Per Click (CPC) iaitu Nuffnang akan membayar RM0.15 bagi setiap klik yang anda terima dari blog anda. (Sila jangan klik iklan Nuffnang di blog sendiri kerana blog anda akan disenarai hitamkan.)

Pendapatan CPC boleh meningkat ke RM0.25 per klik, jika akaun anda mendapat taraf Glitterati. Bagaimana nak dapat? Biar saja iklan Nuffnang di blog anda, system robot mereka akan melawat blog anda dan secara otomatik akan menyenaraikan blog anda sebagai Glitterati. (Baca syarat dan terma setelah anda mendaftar).

Setelah itu jika kena pada cara dan tekniknya, anda mungkin menjadi blogger bertuah mendapat iklan yang lebih lumayan melalui kempen Cost Per Unique Visit (CPUV). Di mana anda dibayar berdasarkan bilangan pengunjung unik yang membaca blog anda. (Baca ketereangan di Nuffnang)

Pendapatan anda semakin lumayan jika berjaya mendapatkan “sponsored posts” yang dipaparkan di blog anda dan mendapat kelulusan Nuffnang.

Jadi… selamat mencuba, apa-apa pun daftar dulu dengan Nuffnang dan tampal saja kod iklan seperti yang disarankan oleh pihak mereka.

Related Post

, , , , ,

2 Responses to Tips – Tambah Pendapatan Dari Nuffnang Dengan Blog

  1. si kosong 03/02/2015 at 4:26 am #

    round round terjumpa blog ni.hehe.mmg berkesan tips yg diberikan..harap smua disin dpt support satu sama lain..jemputlah dtg ke blog http://blogyangkosong.blogspot.com.. moga2 earnings kite smua bertambah..huuhuh..jgn lupe klik ads nuffnang juge ye..hehe

  2. si kosong 03/02/2015 at 4:27 am #

    nice sharing..sje blogwalking pg2 ni..cari ilmu tntang nuffnang.hehe

Leave a Reply

9 + 3 =