HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Pulau Pinang

Tempat Menarik Pulau Pinang

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tempat Menarik Pulau Pinang – Pulau Pinang mempunyai terlalu banyak tempat menarik yang boleh anda lawati untuk diisi ke dalam jadual percutian anda, jika anda ingin mengembara dalam waktu yang singkat di pulau ini. Dalam senarai Tempat Menarik Pulau Pinang  kami hanya memilih beberapa tempat yang betul-betul menarik dan mendapat perhatian ramai pelancong.

Bukit Bendera atau Penang Hill

Tempat menarik Pulau Pinang pertama dan yang paling menjadi tumpuan ialah Bukit Bendera atau Penang Hill. Tempat ini merupakan stesen yang pertama dibina oleh penjajah di Semenanjung Malaysia. Bukit ini terdiri dari Bukit Barat, Bukit Laksamana, Bukit Harimau, Bukit Bendera dan Bukit Kerajaan, terletak hanya lebih kurang 6 kilometer sahaja dari Georgetown. Kawasan berbukit dan hutan merupakan kawasan resort utama di kawasan ini.

Bukit ini terdiri dari Bukit Barat, Bukit Laksamana, Bukit Harimau, Bukit Bendera dan Bukit Kerajaan, terletak hanya lebih kurang 6 kilometer sahaja dari Georgetown. Kawasan berbukit dan hutan merupakan kawasan resort utama di kawasan ini.

Terletak di ketinggian 821 meter dari mukabumi Pulau pinang, Bukit Bendera mengalami suhu yang lebih rendah dari permukaan lain sebanyak 5 darjah. Bukit Bendera adalah kawasan hutan hujan yang terpelihara dan dijaga dengan rapi.

Bukit Bendera tidaklah terkenal seperti Bukit Freaser atau Cameron Highlandsb tetapi ia merupakan slah satu ikon pelancongan dan tempat menarik Pulau Pinang yang paling mendapat perhatian pelancong.

Hari ini Bukit Bendera juga di kenali sebagai Bukit strawberry.

Tempat Menarik Pulau Pinang

Tempat Menarik Pulau Pinang

Pandangan Menarik Dari Atas Bukit Bendera

Jika cuaca terang anda boleh nampak Pulau Langkawi dan bahagian utara negeri Kedah tetapi pada sebelah malam, hanya kerlipan lampu-lampu di bandar Georgetown yang kelihatan dan ianya merupakan sesuatu yang menarik juga.

Kebanyakan pelancong berkunjung dke sini untuk menikmati udara sejuk dan bersih dan berjalan-jalan menyusuri denai di bawah pokok setinggi 30 meter. Tambahan pula terdapat lebih dari 100 spesis burung yang tinggal di sini, dari burung yang biasa-biasa hingga ke burung-burung esotik yang unik.

Terletak lebih kurang 2 kilometer dari Bellevue Hotel terdapat Canpoy Walk sepanjang 220 meter yang tergantung di ats pokok setinggi 30 meter yang memberikan pemandangan yang menakjubkan.

Keretapi Bukit Bendera

Cara yang paling mudah dan sangat menarik untuk mendaki Bukit Bendera ialah dengan menaiki keretapi Bukit Bendera. Stesen keretapi yang terletak di kaki bukit, keretapi dengan senibentuk Swiss ini bermula dari pekan Air Itam.

Dibina pada tahun 1923 ini adalah sistem “funicular” tertua yang dibina di dunia yang mempunyai landasan sepanjang 2007 meter mendaki bukit selama 30 minit.

 Perjalanan membawa anda menyaksikan pemandangan hutan yang menghijau, beruk-beruk yang berkeliaran serta rumah-rumah banglow yang dibina oleh penjajah British serta beberapa kediaman mewah di sini.

Untuk mendapatkan tiket Keretapi Bukit Bendera ini agak mencabar kerana terpaksa beratur panjang. Terutama pada musim cuti sekolah.

Cara lain untuk sampai ke puncak bukit ialah dengan memandu kereta sendiri melalui jalan persendirian penduduk-penduduk di sini yang bermula dari Penang Botanic Gardens.

Batu Ferringhi

Salah satu tempat paling menarik di Pulau Pinang ialah Batu Frringhi yang sebenarnya merupakan tempat menarik kedua popular selepas Georgetown. Batu Ferringhi merupakan sebuah hamparan pantai dengan pasir halus yang putih berhampiran Jalan Batu Ferringhi. Kawasan ini dipenuhi dengan tempat-tempat penginapan dan makanan yang banyak.

Pasar Malam di sini mempunyai lagendanya yang tersendiri. Banyak aktiviti sukan air yang boleh anda nikmati seperti jet-skiing, parasailing dan windsurfing.

Tempat Menarik Pulau Pinang

OnlyPenang.com

Hotel-hotel yang boleh menjadi tempat penginapan anda seperti:

Eastern And Oriental Hotel
Hard Rock Hotel Penang 
Bayview Beach Resort
Bayview Hotel Georgetown Penang 
Sunway Hotel Georgetown Penang 
Holiday Inn Resort Penang
Hotel Jen Penang By Shangri-La 
Lone Pine Hotel 
Shangri-La’s Rasa Sayang Resort and Spa, Penang
PARKROYAL Penang Resort

Jika mahukan homestay, pilih di sini:

I Ville Home Inn with advanced and agreeable inside outline In Penang

Holiday Homestay Penang At Batu Ferringhi

 

Share This Post:

Comment Closed: Tempat Menarik Pulau Pinang

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Pulau Pinang

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Dan Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Dan Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air

Posted at

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air Menyebut hotel di atas air sering menimbulkan imej vila-vila bulan madu ultra-mewah di Maladewa... Read More

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands

Posted at

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands – Cameron Highlands adalah 200 km utara Kuala Lumpur, dan merupakan kawasan tertinggi di tanah besar Malaysia.... Read More

Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia

Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia

Posted at

Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia – Tempat Menarik New Zealand Boleh Terokai Projek Eden Di Christchurch. Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia... Read More

Hotel Reservations Di Tempat Menarik Malaysia

Hotel Reservations Di Tempat Menarik Dalam Malaysia

Posted at

Hotel Reservations di tempat menarik dalam Malaysia – satu-satunya laman hotel reservations yang fokus kepada homestay dan tempat menarik di Malaysia. Hotel booking websites... Read More

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di dunia

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di Dunia

Posted at

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik – Selamat datang ke Gateway Of Langkawi Island. The Legendary Island. Dikenali sebagai permata Kedah, adalah sekumpulan besar... Read More