HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands

Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands

Gunung Brinchang merupakan tempat menarik pergunungan kedua tertinggi di Cameron Highlands (selepas Gunung Irau) pada ketinggian 2000 meter dari aras laut. Jalan berturap tertinggi di Malaysia membawa sehingga ke puncak gunung Brinchang, namun keadaan permukaan jalannya mungkin tidak begitu baik disebabkan oleh unsur-unsur (pembaikan dijalankan dari semasa ke semasa).

Jika tidak diselubungi oleh kabus tebal, tempat peninjauan di puncak Gunung Brinchang ini memberikan pandangan indah yang luar biasa bandar, lembah dan gunung merentasi ke arah ufuk. Ini menjadikan Gunung Brinchang menjadi tempat yang sangat popular yang memberikan sudut pandangan yang indah kepada yang menginginkan menikmati pemandangan dan landskap Cameron Highlands.

Hutan Berlumut juga tumbuh subur berhampiran kawasan ini, dengan pelantar laluan untuk meneroka biotope menarik ini.

Jalan masuk ke puncak Gunung Brinchang adalan pada sebelah kiri jika bermula dari Kea Farm, sejurus selepas melintansi Butterfly Garden. Selepas itu susuri jalan sejauh 2 kilometer sehinga sampai ke Ladang Teh Sungai Palas.

Sehingga tiba pada satu persimpangan, ambil simpang kiri, anda akan melalui jalan yang agak ‘kasar’ sejauh 7 kilometer.  Melintasi secara berselang seli antara hutan yang menghijau dan kebun sayur yang subur.

Selepas itu akan melalui jalan yang curam sebelum sampai ke kemuncak dengan jarak lebih kurang 3 kilometer yang di mana terdapat menara telekomunikasi di situ.

Di sini terdapat sebuah menara tunjau yang boleh melihat seluruh kawasan Cameron Highlands malah boleh melihat sebahagian dari negeri Pahang dan Perak.

Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands

Penginapan di Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands

Planters Country Hotel adalah hotel butik di Tanah Rata, terletak di lereng bukit terpencil yang menghadap ke kawasan desa yang indah. Dibina pada tahun 1934, hotel ini pernah menjadi cawangan sekolah berasrama Tanglin yang terkenal di Singapura yang disediakan untuk kanak-kanak asing semasa era penjajahan.

Hari ini, kerja-kerja pengubahsuaian yang masih mengekalkan suasana senibina lama dan seni bina Tudor  – lengkap dengan barangan antik, loteng dan pendiangan yang menyediakan tempat menarik untuk para tetamu.Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands

Untuk suite, kebanyakan bilik dilengkapi dalam gaya dan susun atur yang berbeza, dengan pemandangan menghadap ke bahagian taman. Hotel ini terletak di sebelah kiri jalan utama, kira-kira 1 kilometer selepas bandar Tanah Rata, atau 2 kilometer sebelum Brinchang.

 

Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands

Share This Post:

Comment Closed: Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands

Tempat Menarik Kuala Lumpur Kampung Baru Warisan Budaya Melayu

Tempat Menarik Kuala Lumpur Kampung Baru Warisan Budaya Melayu

Posted at

Tempat Menarik Kuala Lumpur Kampung Baru,  menjadi kampung terakhir di tengah-tengah bandar kosmopolitan Kuala Lumpur. Penubuhan bersejarah ini, dikelilingi oleh bangunan pencakar langit yang... Read More

Apabila Matahari Menyinari Masjid Ini Ia Sungguh Menakjubkan

Apabila Matahari Menyinari Masjid Ini Ia Sungguh Menakjubkan

Posted at

Apabila Matahari Menyinari Masjid Ini Ia Sungguh Menakjubkan – Masjid Nasir al-Molk di Iran, juga dikenali sebagai ‘Masjid merah’, adalah salah satu yang paling... Read More

9 Restoran Halal Di Beijing Yang harus Anda Tahu Sebelum Ke Sana

9 Restoran Halal Di Beijing Yang harus Anda Tahu Sebelum Ke Sana

Posted at

Ketahui 9 Restoran Halal Di Beijing yang harus anda tahu sebelum anda ke sana. Anda tentu sangat teruja untuk melancong ke Beijing. Negara China... Read More

Tempat Paling Menarik Malaysia Untuk Di Kunjungi

Tempat Paling Menarik Malaysia Untuk Di Kunjungi

Posted at

Tempat Paling Menarik Malaysia Untuk Di Kunjungi  – Sebuah negara yang indah dengan warisan budaya yang kaya yang menggabungkan pengaruh Asia dan Eropah, Malaysia... Read More

Bandar pulau yang menarik Venice

10 Bandar Pulau Yang Menarik Seluruh Dunia

Posted at

Beberapi minggu yang lalu saya menulis tentang 15 Pulau Menarik Di Malaysia Yang Menyentuh Hati Kerana Kejernihan Air Yang Krystal Clear. kali ini kita... Read More