HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Melaka Rugi Sangat-sangat Jika Anda Tidak Kunjungi

Tempat Menarik Melaka Rugi Sangat-sangat Jika Anda Tidak Kunjungi

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tempat Menarik Melaka terlalu banyak jika ingin disenaraikan. Namun kali ini kami cuba senaraikan 5 Tempat Menarik Melaka yang wajib anda kunjungi semasa melancong di negeri ini dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Dari sejak dulu lagi Melaka sememangnya menjadi destinasi pelancongan yang sangat terkenal di kalangan pelancong dlam dan luar negeri. Tak dapat dinafikan Melaka merupakan sebuah negeri yang paling menarik menjadi pilihan tempat percutian sekeluarga.

Jika ianya tidak menarik mana mungkin pihak UNESCO telah mengistiharkan Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia.

Jom kita selurusi 20 Tempat Menarik Melaka sebelum anda memulakan perjalanan percutian supaya ianya lebih bermakna.

Sebelum itu tinjau juga Senarai Tempat Menarik Selangor dan Senarai Tempat Menarik Negeri Perak Mengikut Daerah sebagai pilihan seterusnya.

Tempat Menarik Melaka 1 – Bustel Klebang

Tempat Menarik Melaka Rugi Jika Anda Tidak Kunjungi

Booking.com
persis sebuah bilik hotel!

Bustel Melaka sangat menarik untuk anda kunjungi kerana ia merupakan homestay yang diperbuat dari bas yang terletak di pantai Klebang. beberapa buah bas telah diubahsuai menjadi bilik-bilik hotel dengan kelengkapan katil yang boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa.

Bustel Melaka dilengkapi dengan sebuah katil queen dan 2 buah katil bujang, selimut, bantal, almari makeup, TV, tuala, sejadah dan alat penhgawa dingin.

Sekiranya anda ingin merasai kelainan menginap di Bustel melaka ini disarankan membuat tempahan terlebih dahulu. Tempahan boleh dibuat melalui telefon ke nombor 019-741 4113.

Lokasi: Pantai Klebang

Rate: Hari biasa: RM80. Hujung Minggu dan cuti umum: RM120

Tempat Menarik Melaka 2 – Pantai Klebang

Tempat Menarik Melaka

bajetciputselerabesar.blogspot.my

Selain dari tempat menarik Bustel Klebang, pantai Klebang sendiri merupaka salah satu tempat menarik Melaka yang unik dan tersendiri. Kedudukannya yang lebih hampir dengan bandar Melaka sangat mudah dikunjungi, tidak hairanlah ia menjadi tempat menarik tumpuan ramai pelancong dalam dan luar negeri.

Terdapat kawasan “padang pasir” yang sangat menarik yang agak “tersembunyi” namun ramai yang suka berkunjung ke sini kerana ianya sangat unik dan menarik. Cuba carinya di instagram dengan hashtag #melakadesert.

Untuk sampai ke padang pasir ini anda harus menaiki pacuan 4 roda yang disediakan dengan sedikit bayaran. Kawasan ini akan ditutup selepas jam tujuh petang.

Tempat Menarik Melaka 3 – Muzium Kapal Selam

Tempat Menarik Melaka Rugi Sangat-sangat Jika Anda Tidak KunjungiMuzium Kapal Selam menjadi salah satu tempat menarik melaka yang tidak harus anda lepaskan. Alami suasana “kehidupan” dalam kapal selam yang sebenar, barulah anda tahu betapa ngerinya hidup dalam “dunia yang sempit” ini. Kapal selam ini jenis FS Ouessant Agosta 70 yang menjadi tempat latihan anggota Kelas perdana Menteri TLDM, ianya adalah French Navy Submarines atau kepunyaan tentera laut Pranchis asalnya.

Jika anda sedang merancang untuk bercuti ... Saya mengesyorkan anda membuat tempahan di Booking.com untuk Malaysia, Singapura atau di mana sahaja!

Untuk mengetahui maklumat sebenar kapal selam ini anda boleh melawatnya sendiri, anda teroka sendiri dan rasai sendiri pengalaman berguna ini. atau anda boleh layari laman web Perbadanan Musium Melaka sebagai maklumat tambahan.

Lokasi: Dataran 1 Malaysia Klebang

Waktu Melawat:

Hari biasa: 9:00 pagi – 5:30 petang

Hujung minggu: 9:00 pagi – 6:30 petang

Harga Tiket:

Dewasa: RM 3.00

Kanak-kanak: RM1.00

Baca juga:

Senarai Tempat Menarik Selangor anda akan tahu tempat menarik Selangor mengikut daerah.

8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati! pastilah tak akan habis berkunjung dalam masa sehari!

Tempat Menarik Melaka 4 – The Shore Sky Tower

Tempat Menarik Melaka Rugi Sangat-sangat Jika Anda Tidak KunjungiTempat menarik Melaka ke empat ialah The Shore Sky Tower dikatakan bangunan yang paling tingggi da negeri Melaka. Ketinggian tempat menarik Melaka yang ke empat ini mencapai 42 tingkat atau setinggi 153 meter. Keseronokan berada di atas bumbung bangunan ini ialah, anda boleh melihat hampir keseluruhan bandar Melaka.

Bukan itu saja! Anda juga boleh menikmati makanan-makanan lazat di Sky Deli Restaurant dan menyaksikan keindahan aquarium ikan koi yang paling menarik. Yang lebih seronok anda boleh menguji keberanian dan tahap kegayatan anda dengan berdiri di atas lantai lut sinar untuk ber gambar dan banyak lagi. Jangan lupa membawa membawa kamera yang terbaik untuk mengambil gambar. Ada juga disediakan perkhidmatan mengambil gambar berbayar di sini.

Nak lagi best, berkunjunglah ke tempat paling menarik Melaka ini pada waktu malam, tentu anda terpesona dengan keindahan pemandangan lampu-lampu yang berwarna warni.

Nak maklumat lanjut, layari  laman web The Shore Sky Tower.

Lokasi: The Shore Malacca River

Waktu Beroperasi: 10:00 pagi ke 10:00 malam

Harga Tiket:

Dewasa: RM25 sekali masuk

Kanak-kanak: RM18 sekali masuk

Pilih homestay untuk menginap di Melaka:

Promosi cuti sekolah 733homestay Ayer Keroh Melaka

Penginapan Paling Selesa Homestay Melaka Al Baraqah Baiti

Ara Homestay Melaka – Hiasan Dalaman Yang Penuh Gaya

Tempat Menarik Melaka 5 – Upside Down House

Tempat Menarik Melaka 5 - Upside Down HouseJika dulu hanya di barat sahaja ada Upside Down House tetapi kini anda tak perlu pergi jauh, tempat menarik Melaka yang ke lima ini telah berada dekat dengan anda. Berada dalam Upside Down House anda akan merasakan semuanya terbalik, sangat unik dan menyeronokkan. Bawalah anda-anak anda ke sini tentu mereka merasa pelik dengan suasana terbalik yang menyeronokkan.

Anda boleh saja mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Lokasi: Jalan PM7, Plaza Mahkota

Waktu Operasi: 10:00 pagi ke 7:00 malam

Harga Tiket:

Warganegara Malaysia:
Dewasa: RM15
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM10

Bukan Warganegara Malaysia:
Dewasa: RM20
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM16

Jangan lupa Senarai Tempat Menarik Cameron Highlands dan Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands juga, tentu srronok bila berada di puncak gunung yang dingin.

Share This Post:

Comment Closed: Tempat Menarik Melaka Rugi Sangat-sangat Jika Anda Tidak Kunjungi

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Melaka Rugi Sangat-sangat Jika Anda Tidak Kunjungi

Tempat Menarik Aneh Bentuk Alat Kelamin Lelaki Jadi Tumpuan Pelancong

Tempat Menarik Aneh Bentuk Alat Kelamin Lelaki Jadi Tumpuan Pelancong

Posted at

Cari homestay dan tempat menarik seolahnya tidak puas jika tidak menceritakan tempat menarik aneh yang berbentuk alat kelamin lelaki ini yang menjadi tumpuan pelancong... Read More

Muzium Islam Kelantan Keindahan Seni Bina Yang Memukau

Muzium Islam Kelantan Keindahan Seni Bina Yang Memukau

Posted at

Muzium Islam Kelantan, Kota Bharu Muzium Islam Kelantan juga dikenali sebagai Syura Hall atau Balai Syura atau Muzium Islam ditempatkan di sebuah bangunan kayu yang... Read More

Tempat Menarik Kota Bharu Kelantan Tempat Wajib Lawati

Tempat Menarik Kota Bharu Kelantan Tempat Wajib Lawati

Posted at

Tempat menarik Kota Bharu Kelantan tempat wajib lawati Tempat menarik Kota Bharu Kelantan mempunyai banyak istana, muzium, pasar dan bangunan bersejarah yang menarik minat... Read More

Tempat Menarik Di Kelantan Yang Wajib Anda Kunjungi

Tempat Menarik Negeri Kelantan Yang Wajib Anda Kunjungi

Posted at

Apakah tarikan Kelantan teratas? Tempat menarik negeri Kelantan terlalu banyak sekali. Populasi penduduk Kelantan didominasi oleh orang Melayu yang kadang-kadang dikenali sebagai ‘Cradle of Malay... Read More

8 Tempat Menarik Di Perak Yang Menyeronokkan

7 Tempat Menarik Di Perak Yang Menyeronokkan

Posted at

7 Tempat Menarik Di Perak Yang Menyeronokkan Tempat Menarik Di Perak Yang Menyeronokkan 3. Mencabar diri anda di Gopeng dengan Pengembaraan Nomad Booking.com Jika... Read More