HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Kuala Selangor Sungguh Seronok Berada Di Sini

Tempat Menarik Kuala Selangor Sungguh Seronok Berada Di Sini

Posted at | Categorised in Tempat Menarik
Booking.com

Tempat Menarik Kuala Selangor – Jika dulu korang ke Kuala Selangor tak ada apa yang istimewa jika adapun ianya masih tersembunyi, tapi sekarang Kuala Selangor dah banyak perubahan. Seronoknya berada di tempat menarik daerah Kuala Selangor ni kerana ada bermacam-macam tempat menarik yang unik boleh korang terokai.

Tempat Menarik Kuala Selangor mejadi tumpuan bagi ibubapa yang ingin mengajar anak-anak mereka erti kehidupan seorang nelayan, kegigihan kehidupan seorang pesawah di samping mendedahkan anak-anak dengan makanan-makanan eksotik yang hanya disaksikan di TV dan sangat sukar di temui seperti mentarang, landak, pelanduk rusa dan banyak lagi.

Tempat Menarik Kuala Selangor Bukit MalawatiTempat Menarik Kuala Selangor Bukit Malawati – Penuh dengan bahan sejarah pemerintahan Islam zaman lampau. Tempat yang paling strategik mengawasi kapal laut musuh suatu ketika dulu menjadikan Bukit Malawati tempat penting bagi penjajah Belanda menguasainya.

Terdapat sebuah rumah api di puncak bukit ini yang memberikan panduan kepada nakhoda-nakhoda kapal yang berlayar di sekitar Selat Melaka. Di samping itu terdapat juga rumah rehat, rumah pegawai tinggi kerajaan pejajah.

Seronoknya bila korang berada di sini, korang akan dikelilingi oleh beruk-beruk hitam jinak yang sentiasa berkeliaran meminta makanan. Boleh saja bermain-main dengan beruk-beruk ini tetapi masih harus berhati-hati.

Tempat Menarik Kuala Selangor

Antara peninggalan sejarah di Bukit Malawati:

Meriam Meletup – meriam ini dikatakan pernah dua kali meletup dengan sendirinya pada tahun 1960 dan tahun 1975 dan diceritakan pokok-pokok di sejitar jalan Kuala Selangor terbakar hangus.

Batu Hampar – Batu ini dikatakan tempat menghukum seorang dayang yang melakukan zina dan darahnya disimbahkan sekitar kawasan bukit, sehingga ini terdapat 5 batang pokok sena yang mempunyai getah berwarna merah seperti darah.

Banyak lagi tinggalan sejarah yang harus anda ketahui, untuk lebih jelas pek pakaian anda dan mulakan perjalanan anda ke Tempat Menarik Kuala Selangor Bukit Malawati untuk melihat sendiri sebelum ianya hapus ditelan kemodenan zaman.

Tempat Menarik Kuala Selangor Sungguh Seronok Berada Di SiniTempat Menarik Kuala Selangor Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor – Tidak ramai yang tahu rupa-rupanya di Kuala Selangor terdapat pusat pemeliharaan ikan air tawar dari sepsis ikan yang diambil dari sekitar daerah Kuala Selangor. Terdapat lebih dari 1,500 ikan dari lebih 60 spesis seperti ikan kelisa (Arowana), ikan keli, ikan belida, ikan toman, ikan kelah, ikan lampam dan banyak lagi.

Dipamerkan juga peralatan menangkap ikan air tawar separti bubu udang, bubu daun, bubu saadah, raga tok, raga batang dan serkap.

>>> Tempat Penginapan Terbaik Anda!! <<<

 Tempat Menarik Kuala Selangor Pantai Remis Sungai Sembilang Tempat Menarik Kuala Selangor Pantai Remis Sungai Sembilang – Sukakan suasana tepi laut?  Pantai Remis Sungai Sembilang telah dibangunkan sedemikian rupa. Terdapat banyak tempat menarik untuk makan-makan dibina di sini. Korang juga boleh menginap di Haja Homestay Best Homestay Kuala Selangor di sini.

Jika inginkan kelainan korang boleh menyewa The Kabin Pantai Remis Kuala Selangor, homestay yang dibuat dari kabin.

Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor, Malaysia
Smartphone: +6017-678 3825 / +603 3264 0578
Email: info@thekabin.com.my

Terdapat beberapa medan ikan bakar yang sentiasa dipenuhi oleh pengunjung pada setiap malam untuk menikmati makanan-makanan yang sedap-sedap.

Untuk mudahkan anda baca juga Senarai Tempat Menarik Selangor.

Kelip-kelip Kampung KuantanKelip-kelip Kampung Kuantan – Pastinya menarik melihat sendiri dari dekat jutaan kelip-kelip menerangi di sepanjang sungai Kampung Kuantan. Korang perlu menyewa sampan dengan bayaran sebanyak RM53 bagi setiap bot dengan muatan penumpang seramai 4 orang.

Kawasan ini memang gelap dan tentu saja ada nyamuk dan serangga lain, pakailah pakaian yang sesuai dan bawalah peralatan yang patut untuk melindungi diri dari serangga atau binatang lain.

Tempat menarik negeri Selangor ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri.

Pihak pentadbir kawasan Kelip-kelip menyediakan kemudahan tempat letak kereta secara percuma, gerai-gerai makan dan gerai cenderahati. Terdapat juga taman permainan khusus untuk mereka yang membawa bersama anak-anak. Menyusuri sungai dengan menggunakan cara tradisional boleh memberi kepuasan kepada pengunjung di samping melihat keindahan Kelip-kelip yang menakjubkan. Penggunaan sampan juga dapat mengelakkan pencemaran bunyi dan asap yang boleh mengganggu habitat Kelip-kelip.

Tempahan & Pertanyaan

Pengunjung boleh membuat sebarang pertanyaan dan tempahan dengan menghubungi :-

Majlis Daerah Kuala Selangor
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

E-mail : ydp@mdks.gov.my / sumd@mdks.gov.my / msaad@mdks.gov.my
Tel : 03-32891439 / 1549 Fax : 03 3289 1101

Kadar Bayaran sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang) RM53

Banyak lagi tempat menarik di negeri Selangor baca:

10 Tempat Menarik Sabak Bernam Selangor

Tempat Menarik Paling Best Di Klang Yang Mesti Dilawati

Tempat Menarik Daerah Petaling Selangor

Selamat bercuti dan berihat bersama keluarga di destinati tempat-tempat menarik di Selangor.

Share This Post:

Comment Closed: Tempat Menarik Kuala Selangor Sungguh Seronok Berada Di Sini

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Kuala Selangor Sungguh Seronok Berada Di Sini

Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Malaysia

101 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Malaysia

Posted at

Jika anda ingin menyelami kepelbagaian budaya, anda akan dapati terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati di Malaysia yang menyeronokkan. Di bahagian utara Semenanjung, anda boleh... Read More

Tempat Percutian Menarik Asia Tenggara Dengan Cuaca Sejuk

9 Tempat Percutian Menarik Asia Tenggara Dengan Cuaca Sejuk

Posted at

Dah jemu nak pergi bercuti ditempat percutian menarik kerana cuaca panas? Mari kita tinjau 9 Tempat Percutian Menarik Asia Tenggara Dengan Cuaca Sejuk. 9 Tempat... Read More

Tempat Menarik Di Kuala Selangor Bukan Sekadar Monyet Dan Kelip-kelip

Tempat Menarik Di Kuala Selangor Bukan Sekadar Monyet Dan Kelip-kelip

Posted at

Tempat menarik di Kuala Selangor – Jika anda sangka hanya kelip-kelip dan monyet sahaja daya tarikan Kuala Selangor, anda silap! Tempat menarik di Selangor... Read More

Kolam Air Panas Selayang Tempat Mandi-manda Dan Bersantai

Kolam Air Panas Selayang Tempat Mandi-manda Dan Bersantai

Posted at

Kolam Air Panas Selayang terletak tidak begitu jauh dari Batu Cave, boleh dikatakan berhampiran dengan Pasar besar Selayang di antara Selayang dan Rawang. Tempat... Read More

Tempat Menarik Mines Cruise Seri Kembangan Menarik

Tempat Menarik Mines Cruise Seri Kembangan Menarik

Posted at

Menaiki bot di Mines Cruise Seri Kembangan berhampiran Mines Shopping Mall sangat menyeronokkan. Terdapat dua tasik besar yang akan anda terokai dengan penuh keseronokan. Tempat menarik... Read More

Booking.com