HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Hulu Langat Yang Sangat Seronok Dilawati

Tempat Menarik Hulu Langat Yang Sangat Seronok Dilawati

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tempat Menarik Hulu Langat – Seperti juga tempat menarik Sabak Bernam, Hulu Langat juga mempunyai banyak tempat menarik yang wajib dilawati.

Destinasi percutian menarik di Hulu Langat banyak didominasi oleh air terjun dan sungai-sungai yang jernih yang sangat seronok untuk dikunjungi sambil berihat dan beriadah bersama keluarga.

Bagi yang tinggal di Lembah Klang terutamanya Kuala Lumpur, tak perlu mengeluarkan belanja besar untuk berkelah atau bercuti bersama keluarga.

Teruja dengan tempat menarik di Selangor? Baca Senarai Tempat Menarik Selangor, best jugak ni 10 Tempat Menarik Hulu Selangor Yang Memepersonakan

Tempat Menarik Hulu Langat

Tempat Menarik Hulu Langat Yang Sangat Seronok Dilawati

Booking.com
Tempat Menarik Hulu Langat Chalet Terapung Ajlaa Village Resort -terletak di Batu 22 sungai Lepuh Hulu Langat, menyediakan tempat perkelahan yang lengkap dengan tempat penginapan. Yang seronoknya korang boleh pilih samana nak menginap di resot di atas bukit dengan pemandangan yang sangat menarik atau tidur di chalet terapung di atas air sungai yang mengalir jernih. Kedua-duanya best!

Bukan itu saja, korang boleh buat macam-macam aktiviti yang menyeronokkan seperti jungle tracking dan waterfall walk. Untuk jungle tracking ada 3 level yang boleh korang pilih,  easy, medium dan hardcore. Bagi hardcore akan mengambil masa lebih dari 1 jam untuk sampai ke air terjun.

Untuk kemudahan korang, kami letakkan alamat dan contact untuk korang hubungi:

Address : Batu 22, Sungai Lepuh, Jalan Hulu Langat, 43100 Selangor.

Contact : 019-8154750, 017-2931955

Tempat Menarik Hulu Langat Sungai Lopo Tempat Menarik Hulu Langat Sungai Lopo – Terdapat banyak homestay di sini jika korang nak menginap di sini tak jadi masalah, malah lebih seronok kerana suasana malam di sini lebih dingin dalam suasana hutan tropika di samping menikmati desiran air yang mengalir. Selain dari chalet dan homestay terdapat juga pondok-pondok yang boleh disewa secara harian. Selain dari tempat berkelah korang juga boleh menjejaki air terjun Sungai Lopo yang terletak jauh di pedalaman, airnya lebih sejuk dan segar.

Terdapat padang yang luas untuk mengadakan aktiviti seperti sukaneka yang menyeronokkan.

Banyak river front homestay yang didirikan di sini untuk kemudahan pelancong, salah satunya ialah Lopoh Waterfront Chalets Pangsun, Bt 22 Hulu Langat, Selangor. Tel : 012-3667410

Tempat Menarik Hulu Langat Sungai PangsunTempat Menarik Hulu Langat Sungai Pangsun – Sebuah lagi tempat perkelahan menarik untuk anda dan keluarga. Destinasi percutian ini terletak di Lot 8944 Batu 22, Jalan Pangsoon, Hulu Langat, Selangor berhampiran dengan Gunung Nuang di mana kawasan ini telah bangunkan sebagai pusat rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.

Hanya mengambil masa 45 minit sahaja perjalanan daripada Kuala Lumpur. Terletak di dalam kawasan dusun buah-buahan seperti durian, tampoi, rambutan, duku langsat, kundang dan pulasan.

Bermacam-macam kemudahan asas disediakan untuk keselesaan pengunjung antaranya penginapan chalet, dewan, gazebo atau wakaf di tepi sungai, restoran, surau, bilik mandi dan tandas. Sangat seronok untuk mengadakan aktiviti seperti perkelahan keluarga, hari keluarga, seminar, kursus, team building, kem motivasi, majlis perkhawinan dan sebagainya.

IMPIAN RIMBA RESORT ENTERPRISE
Lot 8944, Batu 22, Jalan Pangsoon,
Hulu Langat, 43100 Selangor.
Tel : 03 – 90211221 Fax : 03 – 90211217

Haji Ishak : 019 – 223 5304
Fazli : 017 – 5391300
E-mail : impianrimba@yahoo.com

Jika anda sedang merancang untuk bercuti ... Saya mengesyorkan anda membuat tempahan di Booking.com untuk Malaysia, Singapura atau di mana sahaja!

Tempat Menarik Hulu Langat Lubok ManggisTempat Menarik Hulu Langat Lubok Manggis – Sebuah lagi destinasi perkelahan dan percutian yang menarik di daerah Hulu Langat yang terbaik. Terdapat banyak pondok yang boleh disewa untuk meletak barang atau berihat dengan lebih privacy.

Suasana di sini lebih redup dan nyaman, sungai yang luas, air yang dingin.

Lubok Manggis Camp & Resort menyediakan pelbagai kemudahan camping berkonsepkan eco-tourism. Banyak mendapat tempahan dari institusi pengajian tinggi dan syarikat-syarikat yang mengadakan kemp motivasi di sini.

Lubok Manggis Camp Resort -Lubuk Manggis
Lot 3583, Batu 21, Jalan Pangson 43100 Hulu Langat
Selangor Malaysia
Call +60178890001

Tempat Menarik Hulu Langat Air Terjun Sungai Tekala

humairahadi.blogspot.my

Tempat Menarik Hulu Langat Air Terjun Sungai Tekala – Sangat sesuai untuk bawa anak-anak berkelah dan mandi kerana sungainya yang cetek dan luas. Air mengalir di celah-celah pokok sangat menyeronokkan untuk bermain air. Ada bahagian yang berjeram dan berbatu di bahagian atas. Ada bayaran masuk RM1 bagi setiap orang.

Tandas awam, tempat solat dan tempat salin pakaian disediakan. Keselesaan diutamakan kerana mempunyai laluan jalan kaki berbata, bahagian-bahagian tertentu mempunyai anak tangga dan terdapat juga pengawasan warden.

Terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan di sini.

Tempat Menarik Hulu Langat Air Terjun Sungai GabaiTempat Menarik Hulu Langat Air Terjun Sungai Gabai – Setiap hujung minggu pasti penuh dengan pengunjung di tempat menarik Hulu Langat ni. Walaupun terletak jauh di pedalaman dan terpaksa melalui jalan kampung, namun ianya tetep menyeronokkan apabila korang sampai di sana. Bagi yang ingin kuruskan badan, korang boleh mancabar diri dengan mendaki 300 anak tangga yang disedikan khas untuk yang sukakan cabaran.

Kemudahan asas seperti tandas awam, tempat solat dan tempat letak kereta yang luas disediakan. Keadaan juga agak bersih, namun ada terdapat sedikit kecacatan apabila ada pengunjung yang membiarkan lampin pakai buang bersepah.

Tempat Menarik Hulu Langat Sungai ChongkakTempat Menarik Hulu Langat Sungai Chongkak – Destinasi perkelahan yang sangat menarik dan popular di Hulu Langat memang mendapat sambutan dari pengunjung terutama di hujung minggu dan musim cuti sekolah. Keadaan sungainya yang luas dan landai sangat seronok membawa anak-anak untuk mandi manda di sungai ini. Dilindungi oleh pokok-pokok besar menjadikan tempat ini sejuk dan nyaman.

Terdapat banyak pondok dan homestay di sini. Congkak Eco Resort antara kemudahan penginapan yang disediakan di sini. Congkak Eco Resort menyediakan beberapa buah chalet kayu dan batu. Kawasan sungai Congkak sangat luas, korang tak perlu bersesak-sesak berebut tempat mandi.

Aktiviti yang popular selain dari mandi manda korang boleh melakukan jungle tracking, river tracking, rever walk dan river cross.

Jika ingin menginap di sini bolehlah menghubungi Congkak Eco Resort:

CONGKAK ECO RESORT (002084285-A)
Batu 20 1/2 Kampung Padang,
Sg. Congkak, Hulu Langat,
43100 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Pengurus Pusat Rekreasi  : Puan Norre
Tel :  017-309 0190

Website: www.congkakecoresort.com
Emel: info@congkakecoresort.com

Share This Post:

Comment Closed: Tempat Menarik Hulu Langat Yang Sangat Seronok Dilawati

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Hulu Langat Yang Sangat Seronok Dilawati

Tempat Menarik Aneh Bentuk Alat Kelamin Lelaki Jadi Tumpuan Pelancong

Tempat Menarik Aneh Bentuk Alat Kelamin Lelaki Jadi Tumpuan Pelancong

Posted at

Cari homestay dan tempat menarik seolahnya tidak puas jika tidak menceritakan tempat menarik aneh yang berbentuk alat kelamin lelaki ini yang menjadi tumpuan pelancong... Read More

Muzium Islam Kelantan Keindahan Seni Bina Yang Memukau

Muzium Islam Kelantan Keindahan Seni Bina Yang Memukau

Posted at

Muzium Islam Kelantan, Kota Bharu Muzium Islam Kelantan juga dikenali sebagai Syura Hall atau Balai Syura atau Muzium Islam ditempatkan di sebuah bangunan kayu yang... Read More

Tempat Menarik Kota Bharu Kelantan Tempat Wajib Lawati

Tempat Menarik Kota Bharu Kelantan Tempat Wajib Lawati

Posted at

Tempat menarik Kota Bharu Kelantan tempat wajib lawati Tempat menarik Kota Bharu Kelantan mempunyai banyak istana, muzium, pasar dan bangunan bersejarah yang menarik minat... Read More

Tempat Menarik Di Kelantan Yang Wajib Anda Kunjungi

Tempat Menarik Negeri Kelantan Yang Wajib Anda Kunjungi

Posted at

Apakah tarikan Kelantan teratas? Tempat menarik negeri Kelantan terlalu banyak sekali. Populasi penduduk Kelantan didominasi oleh orang Melayu yang kadang-kadang dikenali sebagai ‘Cradle of Malay... Read More

8 Tempat Menarik Di Perak Yang Menyeronokkan

7 Tempat Menarik Di Perak Yang Menyeronokkan

Posted at

7 Tempat Menarik Di Perak Yang Menyeronokkan Tempat Menarik Di Perak Yang Menyeronokkan 3. Mencabar diri anda di Gopeng dengan Pengembaraan Nomad Booking.com Jika... Read More