HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Di Kuala Kangsar Yang Harus Dilawati

Tempat Menarik Di Kuala Kangsar Yang Harus Dilawati

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tempat Menarik Di Kuala Kangsar Yang Harus Dilawati

Sebelum ini kami menulis tentang tempat-tempat menarik di Taiping dan keseronokan menjamu selera Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang.  Tetapi kali ini kita turun ke selatan dan meninjau Tempat Menarik Di Kuala Kangsar pula.

Di Kuala Kangsar juga banyak tempat-tempat menarik yang harus dilawati kerana mempunyai kesan tinggalan sejarah yang berharga.

Tempat Menarik – Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Tempat Menarik Di Kuala Kangsar Yang Harus Dilawati

Sebuah masjid yang cantik dengan senibina yang menarik pastimengam
it anda untuk singgah di sana.  Masjid Ubudiah Bukit Chandan sangat unik. Dibina atas titah Sultan Idris Murshidul Azam Shah iaitu sultan Perak yang ke dua puluh lapan kerana menunaikan nazar baginda.

Masjid ini mula di bina pada September 1913 di mana Sultan sendiri telah meletakkan batu asasnya. Masjid yang sangat indah dan menarik ini siap dibina pada tahun 1917 setelah mengalami kelewatan dengan kisah yang menarik di mana batu mar-mar untuk pembinaan masjid ini pecah kerana dipijak oleh gajah peliharaan Sultan.

Pesanan batu mar-mar dari Itali pula tidak dapat dihantar kerana tercetusnya Pernan Dunia Kedua. Namun akhirnya masjid ini dapat disiapkan juga walaupun pada ketika itu Sultan Idris telah mangkat. Masjid indah yang dibina dengan kos anggaran Dua Ratus Ribu Ringgit dirasmikan oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah.

Resort Sungai Perak

Tempat Menarik Di Kuala Kangsar Yang Harus Dilawati

Selain dari RNR Sungai Perak, satu lagi tempat menarik di Kuala Kangsar ialah Resort Sungai Perak yang juga terletak di tebing Sungai Perak yang dulunya dikenali sebagai Resort Safari Sungai Perak.

Resort Sungai Perak ini berjeluasan 5 ekar persegi telah dibangunkan pada tahun 2000.

Anda akan merasa tenang apabila menginap di resort ini kerana lokasinya yang betul-betul menghadap ke arah Sungai Perak yang memberikan pemandangan yang menarik dan indah. Terdapat kemudahan meja-meja tempat berihat di hadapan resort yang memberi peluang anda menikmati suasana segar dan nyaman di tebing Sungai Perak.

Yang menariknya resort ini ada menyediakan banyak kemudahan selain dari kemudahan penginapan seperti cafe danrestoran tempat makan, dewan seminar taman permainan, trek jogging dan kemudahan rekreasi yang lain.

Bagi anda yang inginkan kelainan menyusuri dan menikmati pemandangan indah di sepanjang Sungai Perak, pihak Resort Sungai Perak ada menyediakan perkhidmatan bot persiaran.

Rumah Rehat Menarik Di Atas Bukit Kerajaan Kuala Kangsar

Tempat Menarik Di Kuala Kangsar

Rumah Rehat Kuala Kangsar mempunyai bilik-bilik yang sangat luas, tidak hairanlah kenapa pelancong antaranabgsa suka sangat menginap di sini.  Lagi pun rumah rehat ini tersenarai dalam buku pelancongan antarabangsa, tu la pasal terkenal ke seluruh dunia.

RumaRumah Rehat Kuala Kangsar menyediakan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, bilik mesyuarat dan restoran.Bilik-bilik penginapan terbahagi kepada 4 kategori iaitu bilik VVIP Suite-2 buah, VIP-4 buah, Deluxe-8 buah dan Superior sebanyak 3 buah beserta bilik mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 100 orang pada satu-satu masa. Di sini juga di sediakan pelbagai jenis makanan yang boleh didapati di restoran yang diuruskan oleh E.J Catering. Disamping itu juga, tetamu-tetamu Rumah Rehat boleh menikmati kemudahan-kemudahan sampingan seperti penggunaan kolam renang, gimnasium, bot persiaran dan trek jogging yang berhampiran.

Tetamu-tetamu Rumah Rehat Kuala Kangsar juga  pasti terpegun dengan panorama indah Sungai Perak yang dapat dilihat dari atas bukit beserta kilapan lampu neon Jambatan Sultan Abdul Jalil yang cantik di waktu malam.

Istana Kuning Bukit Chandan Salah Satu tempat menarik di kuala kangsar

iatana kuning kuala kangsar

Berada di dalam istana ini anda akan terpegun melihat rekabentuk dan keseniannya. Terletak di Bukit Chandan, berhampiran dengan Masjid Ubudiah.  Istana ini juga dikenali dengan nama Istana Kenangan dan sesuai dengan gelaran yang diberikan apabila anda berada di dalam istana ini kita dapat menghayati rasa sebenar berada dalam sebuah istana pada zaman dahulu yang asli.

Segala rekabentuk dan ukiran adalah rekabentuk dan ukiran yang sebenar.

Hutan Lipur Ulu Kenas

hutan lipur ulu kenas

hanyadihatiku.blogspot.my

Hutan Lipur Ulu Kenas terletak 15 kilometer dari pekan Kuala Kangsar menghala ke Manong. Disediakan kemudahan tempat letak kereta, tandas, pondok rehat, pusat maklumat, chalet tempat penginapan, gerai, dewan serbaguna, surau dan jambatan gantung.

Namun terdapat sedikit bayaran masuk yang dikenakan sebanyak RM2 setiap orang.

Pokok Getah Tertua Dan Menarik di Malaysia

Pokok Getah Tertua Dan Menarik di Malaysia

basikaltouring.blogspot.com

Asalnya pokok ini ditanam sebanyak sembilan pokok tetapi hanya sepokok yang tumbuh hingga sekarang.  Pokok ini terletak berhampiran Pejabat Daerah Kuala Kangsar. Pokok getah merupakan salah satu sumber pendapatan utama orang-orang Melayu pasa suatu masa dahulu sebelum digantikan dengan tanaman kelapa sawit.

Jika anda tidak mengenali pokok getah, bolehlah melihatnya di Pejabat Daerah Kuala Kangsar.

Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar

Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar

Asalnya sebuah istana yang dibina pada tahun 1889 oleh Sultan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28. Selain dari istana, bangunan ini pernah digunakan sebagai  Sekolah Kebangsaan Istana Kota kemudian dijadikan galeri yang menyimpan berbagai barangan kenangan kepunyaan sultan Perak.

Perusahaan Labu Sayong Kuala Kangsar

tempat menarik

Tempat menarik yang ini sangat unik dan memang telah terkenal seluruh dunia, Kuala Kangsar merupakan salah satu pusat pengluaran Labu Sayung yang berkualiti tinggi di dunia. Salah seorang pengusaha Labu Sayong di sini ialah  Shahizul Enterprise yang terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala Kangsar.

Anda boleh ke blog Sobriyaacob.com yang telah membuat review lengkap tentang perusahaan Labu Sayong Kuala Kangsar yang istimewa ini.  Bukan saja boleh membeli untuk simpanan peribadi, anda juga boleh membuat tempahan bagi cendera hati untuk satu-satu majlis.

Encik Shahizul seorang yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam menghasilkan rekabentuk dan seni ukiran pada setiap labu sayong yang dihasilkannya.

Hentian Rehat Dan Rawat Sungai Perak Tempat Makan Yang Menarik

tempat menarik kuala kangsar

tempat menarik kuala kangsar

Di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan terdapat banyak Hentian Rehat Dan Rawat yang menarik tetapi RNR Sungai Perak sangat unik dan menarik. Sebuah jeti bertingkat telah dibina menghubungkan RNR dan tebing Sungai Perak mungkin anda boleh berihat di sini sambil menikmati pemandangan indah sepanjang Sungai Perak.

Keistimewaan RNR ini ialah menyediakan berbagai-bagai menu masakan ikan sungai yang sedap. Di bahagian hadapan terdapat gerai buah-buahan yang menjual buah-buahan segar.

Anda sudah tahu tempat-tempat menarik di Kuala Kangsar, sebelum ini kami telah ceritakan  Senarai Tempat Menarik Taiping yang harus anda lawati kalau minat nak makan mee udang besar dan banyak berganda-ganda!

 

Share This Post:

Comment Closed: Tempat Menarik Di Kuala Kangsar Yang Harus Dilawati

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Di Kuala Kangsar Yang Harus Dilawati

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di dunia

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di Dunia

Posted at

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik – Selamat datang ke Gateway Of Langkawi Island. The Legendary Island. Dikenali sebagai permata Kedah, adalah sekumpulan besar... Read More

Inilah Panduan Percutian Di Langkawi Paling Lengkap

Inilah Panduan Percutian Di Langkawi Paling Lengkap

Posted at

Panduan Percutian Di Langkawi – Pulau Langkawi Malaysia adalah tempat percutian yang menakjubkan di bahagian bawah Laut Andaman di pantai barat Semenanjung Malaysia. Saiznya... Read More

Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat Menarik Di Malaysia Sangat Berbaloi Dan Mudah Dikunjungi

Posted at

Tempat menarik di Malaysia yang mengagumkan, yang beraneka ragam adalah wira-wira Asia Tenggara, yang menawarkan pelancong pelbagai tarikan. Gabung dan padankan perjalanan anda yang... Read More

Homestay Murah Hutan Melintang

Homestay Murah Hutan Melintang

Posted at

Homestay Murah Hutan Melintang – Nak cari homestay murah di Hutan Melintang? boleh layan entri ini. Homestay murah Hutan melintang ini terletak di Rumah... Read More

Homestay Menarik Negeri Perak

179 Homestay Menarik Negeri Perak Pilihan Terbaik Untuk Percutian

Posted at

Senarai 179 Homestay Menarik Negeri Perak, mudah untuk anda pilih homestay menarik negeri Perak mengikut keselesaan sendiri. 179 Homestay Menarik Negeri Perak Homestay Seri... Read More