HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Di Kelantan Paling Best Yang Mempersonakan Hati

Tempat Menarik Di Kelantan Paling Best Yang Mempersonakan Hati

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Melawat tempat menarik di Kelantan memang paling best, mendengar loghat percakapan orang-orang Kelantan yang mempunyai irama yang tersendiri, memang menyeronokkan.

Kelantan sebuah negeri di pantai timur semenanjung Malaysia. Negeri ini sangat unik kerana hampir 90% penduduk negeri ini adalah orang Melayu yang kuat bekerja dan pandai berniaga. Jika anda melawat ke negeri Kelantan umumnya dan Kota Bharu khususnya anda akan nampak perbezaan yang ketara berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Jom kita tinjau tempat menarik di Kelantan paling best yang mempersonakan hati… Pertama sekali kita tinjau di Kota Bharu:

Tempat Menarik Di Kelantan -Kota Bharu

Terdapat 6 muzium di bandar Kota Bharu yang boleh anda lawati. Memang seronok melawat muzium-muzium ini kerana kita dapat mengenali lebih dekat adat budaya orang-orang Melayu di Kelantan.

Tempat Menarik Di Kelantan Paling Best Yang Mempersonakan Hati

Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan

 

Muzium Kraftangan – juga di sebut sebgai “Balai Getam Guri” Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf berada di lokasi yang sangat hampir dengan Istana Balai Besar dan Bazar Buluh Kubu yang merupakan zon kebudayaan Kota Nharu.

Mempamerkan berbagai-bagai jenis kraftangan hasil kerja tangan halus masyarakat Kelantan dan anda berpeluang melihat demonstrasi sulaman tradisional, tenunan songket, mencanting batik, kerja perak dan ukiran kayu dilakukan oleh tukang yang mahir di Kampung Kraftangan. Anda boleh membeli hasil kraf di sini.

Muzium ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang setiap hari dan ditutup pada hari Jumaat).

Cari homestay best di Kota Bharu: 
Senarai homestay Kota Bharu yang best!!

Cari hotel best di Kota Bharu: 
193 hotel terbaik di Kota Bharu!!

Muzium Negeri – Muzium negeri Kelantan ditubuhkan pada tahun 1990, ianya merupakan bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jalan Hospital. Bangunan ini diwartakan sebagai bangunan bersejarah di Kelantan.

Memorial Peperangan Dunia Ke II – Merupakan bangunan batu pertama di Kelantan yang siap dibina pada tahun 1912. Mula asalnya sebuah bank iaitu  “The Mercatile Bank of India Ltd”. Juga merupakan bank yang pertama di kelantan. mempamerkan lebih dari 1000 artifek yang berkaitan dengan perang dunia kedua.

Muzium DiRaja – Sebuah istana lama kerajaan Kelantan, dijadikan muzium pada tahun 1991. Mempamerkan segala-galanya tentang kesultanan Kelantan dari awal hingga kini. Seronok mengkaji dan mengetahui salah-silah kesultanan kerajaan Kelantan. Muzium ini berada di Jalan Hilir Kota Bharu berhampiran dengan Kampung Kraftangan dan Istana Balai besar.

Muzium Islam – Muzium yang pada asalnya bangunan Majlis Agama Islam Kelantan terletak di Jalan Sultan Kota Bharu berhampiran dengan Masjid Muhammadi, Padang merdeka dan Memorial Perang Dunia Kedua. Mempamerkan segala yang berkaitan dengan perkembangan Islam di Kelantan dan Nusantara.

Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan – Bangunan ini dibina dengan senireka yang sangat halus. mempamerkan segala tentang  Adat Istiadat DiRaja seperti; pertunangan, perkahwinan, melenggang perut, adat pijak tanah dan lain-lain yang berkaitan.

Tempat Menarik Di Kelantan – Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Tempat Menarik Di Kelantan Paling Best Yang Mempersonakan Hati

cutikelantan.com

Homestay Wakaf Che Yeh Kota Bharu

Senarai homestay Wakaf Che Yeh Kota Bharu

Paling seronok bila berkunjung ke pasar malam Wakaf Che Yeh, boleh dikatakan pasar malam yang terbesar di Kelantan. Sebut sahaj barang apa yang anda cari, dari pakain, minyak wangi hingga makanan dan buah-buahan semuanya ada dijual di sini.

Jika anda inginkan harga yang murah, tunggu hingga pasar ini ditutup pada jam 12 hingga 3 pagi, ada saja barang yang dilelong dengan harga murah.

Keadaan di sini selalunya penuh sesak dengan kenderaan terutama malam minggu atau musim cuti sekolah. pastikan anda bersabar untuk mencari tempat letak kereta yang berbayar atau yang percuma. Harga barangan di sini tidak terlalu murah terutama jika anda seorang pelancong dari luar Kelantan.

Kebanyakan barang yang dijual di sini adalah buatan Thailand.

Tempat Menarik Di Kelantan – Pantai Cahaya Bulan

Tempat Menarik Di Kelantan - Pantai Cahaya Bulan

holidaygogogo.com

Pantai Cahaya Bulan adalah pantai yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10 kilometer sahaja. Melalui di celah-celah perumahan  yang unik, anda akan rasa kelainannya di sini. Makanan agak mudah di sini kerana banyak gerai makanan di sepanjang pantai. Makanan lain yang banyak dijual ialah keropok lekor dan jagung rebus.

Pantai yang sangat popular ini tidak sesuai untuk mandi manda terutama musim tengkujuh kerana ombak yang sangat besar. Menyaksikan matahari naik adalah satu pengalaman yang indah semasa anda di sini. Aktiviti yang boleh anda lakukan, bersiar-siar, bermain layang-layang atau menunggang kuda di pantai.

Tempat Menarik Di Kelantan – Taman Negara Kuala Koh Gua Musang

 

Tempat Menarik Di Kelantan Taman Negara Kuala Koh Gua Musang

holidaygogogo.com

Tempat menarik Malaysia

10 Tempat Menarik Hulu Selangor Yang Memepersonakan

Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Tempat Menarik Untuk Percutian Yang Unik Di Malaysia

Taman negara Kuala Koh terletak lebih kurang 100 kilometer dari bandar Gua Musang, melalui jalan Gua Musang – Kuala Krai. Ini merupakan salah satu pintu masuk Taman Negara.

Aktiviti utama yang seronok di sini ialah melihat berbagi jenis burung yang cantik yang sebenarnya tempat ini merupakan “Important Bird Area by the Birdlife International Organization“. Terdapat 380 spesis burung yang direkodkan di sini antaranya, burung enggang, burung belatuk, burung raja udang, flycatchers dan lain-lain, dan peminat aktiviti memerhati burung setempat akan mendapati bahawa terdapat banyak yang boleh dilihat di sini.

Selain dari itu terdapat 200 spesis mamalia, 55 spesis katak, 67 spesis ular dan 109 spesis ikan air tawar.

Aktiviti lain yang sangat seronok untuk anda lakukan ialah jungle trekking ke Impian Hide di mana inilah tempat garam di mana binatang berkumpul untuk menjilat garam mineral. anda juga boleh berseronok di atas canopy walk sepanjang 230 meter dan setinggi 30 meter di atas pokok.

Tempat ini tentu sekali sangat nyaman dengan udara sejuk dan bersih dari pencemaran.

Sekurang-kurangnya sekali dalam masa hidup anda, anda mesti datang dan mengalami kehidupan hutan. Ketamakan manusia akan memastikan ia tidak akan berada di sini selama-lamanya menunggu anda.

Bagi mereka yang berminat untuk melawat Taman Negara Kelantan, sila hubungi:
Nik Nora Hiryani (Pengurus)
Resort Taman Negara Kelantan
+6012 9654788
http://taman-negara-koh.blogspot.com
Email: nik.nora@gmail.com

Beliau boleh menguruskan pengangkutan dari Gua Musang jika anda tidak memandu ke resort. Beliau mempunyai pakej untuk anda untuk memilih.

Share This Post:

Comment Closed: Tempat Menarik Di Kelantan Paling Best Yang Mempersonakan Hati

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Di Kelantan Paling Best Yang Mempersonakan Hati

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Dan Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Dan Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air

Posted at

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air Menyebut hotel di atas air sering menimbulkan imej vila-vila bulan madu ultra-mewah di Maladewa... Read More

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands

Posted at

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands – Cameron Highlands adalah 200 km utara Kuala Lumpur, dan merupakan kawasan tertinggi di tanah besar Malaysia.... Read More

Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia

Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia

Posted at

Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia – Tempat Menarik New Zealand Boleh Terokai Projek Eden Di Christchurch. Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia... Read More

Hotel Reservations Di Tempat Menarik Malaysia

Hotel Reservations Di Tempat Menarik Dalam Malaysia

Posted at

Hotel Reservations di tempat menarik dalam Malaysia – satu-satunya laman hotel reservations yang fokus kepada homestay dan tempat menarik di Malaysia. Hotel booking websites... Read More

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di dunia

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di Dunia

Posted at

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik – Selamat datang ke Gateway Of Langkawi Island. The Legendary Island. Dikenali sebagai permata Kedah, adalah sekumpulan besar... Read More