HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Di Gombak Pasti Anda Terkejut Membacanya!

Tempat Menarik Di Gombak Pasti Anda Terkejut Membacanya!

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tempat Menarik Di Gombak – Gombak daerah yang sangat dekat dengan bandaraya Kuala Lumpur. Ramai yang tak tahu terdapat banyak tempat menarik yang pasti anda terkejut membacanya! Sesetengahnya boleh mencabar kekuatan fizikal dan mental anda!

Lihat saja senarai tempat menarik Selangor, daerah Gombak tidak boleh dilepaskan. bagi yang tingal di Kuala Lumpur anda tidak perlu menerjah 8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati! jika anda tak cukup masa, atau Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands jika anda takut berada di tempat tinggi.

Tempat Menarik Di Gombak

Jom kita tengok destinasi tempat menarik di daerah Gombak!

Tempat Menarik Di Gombak Pasti Anda Terkejut MembacanyaTempat Menarik Di Gombak Muzium Orang Asli – Ingin mengenali orang asal di Tanah Melayu? Banyak info yang sangat menarik yang kita belum tahu tentang orang Asli. Segala cara hidup dan budaya orang asli dipamerkan di muzium ini. Mereka mempunyai budaya yang tersendiri yang sangat asing dan pelik bagi anda yang sememangnya membesar di bandar.

Apabila berkunjung di muzium orang asli ini mungkin anda akan terkejut apabila mengetahui masih ada lagi cara hidup cara tradisi yang sebenar.

Tempat Menarik Di Gombak Empangan Batu Gombak – Oleh kerana panorama pemandangannya yang sangat cantik, dengan hamparan air dan latarbelakang gunung ganang yang menghijau, tempat ini sering menarik perhatian pengusaha filem membuat pengambaran di sini. Begitu juga pasangan pengantin sering mengabadikan potret perkahwinan mereka di tempat menarik yang paling istimewa di sini.

Sering menjadi kunjungan pencari ketenangan yang gemarkan suasana damai petang dan hujung minggu. Terlihat juga kaki pancing memancing di beberapa bahagian empangan ini.

Taman Rimba Komenwel – Suart tempat yang menarik di area Gombak, sangat sesuai untuk mereka yang sukakan advanture dan suka aktiviti camping. Selain dari seronok berihat dan menikmati keindahan alam semulajadi dan mandi-manda di air terjun yang menarik, banyak aktiviti yang menyeronokkan boleh dilakukan di sini seperti, jungle trekking, mandi sungai, menunggang kuda dan bermain sukan paintball.

“Very Enjoyable” Its not easy to find but if you put ‘Air Terjun Taman Rimba Komanwel‘ it should come up. Beautiful park that you would never discover unless you are looking for it as its certainly off the beaten track. They have 4 x 4 quad bikes that are very good value for money with guide and we will certainly be going… roryjdoyle

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi: –
Hulu Selangor District Forest Office,
Road RP4 / 1, Government Complex,
Rawang Perdana, 48000 Rawang, Selangor.

Tel : 603 – 6091 6131
Fax : 603 – 6091 7533

Tempat Menarik Di Gombak Tasik Biru Kundang – Menjadi tumpuan penduduk tempatan pada hujung minggu sebagai tempat beriadah dan berihat bersama keluarga. Ingin berenang di Tasik Biru Kundang? Mungkin tidak… Tasik ini sangat dalam mencecah 200 kaki adalah tinggalan bekas lombong bijih timah suatu masa dulu.

Airnya sangat cantik bewarna biru kehijauan. Aktiviti utama di sini ialah menunggang jet ski dan bermain layang-layang. Lokasi Tasik Biru Kundang hanyalah di sebelah MRR2 berhampiran Bukit Rahman Putra.

Tempat Menarik Di Gombak Taman Rimba Templer – Salah satu air terjun yang menarik dai Selangor dan Kuala Lumpur yang sangat terkenal. Kedudukannya berhampiran dengan Selayang dan pekan Rawang. mempunyai banyak air terjun jeram yang bertingkat-tingkat.

Tempat letak kereta banyak disediakan oleh pihak berkuasa, namun bilangan orang yang berkunjung di sini untuk menikmati keseronaoak mandi air sungai yang dingin menyebabkan ianya agak sesak sedikit, untuk mendapat tempat yang strategik anda harus datang cepat.

Melancong:

11 Tempat Air Jernih Yang Rasa Teringin Nak Terjun Ke Dalamnya

Ini Air Terjun Yang Menarik Selangor Dan Kuala Lumpur

Tempat Menarik Kuala Selangor Sungguh Seronok Berada Di Sini

Air Terjun Dan Hutan Lipur Sungai Tua – Jalan masuk ke Air Terjun Dan Hutan Lipur Sungai Tua jika dari Kuala Lumpur boleh melalui Selayang, manakala dari utara boleh melalui Batang kali dan Ulu Yam. Terdapat banyak hutan lipur di sini, telah dimajukan sebagai tempat perkelahan dan perkhemahan.

Suasana hutan masih tidak diganggu, di kiri kanan jalan masih dipenuhi pokok-pokok hutan hujan tropika yang menghijau. Sangat seronok bersama keluarga berihat di sini. Kemudahan asas tempat perkelahan disediakan oleh pihak kerajaan Selangor dan pihak swasta.

Jika ingin menginap atau membuat hari keluarga atau kem bina semangat boleh saha berhubung dengan pihak pengusaha resort, seperti:

Rimba Kalong Eco Resort
Address: Jalan Kampung Ulu Kalong, Hulu Yam Bharu, 44300 Batang Kali, Selangor, Malaysia
Phone:+60 19-523 6669

Woods Resort
Address: no1Jalan Sungai Tua Ulu Yam, Selangor, Malaysia
Phone:+60 19-320 2118

Nur Laman Bestari Eco Resort
Address: Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Phone:+60 19-917 2977

Restu Ibu Resot Ulu Yam
Address: 3A, Jalan Kampung Ulu Kalong, Kampung Ulu Kalong, 44300 Batang Kali, Selangor, Malaysia
Phone:+60 13-671 8218

Semoga pendedahan ini sedikit sebanyak membantu anda mendapatkan idea untuk bercuti bersama keluarga di hujung minggu.

Share This Post:

Comment Closed: Tempat Menarik Di Gombak Pasti Anda Terkejut Membacanya!

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Di Gombak Pasti Anda Terkejut Membacanya!

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di dunia

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di Dunia

Posted at

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik – Selamat datang ke Gateway Of Langkawi Island. The Legendary Island. Dikenali sebagai permata Kedah, adalah sekumpulan besar... Read More

Inilah Panduan Percutian Di Langkawi Paling Lengkap

Inilah Panduan Percutian Di Langkawi Paling Lengkap

Posted at

Panduan Percutian Di Langkawi – Pulau Langkawi Malaysia adalah tempat percutian yang menakjubkan di bahagian bawah Laut Andaman di pantai barat Semenanjung Malaysia. Saiznya... Read More

Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat Menarik Di Malaysia Sangat Berbaloi Dan Mudah Dikunjungi

Posted at

Tempat menarik di Malaysia yang mengagumkan, yang beraneka ragam adalah wira-wira Asia Tenggara, yang menawarkan pelancong pelbagai tarikan. Gabung dan padankan perjalanan anda yang... Read More

Homestay Murah Hutan Melintang

Homestay Murah Hutan Melintang

Posted at

Homestay Murah Hutan Melintang – Nak cari homestay murah di Hutan Melintang? boleh layan entri ini. Homestay murah Hutan melintang ini terletak di Rumah... Read More

Homestay Menarik Negeri Perak

179 Homestay Menarik Negeri Perak Pilihan Terbaik Untuk Percutian

Posted at

Senarai 179 Homestay Menarik Negeri Perak, mudah untuk anda pilih homestay menarik negeri Perak mengikut keselesaan sendiri. 179 Homestay Menarik Negeri Perak Homestay Seri... Read More