HOME
Home » Tempat Menarik » Tempat Menarik Daerah Sepang Selangor

Tempat Menarik Daerah Sepang Selangor

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tempat Menarik Daerah Sepang Selangor – Daerah Sepang terkenal dengan litar Formula One yang menjadi tempat menarik tumpuan bagi peminat sukan lumba kereta.

Daerah sepang terletak di bahagian paling selatan di negeri Selangor dan dibahagikan kepada 3 mukim pentadbiran iaitu Sepang, Dengkil dan Labu. Keistimewaan Sepang juga kerana ianya terletak di persisiran laut Selat Melaka.

Apapun, sebelum meneroka lebih jauh daerah Sepang, anda boleh membaca tentang tempat menarik negeri Selangor yang seronok untuk dilawati. Di samping anda boleh mencari homestay di Selangor untuk penginapan sekeluarga.

Tempat Menarik Daerah Sepang Selangor

Jeti Memancing Wan Sempuh

Jeti Memancing Wan Sempuh – Tempat menarik bagi peminat dan kaki pancing bolehlah ke jeti yang tidak jauh dari pantai Bagan Lalang. Anda tidak perlu pergi jauh ke tengah laut, cukup hanya di Jeti Memancing Wan Sempuh sahaja anda berpeluang membawa pulang ikan-ikan jenis mahal seperti siakap, kerapu, jenahak dan senangin.

Yang menariknya anda boleh membeli keperluan memancing di sini seperti umpan dan sebagainya serta di sini juga ada menyediakan perkhodmatan sewa bot. Namun anda akan dikenakan sedikit bayaran masuk.

Kuala Lumpur International Airport Kuala Lumpur International Airport (KLIA) – KLIA dan KLIA II terletak di sini. Antara lapangan terbang yang termaju di dunia. Boleh saja membawa anak-anak ke sini untuk melihat kapalterbang yang canggih-canggih sebagai motivasi kepada mereka. Jangan terkejut kerana di lapanganterbang ini juga ada menjual roti canai berserta kari kambing di level tiga. Juga terdapat banyak hidangan paling sedap di KLIA 2.

Tempat Menarik Daerah Sepang Selangor go kart sepangGo-Kart Sepang – Jika anda rasa teringin memandu sendiri Go-Kart dengan lebih seronok, berkunjung saja ke Go-Kart Sepang, impian anda akan dipenuhi. Litar Go-Kart Sepang dikendalikan oleh City Karting. City Karting menawarkan perkhidmatan sewa Go-Kart yang profesional kerana ianya sebuah syarikat yang juga menyediakan perkhidmatan yang sama di Shah alam dan Langkawi. Litar ini dibuka pada jam sepuluh pagi hingga tujuh petang.

Acara di sini bukan sahaja disertai oleh pelumba-pelumba dalam negeri, malah pelumba dan peminat antarabangsa juga turut mengambil bahagian.

Litar Lumba Antarabangsa SepangLitar Lumba Antarabangsa Sepang – Sebuah litar lumba yang bertaraf antarabangsa, siap dibina pada tahun 1998 dengan perbelanjaan ratusan juta ringgit dan pernah mengumpulkan pelumba-pelumba bertaraf dunia. Litar ini dapat menampung seramai 30 ribu orang di bahagian berbumbung dan 100 ribu orang pada bahagian terbuka dalam satu-satu masa.

Jika anda ingin mengambil bahagian dalam perlumbaan boleh sahaja berhubung dengan pihak pentadbiran litar ini dan dapatkan maklumat-maklumat untuk menyertai perlumbaan disini.

Tempat Menarik Daerah Sepang SelangorMedan Ikan Bakar Dan Makanan Laut – Jika anda berkunjung pantai Bagan Lalang jangan lepaskan peluang menjamu selera di beberapa restoran Medan Ikan Bakar Dan Makanan Laut yang menghidangkan menu-menu yang yang enak dengan harga yang berpatutan. Antara restoran terkenal yang boleh anda pilih antaranya Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan bakar Dan Seafood, Restoran Senandung Malam Seafood, Restoran Terapung H.M. Sri Bagan Sdn Bhd dan Bagan Lalang Seaview Restaurant.


Tempat Menarik Daerah Sepang SelangorPantai Bagan Lalang
– Pantai yang landai dengan panorama pemandangan yang cantik terutama waktu matahari terbenam. Pantai ini tidak sesuai untuk mandi-manda kerana pantainya berlumpur, namun semasa air surut kita boleh berjalan kaki ketengah sejauh hampir 400 kaki sambil melihat hidupan laut yang menyeronokkan.

Boleh saja menginap di sini kerana terdapat beberapa buah hotel, resort dan homestay di sini seperti Avani Gold Coast Sepang, Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Seri Bayu Resort Hotel, dan Bagan lalang Beach Resort.

Antara aktiviti tepi pantai yang popular di sini ialah bermain layang-layang dan menunggang kuda.

Pilihan lain Tempat Menarik Daerah Sepang Selangor:

Ini Air Terjun Yang Menarik Selangor Dan Kuala Lumpur

10 Tempat Menarik Hulu Selangor Yang Memepersonakan

Anda ingin mencari tempat penginapan di Sepang? Ini Homestay Daerah Sepang:

Homestay Taman Mawar Bandar Baru Salak Tinggi Sepang KLIA

Az Zahra Homestay Sepang Selangor

chalet dan resort terapungAvani Gold Coast Sepang – Ingin menginap chalet terapung di atas air? Avani Gold Coast Sepang akan memenuhi keperluan anda. Resort terapung yang bertaraf mewah menyediakan penginapan yang selesa di tengah laut. Mempunyai 315 buah chalet dan resort terapung yang disusun berbentuk pokok kelapa sawit jika dilihat dari udara.

Mempunyai kolam mandi infinity yang sangat menarik terutama bagi yang suka berenang dalam suasana eksklusif.

 

Comment Closed: Tempat Menarik Daerah Sepang Selangor

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Daerah Sepang Selangor

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia Paling Terbaik

Posted at

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia bagi setiap orang adalah berbeza-beza, ada yang suka suasana pantai dan laut, mengembara ke dalam hutan, memanjat gunung dan... Read More

online hotel reservations

Online Hotel Reservations Smart Way To Spend Your Vacations

Posted at

Online Hotel Reservations Smart Way To Spend Your Vacations – Online hotel reservations have ended up being common in these development days, if you are... Read More

Pulau Terbaik Untuk Percutian Malaysia Pulau Tioman

10 Pulau Terbaik Untuk Percutian Malaysia & Hotel Reservations

Posted at

Pulau Terbaik Untuk Percutian Malaysia & Hotel Reservations – Dari pesona kosmopolitan Pulau Pinang ke percutian Pulau Perhentian, pelbagai pulau menawarkan pelbagai pilihan untuk... Read More

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Dan Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Dan Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air

Posted at

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air Menyebut hotel di atas air sering menimbulkan imej vila-vila bulan madu ultra-mewah di Maladewa... Read More

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands

Posted at

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands – Cameron Highlands adalah 200 km utara Kuala Lumpur, dan merupakan kawasan tertinggi di tanah besar Malaysia.... Read More