Tempat Menarik Bulan Madu Yang Lebih Murah Buat Pengantin Baru

Tempat Menarik Bulan Madu – Anda yang baru melangsungkan perkahwinan atau akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi, bulan madu menjadi saat yang diidam-idamkan sebelum melayari bahtera mengharungi gelora rumahtangga. Setelah sekian lama berkahwin, kadag kala kita terlupa untuk memberikan waktu berkualiti bersama keluarga.

Urusan kerjaya dan kesibukan melayani anak-anak menghalang kita untuk bersama pasangan dalam suasana romantik. Sebelum semua itu berlaku, seharunya bulan madu menjadi pilihan yang sebaik-baiknya untuk memaksimakan nikmat bersama pasangan di tempat yang paling menarik.

Melakukan perjalanan berdua-duaan bersama kekasih hati yang baru dikahwini, tanpa gangguan sesiapa pun sangat menyeronokkan. Namun sebagai orang yang baru bernikah, mungkin anda merasa rimas memikirkan di manakah destinasi menarik yang menjadi pilihan berbulan madu.

Inginkan destinasi bulan madu yang murah tetapi tidak kurang hebatnya? Apa kata anda menuju ke negara jiran yang sangat terkenal dengan pulau-pulau indah yang semestinya dalam kemampuan bajet anda.

Inilah 11 tempat menarik bulan madu di negara jiran sebagai destinasi honeymoon anda berdua.

5. Tempat Menarik Bulan Madu Danau Toba

Danau Toba sebuah tasik yang terjadi hasil dari letusan gunung berapi merupakan tasik terbesar di Asia Tenggara. Memberikan pemandangan yang sangat mengasyikkan menimbulkan peasaan romantis bagi pasangan yang berbulan madu. Keindahan alam semulajadi dan bebiruan air tasik memukau perasaan dan menyejukkan mata.

Berdua-dua mendayung sampan di tengah tasik atau mengunjungi pulau Samosir yang terletak di tengah-tengah tasik sangat menyeronokkan. Pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan ialah apabila anda dapat menyelami budaya kaum Batak yang unik.

Tempat penginapan tak jadi masalah kerana terdapat 29 buah hotel, resort dan homestay yang tersedia menanti kedatangan anda.

6. Tempat Menarik Bulan Madu Pulau Bintan

Tempat Menarik Bulan Madu Pulau Bintan

Indonesia mempunyai sebanyak 17.508 buah pulau, jadi terlalu banyak pulau yang menawarkan pantai yang cantik dan air yang jernih yang sesuai untuk dijadikan tempat berbulan madu. Salah sebuah pulau yang menarik ialah pulau Bintan.

Pulau Bintan terletak dalam wilayah Kepulauan Riau di mana terletaknya ibu negeri kepulauan riau iaitu Tanjung Pinang. Kehebatan pulau ini memang tidak sehebat Bali dan Lombok tetapi keindahannya menyamai kedua tempat peranginan itu.

Keadaan pantai yang sangat cantik memberikan kenikmatai berbulan madu, pantainya sangat eksklusif kerana tidak terlalu padat dengan pengunjung, keadaan begitu tenang. Namun terdapat banyak resot di tepi pantai untuk dijadikan tempat penginapan.

7. Tempat Menarik Bulan Madu Umbul Sidomukti Semarang.

Umbul Sidomukti Semarang

Jawa Tengah mempunyai terlalu banyak tempat menarik pelancongan yang boleh dikunjungi untuk berbulan madu. Di antaranya ialah Semarang. Umbul Sidomukti juga merupakan salah satu destinasi percutian yang sangat terkenal di Bandungan, Ungaran Kabupaten Semarang.

Mempunyai empat buah kolam mandi yang mempunyai kedalaman yang berbeza. Bayangkan betapa seronoknya anda dan pasangan berenang berdua-duaan dalam sebuah kolam yang terletak di atas bukit dengan pemandangan yang sangat menarik. Pastilah romantik kan?

Selain dari kolam mandi, terdapat banyak lagi aktiviti luar yang boleh anda lakukan berdua. Terdapat banyak resort yang boleh anda sewa semasa berbulan madu, pilih sahaja mana yang anda suka dengan bajet yang anda mampu.

8. Tempat Menarik Bulan Madu, Kota Yogyakarta

Tempat Menarik Bulan Madu

Berbulan madu di Yogyakarta sangat menyeronokkan, setiap sudut kota raya ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri, boleh dikatakan tempat percutian yang serba lengkap buat pasangan yang ingin berbulan madu.

Ingin berbulan madu di tepi pantai yang jernih airnya dan putih bersih pantainya anda boleh saja pergi ke Wonosari, Gunung Kidul, pemandangannya sangat cantik dan menarik.

Di Yogyakarta anda boleh mengunjungi keraton atau taman sari yang dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan Mataram dan anda akan dapat merasakan suasana bagaikan seorang raja dan permaisuri berjalan berdua-duaan dalam ‘kerajaan’ sendiri.

Suasana malam sentiasa ‘hidup’, anda dapat menikmati nyanyian-nyanyian merdu dari penyanyi jalanan yang menghiburkan di sepanjang jalan Malioboro atau bersantai sambil menghirup kopi panas yang menghiburkan.

Yogyakarta memang sangat mempersonakan, pilih bandaraya ini sebagai salah satu destinasi percutian bulan madu anda.

Pilih hotel terbaik di Yogyakarta sebagai penginapan yang paling selesa buat anda berdua.

9. Tempat Menarik Bulan Madu Dataran Tinggi Dieng, Wonosobo, Jawa Tengah

Dataran Tinggi Dieng, Wonosobo, Jawa Tengah

Rimas dengan kehangatan kota raya? Tidak ada salahnya anda dan pasangan berkunjung ke Dataran Tinggi Dieng di Jawa Tengah yang menjanjikan kesejukan dataran tinggi yang membuatkan anda sangat selesa saling berdakapan. Dalam kesejukan, dataran tinggi ini memberikan banyak pemandangan yang indah dan menarik.

Jangan lepaskan peluang menyusuti Telaga Warna yang menjadi batu tanda Dataran Tinggi Dieng sangat unik kerana memberikan panorama warna warni yang sangat indah.

Selain itu berkunjung juga ke kawah-kawah gunung berapi yang menarik seperti Kawah Sikidang, Kawah Candradimuka, dan Kawah Sileri.

Popular Dieng Plateau Hotels

10. Tempat Menarik Bulan Madu Kampung Sampireun, Garut, Jawa Barat

Tempat Menarik Bulan Madu Yang Lebih Murah Buat Pengantin Baru

Menikmati ketenangan berdua-duaan bersama pasangan tanpa gangguan menimbulkan ketenangan hati dan rasa cinta yang kian mendalam. Kampung Sampireun adalah resort yang dibangunkan dengan kehalusan seni Sunda yang dibina di atas tasik dengan pemandangan yang amat indah dan menarik.

Terletak 1,000 meter dari aras laut, Kampung Sampireun menjanjikan udara yang sejuk dan nyaman. Banglow-banglow yang dibina sememangnya direka untuk memberi keselesaan menikmati udara nyaman tasik sambil berdayung perahu.

11. Tempat Menarik Bulan Madu Kepulauan Karimun Jawa, Surga Bawah Laut Di Utara Pulau Jawa.

Kepulauan Karimun Jawa, Surga Bawah Laut Di Utara Pulau Jawa

Pulau Karimun Jawa terletak di laut Jawa atau di kabupaten Jepara yang terkenal dengan perusahaan perabut jati. Terdapat 27 buah pulau yang mempunyai keluasan 111,625 hektar.

Pulau Karimun pasti mempersonakan dengan keindahan pantai dan panorama dasar alut yang sangat cantik, anda boleh melakukan aktiviti snorkeling melihat keindahan ikan dan terumbu karang yanger warna-warni, sungguh menyeronokkan.

Selain dari keindahan laut, anda juga boleh menikmati keindahan hutan paya bakau dan pemandangan indah dari puncak bukit Flower Hill dan bukit Joko Tuo.

Tempat penginapan? Tak perlu bimbang, terdapat banyak hesort mewah, hotel dan homestay di sini. Anda boleh dapatkan maklumat dari travel agent anda atau membacanya di Karimunjawa Tour Packages, trip and adventures.

Popular Karimun Jawa Hotels

Ingin melawat Malaysia? Baca:

39 Best Vacation Spots In Malaysia

10 Tempat Percutian Paling Menarik Malaysia Anda Jangan Lepaskannya