HOME
Home » Tempat Menarik » Senarai Tempat Menarik Terengganu Terkini 2017

Senarai Tempat Menarik Terengganu Terkini 2017

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Senarai Tempat Menarik Terengganu terlalu banyak, sebagai sebuah negeri persisiran pantai di bahagian timur dan kawasan perhunungan dan hutan belantara di bahagian barat, semestinya mempunyai banyak tempat menarik yang terbaik untuk melancong.

Jom kita explore 15 tempat menarik Terengganu yang sangat seronok untuk dilawati.

Tempat menarik Terengganu yang paling unik kerana ianya diperbuat dari kaca, walaupun ianya dinamakan Masjid Kristal. Masjid ini seluas 2000 meter persegi dan boleh menampung jumlah jemmah sehingga 700 dalam satu-satu masa.

Yang bestnya masjid ini dilengkapi dengan kemudahan WiFi dan merupakan sebuah “masjid pintar” yang pertama di Malaysia.

Masjid ini sangat indah dengan pembalikan cahaya ianya berwarna kekuningan pada sebelah siang dan bergemerlapan dengan cahaya lampu berwarna warni pada sebelah malam.

Berhampiran masjid ini terdapat Taman Monumen yang dikenakan bayaran jika ingin masuk. Selain itu anda boleh melihat masjid ini dari sudut pandangan yang lebih cantik melalui sungai dengan menaiki bot sewa yang disediakan.

Tempat Menarik Terengganu – Bukit Puteri

Senarai Tempat MenarikTerengganu Terkini 2017

anjungpantai.com

Tempat menarik dan bersejarah negeri Terengganu Bukit Tinggi banyak meninggalkan kesan sejarah antarnya Genta besar atau loceng besar, Rumah Api, Meriam Kubu, tiang bendera dan kubur lama.

Bukit Puteri merupakan kubu tertahanan dari serangan musuh dan pernah menjadi tempat perang saudara sekitar tahun 1831 hingga 1876.

Antara motis tentang Bukit Puteri ialah ianya merupakannsebuah kerajaan bunian dan dikatakan penduduk di situ sering meminjam alatan dapur seperti sudu, pisau, pinggan mangkuk dan sebagainya. Namun mereka berpindah ke tempat lain setelah kecewa dengan penduduk kampung yang sering tidak memulangkan kembali barang-barang yang dipinjam.

Apa yang menarik di Bukit Puteri?

1. Genta Besar – merupakan sebuah loceng besra yang dibuat dari tembaga. Loceng ini seberat 175b kilokgram. Loceng ini digunakan untuk memberi tahu penduduk tempatan sesuatu berita penting yang berlaku dalam negeri sepeti bermulanya bulan puasa, adanya kebakaran atau berlakunya serangan.

2. Kubu Meriam – Terdapat beberapa pucuk meriam buatan Sepanyol, Portigis dan penduduk tempatan yang dihalakan ke arah laut dan darat yang menunjukkan bukit puteri ada tempat strategik pertahanan suatu ketika dahulu. Antara meriam yang menarik perhatian pelancong ialah Meriam Beranak dan Meriam Seri Buih. Jika anda ingin mengetahui apakah sejarah meriam-meriamm ini sila berkunjung ke sana untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

3. Rumah Api – Dinamakan rumah api Tanda Kuala Negeri setinggi 10 meter dibina untuk menjadi panduan kepada kapal-kapal yang berlayar di Laut China Selatan dan sebagai panduan kepada nelayan-nelayan yang menangkap ikan.

4. Tiang Bendera – Terdapat satu tiang bendera setinggi 18 meter di puncak Bukit Puteri yang akan mengibarkan Bendera Diraja apabila ada majils rasmi kerajaan.

5. Kubur Lama – Terdapat kubur Syed Yasin bin Akil seorang pembesar negeri Terengganu yang berasal dari Sumatera. Beliau berkahwin dengan puteri Sultan Zainal I sebelum dilantik menjadi pembesar negeri.

Untuk sampai ke Bukit Puteri harus melalui pintu masuk Bazar Warisan yang terletak betrentangan dengan Pasar Payang.

Tempat Menarik Terengganu – Pulau Redang

Senarai Tempat Menarik Terengganu Terkini 2017

Pulau Redang tak perlu diperkenalkan lagi, pulau peranginan yang menjadi pilihan utama pelancong luar dan dalam negeri. Mempunyai pantai yang cantik dan air laut yang jernih, sungguh menenangkan hati bila melihat keindahan alam ciptaan Ilahi.

Aktiviti yang menyeronokkan yang boleh anda lakukan di sini ialah snorkeling melihat keindahan hamparan batu karang dan ikan-ikan yang berwarna warni. Jika ingin lebih mencabar lagi, anda boleh saja berseronok menyelam ‘scuba diving’ bersama rakan-rakan.

Terdapat banyak homestay dan resort di sini, pilih sahaja mengikut keselesaan dan kemampuan bajet anda.

Lagoon Redang Resort

LAGUNA REDANG ISLAND RESORT
Address: Pasir Panjang, Redang Island, Malaysia.
Telephone: +609-630 7888
Fax: +609-630 7878

Sebelum sampai ke Pulau Redang anda perlu mendapatkan tiket bot yang akan membawa anda ke sana.

SHAHBANDAR JETTY KUALA TERENGGANU
Address: Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Telephone: +6012-9888 907

Namun anda ada banyak pilihan, jika mahu boleh buat tempahan di laman web ini.

Tempat Menarik Terengganu – Tasik Kenyir

Tempat Menarik Terengganu Tasik Kenyir

pelancongan-terengganu.blogspot.my

Tasik Kenyir ialah tempat peranginan air tawar yang sangat cantik, anda boleg berseronok melihat burung-burung dan hidupan liar lain. Memancing juga salah satu aktiviti yang menyeronokkan kerana anda tidak akan kecewa pulang dengan tangan kosong.

Pemandangan alam semula jadi di sini memukau perasaan, berdayung sampan di celah pulau-pulau kecil sangat mengasyikkan. Jangan risau tentang penginapan.

There are plenty of resort and chalet for you to choose there either luxurious five star to land chalet and floating inns or even houseboat. Tasik Kenyir offer luxurious five star accommodation of Kenyir Lake View Resort.

Salah satunya ialah kenyirlake.com yang mempunyai pelbagai pilihan seeperti,  Kenyir Lake Plue, Bahtera Petang Houseboat dan Tanjung Mentong Resort.

kenyirlake.com
77A Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Tel : 609-6262020 Fax : 609-6262022 Email : sales@kenyirlake.com

Tempat Menarik Terengganu – Pulau Perhentian

Tempat Menarik Terengganu - Pulau Perhentian

mnihomestaybesut.blogspot.my

Satu lagi destinasi pulau yang menarik di Terengganu ialah Pulau Perhentian. Terdapat dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Jika ingin meneroka alam terumbu batu karang yang berwarna warni yang sangat menyeronokkan pilih sahaja tempat penginapan anda di sini. Banyak terdapat homestay dan resort yang tersedia untuk anda.

Pulau Perhentian pernah disenaraikan sebagai destinasi pantai pelacongan paling cantik oleh CNN.

Ayah Perhentian Hostel menyediakan pelbagai pakej yang menarik untuk anda.

Address : B4 , Plaza MARA , Jalan Pasar Kuala Besut 22300 Besut Terengganu
Mobile / Whatapps : 016 313 9603 | 014 517 3447
Office Telefon :006.09.690 3669 | 006.09.690 3843
Fax : 006 09 690 3681

Atau and boleh pilih salah satu dari 15 Pulau Menarik Di Malaysia Yang Menyentuh Hati Kerana Kejernihan Air Yang Krystal Clear.

 Tempat Menarik Terengganu – Air Terjun Chemerong

Tempat Menarik Terengganu - Air Terjun Chemerong

Jika malas nak ke pulau yang terpaksa menaiki bot laju ke sana, anda tentu seronok bermandi air terjun yang dingin di Air Terjun Chemerong. Merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Malaysia menjanjikan pemandangan alam semulajadi yang indah kerana terletak agak jauh dari jalan besar.

Di sini jugalah tempat permulaan bagi pendaki memulakan pendakian Gunung Berembun. Keadaan airnya sangat jernih dan dingin. Homestay Terengganu

Tempat makan-makan menarik di Terengganu

Kadang-kadang yang jadi masalah besar apabila kita bercuti di tempat yang jarang pergi ialah mencari restoran atau tempat makan yang best. So jom kita tinjau beberapa tempat makan-makan menarik ini yang mempunyai keistimewaan masing-masing:

1. Tempat makan menarik Terengganu – Biku-biku Station

tempat makan-makan terengganu yang menarik

Apa kata pelanggan tentang tempat makan Biku-biku Station ni, menarik tak?

Tempat makan-makan menarik di terengganu

Bukan seorang sahaja yang komen sedap, tapi ramai lagi. Jika nak tahu boleh ke fan page Biku-biku Station.

Menu favourate ramai pengunjung ialah Lamb Chop yang sedap tapi murah!

Alamat :
Lot 172, Mukim Kubang Parit
21200 Kuala Terengganu

Masa Operasi :
5.00ptg – 11.00mlm ( Ahad Cuti )

No Tel : 013-3942253

2. Tempat makan menarik Terengganu – Warung Pok Nong

tempat menarik terengganu

denai.my

Warong Pok Nong pernah disiarkan dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3. Tidak hairanlah begitu ramai orang yang berkunjung di sini untuk menikmati kelazatan ikan celup tepung dan sotong celup tepung. Telah beroperasi lebih dari 20 tahun.

Terletak di

Mengabang Telipot
Jalan Pantai A1693,
Kampung Kolam Mengabang Telipot
No. Tel : 09-6127655 / 0133517262
Waktu operasi : 3.30 petang – lewat malam

3. Tempat makan menarik Terengganu – Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209

tempat makan menarik terengganu

Sebut sahaja Terengganu dah tentu teringat keropok lekor. Keropok Lekor Bukit Tok Beng bukan biasa-biasa, keenakannya membuatkan anda sekali rasa pasti nak lagi. Anda tak perlu beratur panjang walaupun orang begitu ramai yang menjamu selera di sini kerana, kedai ini menggunakan sistem nombor giliran, dah macam bank.

Kampung Bukit Tok Beng,
Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu
No. tel : 012-562 0748
Website : www.btblekor.com.my
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang

4. Tempat makan menarik Terengganu – Nasi Dagang Mak Ngah, Chendering

Tempat makan menarik Terengganu

Nasi Dagang Mak Ngah pernah menjadi perbualan hangat suatu masa dahulu kerana dikatakan menjual seketul kepala ikan tongkol pada harga RM45. Namun selepas kejadian itu pelanggan yang datang ke sini semakin ramai kerana ingin merasa sendiri kesedapan nasi dagang mak ngah.

Terletak di Chendering Terengganu anda tak perlu susah-susah mencari tempat ini

C-140, Jalan Sk Chendering, Kampung Bukit, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Phone: +60 9-617 1140

5. Tempat makan menarik Terengganu – NR Cafe & NR Seafood Village

empat makan menarik Terengganu NR Cafe & NR Seafood Village

Teringin kan makan sotong celup tepung yang sedap atau chicken chop yang lazat! di Terengganu anda boleh ke NR Cafe dan NR Seafood Village. Hidangan sotong celup tepung yang segar dari hasil laut yang nampak gebu dan menyelerakan dicecah dengan sos kemerah-merahan yang enak! memang tak terkatakan…

Untuk memudahkan anda ke sana lihat info di bawah:

NR CAFE
Lot 34354,Tok Jembal
Kuala Terengganu, Terengganu
Malaysia
Tel : +609-6660645

NR SEAFOOD VILLAGE
Lot 9433,Jalan Pantai Kg. Pengkalan Maras
21020 Kuala Terengganu
Tel : 09-6693166

6. Tempat makan menarik Terengganu – Zie’s Corner Waterfront, Pulau Kambing, Kuala Terengganu 

Tempat makan menarik Terengganu - Zie’s Corner Waterfront, Pulau Kambing, Kuala Terengganu

 

Nak makan maknan barat di Kuala Terengganu? Zie’s Corner mungkin pilihan terbaik untuk anda. Sentiasa dipenuhi oleh penggemar makanan barat terutama di hujung minggu. Terletak di Waterfront Pulau Kambing, mudah nak cari tempat ni.

7. Tempat makan menarik Terengganu – The Cendol championTempat makan menarik Terengganu The Cendol champion

Peminat cendol boleh datag ke Wakaf Tengah Kuala Terengganu. Bukan cendol biasa tetapi anda akan dihidangkan dengan beberapa jenis cendol yang sangat menarik dan sedap! Pasti anda akan mendapat kelainan di sini, antara cendol yang harus anda rasa ialah  cendol durian, cendol mangga, cendol buah campur, dan cendol durian belanda.

Paling best bila anda oder cendol durian pulut, wow! rasanya manisnya tidak keterlaluan, lebih sedap apabila di tambah aiskrim, oreo, pulut, jagung atau kacang merah. Jika anda tidak sukan cendol anda boleh meilih ABC atau air batu campur.

Alamat: 7091-A, Kampung Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: +60 19-950 6900
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 6.00 petang
Info: The Cendol Champion

 

Share This Post:

Comment Closed: Senarai Tempat Menarik Terengganu Terkini 2017

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Senarai Tempat Menarik Terengganu Terkini 2017

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Dan Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Dan Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air

Posted at

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air Menyebut hotel di atas air sering menimbulkan imej vila-vila bulan madu ultra-mewah di Maladewa... Read More

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands

Posted at

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands – Cameron Highlands adalah 200 km utara Kuala Lumpur, dan merupakan kawasan tertinggi di tanah besar Malaysia.... Read More

Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia

Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia

Posted at

Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia – Tempat Menarik New Zealand Boleh Terokai Projek Eden Di Christchurch. Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia... Read More

Hotel Reservations Di Tempat Menarik Malaysia

Hotel Reservations Di Tempat Menarik Dalam Malaysia

Posted at

Hotel Reservations di tempat menarik dalam Malaysia – satu-satunya laman hotel reservations yang fokus kepada homestay dan tempat menarik di Malaysia. Hotel booking websites... Read More

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di dunia

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di Dunia

Posted at

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik – Selamat datang ke Gateway Of Langkawi Island. The Legendary Island. Dikenali sebagai permata Kedah, adalah sekumpulan besar... Read More