HOME
Home » Tempat Menarik » Senarai Tempat Menarik Taiping

Senarai Tempat Menarik Taiping

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Senarai Tempat Menarik Taiping – Taiping sebuah bandar bersejarah di negeriPerak tentu saja mempunyai banyak tempat menarik yang harus dilawati. Sebagsi sebuah bandar tua, anda akan dapat melihat bangunan-bangunan unik tinggalan sejarah zaman pemerintahan British.

Muzium Perak Tempat Menarik Taiping

Muzium Perak yang sangat menarik merupakan muzium yang tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 lagi iaitu semasa zaman pentadbiran British.  Apa yang menariknya muzium ini mempamirkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu.

Selain dari mempamirkan bahan sejarah, muzium ini juga merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.

Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapalterbang dan lanca.

Senarai Tempat Menarik Taiping

Night Safari Satu Lagi Tempat Menarik Taiping

Satu lagi tempat menarik Taiping, semestinyalah Zoo Taiping, apa yang lebih menariknya zoo Taiping juga dibuka pada waktu malam.  Melawat Zoo Taiping pada sebelah malam lebih menyeronokkan kerana pada waktu inilah haiwan-haiwan bergerak aktif dan menyerlahkan sifat sebenar mereka.

Jika anda berhasrat bercuti ke Tasik Merah atau ke utara, Night Safari adalah tempat yang tidak patut anda lepaskan.  Di sini terdapat himpunan binatang yang pelik-pelik yang jarang-jarang dapat kita temui di tempat lain seperti burung pungguk, musang, kijang, harimau kumbang dan sebagainya.

Anda akan dapat menyaksikan reaksi sebenar binatang buas dalam kesamaran cahaya lampu khas yang menyerupai cahaya bulan.

Tidak lengkap jika anda melawat tempat menarik Taiping jika anda tidak ke Kuala Sepetang.  Kuala Sepetang merupakan kawasan perikanan, tidak hairan ianya juga terkenal dengan Mee Udang Kuala Sepetang.

Mee Udang Kuala Sepetang sangat sedap dan berbeza dari tempat lain kerana anda akan dihidang dengan mee yang dipenuhi udang segar “super banyak”.

Jika anda ingin menikmati mee udang di sini carilah Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.  Mee Udang Mak Jah memang sudah terkenal dan pernah disiarkan dalam rancangan Jalan Jalan Cari akan TV3 suatu ketika dulu.

Dalam reviewnya, blogger Jotarozen menyatakan udang yang dihidangkan oleh Mak Jah sangat besar dan segar.

Senarai Tempat Menarik Taiping mee udang mak jah kuala sepetang

Selain dari kawasan nelayan di Kuala Sepetang juga terdapat Homestay Terapung yang sangat menarik jika anda invgin menginap di sini.

Ada lagi tempat menarik Kuala Sepetang yang boleh anda lawati, iaitu Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang.  Di sini terdapat sepohon pokok bakau yang terbesar di Malaysia.

Senarai Tempat Menarik Taiping

Untuk penginapan, anda tak perlu risau kerana terdapat beberapa buah chalet terapung di sini. Chalet-chalet terapung dibina dan diuruskan oleh pihak Jabatan Hutan. Jika anda ingin menginap di sini boleh saja layari laman web www.kualasepetang.com yang menyediakan “Promote Responsible Tourism, Environment Conservation, Educational, Sustainable and Low Impact To Nature”.

Lawatan anda ke Taiping tidak lengkap jika tidak menjejakkan kaki ke Taman Tasik Taiping yang sangat menarik ini.  Dihiasi dengan pohon-pohon angsana besar, dahannya mejulai dari jalan ke air memberikan suasana redup dan pemandangan indah yang sangat nyaman.

Inilah satu-satu taman tasik yang sangat unik kerana mempunyai 10 buah tasik dalam kawasan seluas 64 hektar.

Meninggalkan impak warisan budaya kehijauan taman serta Old Residency kediaman Setiausaha kepada Residen, Rumah Raja dan kediaman pegawai tentera.  Selain itu di sini juga terletaknya Bukit Maxwell atau dikenali sekarang sebagai Bukit Larut yang sesuai dilawati untuk menikmati kesejukan udaranya dan melihat pemandangan indah pergunungan.

Berhampiran dengan bandar Taiping terletak bandar Kuala Kangsar yang juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.  Selepas ini kami akan menceritakan pula Tempat Menarik Kuala Kangsar yang penuh bersejarah itu.

Comment Closed: Senarai Tempat Menarik Taiping

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Senarai Tempat Menarik Taiping

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia Paling Terbaik

Posted at

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia bagi setiap orang adalah berbeza-beza, ada yang suka suasana pantai dan laut, mengembara ke dalam hutan, memanjat gunung dan... Read More

online hotel reservations

Online Hotel Reservations Smart Way To Spend Your Vacations

Posted at

Online Hotel Reservations Smart Way To Spend Your Vacations – Online hotel reservations have ended up being common in these development days, if you are... Read More

Pulau Terbaik Untuk Percutian Malaysia Pulau Tioman

10 Pulau Terbaik Untuk Percutian Malaysia & Hotel Reservations

Posted at

Pulau Terbaik Untuk Percutian Malaysia & Hotel Reservations – Dari pesona kosmopolitan Pulau Pinang ke percutian Pulau Perhentian, pelbagai pulau menawarkan pelbagai pilihan untuk... Read More

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Dan Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Dan Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air

Posted at

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air Menyebut hotel di atas air sering menimbulkan imej vila-vila bulan madu ultra-mewah di Maladewa... Read More

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands

Posted at

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands – Cameron Highlands adalah 200 km utara Kuala Lumpur, dan merupakan kawasan tertinggi di tanah besar Malaysia.... Read More