HOME
Home » Tempat Menarik » Senarai Tempat Menarik Negeri Perak Mengikut Daerah

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak Mengikut Daerah

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak – Negeri Perak sebuah negeri yang memanjang dari utara yang bersempadan dengan negeri Kedah dan Pulau Pinang dan di selatan bersempadan dengan negeri Selangor.

Selain dari senarai tempat menarik Selangor, negeri perak juga mempunyai sangat banyak tempat menarik sebagai destinasi pelancongan dan percutian. Tempat menarik di negeri Perak boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pulau-pulau yang menarik seperti Pulau Pangkor dan pangkor laut, pantai yang menarik seperti Teluk Batik, dan di Perak juga mempunyai banyak air terjun yang menarik seperti Lata Iskandar, lata Kinjang, air terjun Sungai Bil Tanjung Malim dan banyak lagi.

Selain itu tempat menarik di Perak juga boleh dibahagikan kepada tarikan sejarah seperti bangunan Kellie’s Castle Batu Gajah, tempat menarik menara jam condong yang mempunyai sejarah yang sangat menarik untuk di hayati dan yang sangat berkaitan dengan sejarah Perak ialah tempat menarik Pasir Salak di Kampung Gajah.

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak

Negeri Perak Terbahagi kepada 12 daerah yang mana tiap-tiap daerah mempunyai tempat menarik sebagai destinasi pelancongan yang tersendiri.

Bermula dari sebelah utara Hulu Perak, Larut Matang dan Selama, Krian, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Kinta, Batang Padang, Manjung, Kampar, Hilir Perak, Bagan Datoh dan Muallim.

Baca juga 8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati dan Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu unruk percutian anda yang akan datang.

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak – Hulu Perak

Senarai Tempat Menarik Negeri PerakDaerah Hulu Perak terkenal juga dengan daerah Grik yang sangat terkenal sebagai bandar yang menghubungkan pantai barat semenanjung dengan pantai timur Semenanjung di Jeli. daerah ini masih kaya dengan pemandangan hutan hujan tropika yang menghijau.

Tempat menarik yang boleh anda kunjungi ialah seperti Hutan Simpan Belum, Tasik Banding dan Tasik Temenggor. Kemudahan penginapan di sini yang bertaraf 4 bintang Belum Rainforest Resort terletak di atas bukit dengan pemandangan tasik yang sangat cantik.

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak – Larut Matang Dan Selama

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak Mengikut Daerah

Tempat menarik di daerah ini biasanya dikaitkan dengan Bukit Merah Laketown Resort dan Bandar Taiping yang penuh dengan bangunan bersejarah. Manakan yang sangat terkenal di taiping sebagai destinasi pelancongan dan percutian hujung minggu bersama keluarga ialah di Taman Tasik Taiping yang terdapat sungai tempat mandi-manda, Zoo taiping dan Bukit Larut.

Manakala di kawasan Selama pula terdapat banyak kawasan air terjun seperti Lata Rabung Sungai Bayor, Lubuk Gajah Sungai Seputih, Lata Damak Sungai Bayor, Lata Mengkuang Rantau Panjang, Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi dan Kolam air Panas Trong.

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak – Daerah Krian

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak Mengikut DaerahDaerah Krian sangat terkenal dengan kawasan sawah padi yang sangat luas. Jika anda ingin merasai keseronokan kehidupan sebagai seorang pesawah padi, boleh saja berkunjung ke daerah ini. Banyak homestay disediakan di sini dengan pemandangan sawah padai yang saujana mata memandang.

di sini juga terdapat kawasan penternakan ikan kelisa atau Arowana yang sangat cantik dan mahal. Anda boleh melihat kolam-kolam yang dibina di kiri kanan sepanjang lebuhraya di daerah ini.

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak – Daerah Kuala Kangsar

Kuala Kangsar terkenal dengan Bandar Diraja Negeri Perak – istana lama atau istana kuning yang terletak di atas Bukit Chandan dan Masjid Ubudiah dengan rekabentuk yang sangat cantik menjadi tempat menarik yang sering dilawati oleh pelancong dari luar dan dalam negeri.

Istana Kuning yang diperbuat dari kayu mengandungi banyak bahan-bahan bersejarah kesultanan Melayu Perak yang sangat menarik perhatian pengkaji-pengkaji sejarah dan yang yang ingin tahu cara dan gaya hidup raja-raja Melayu zaman dulu.

Kuala Kangsar juga sangat menarik dengan pusat pengeluaran Labu Sayung yang cantik dan berkualiti tinggi.

Sungai Perak merupakan daya tarikan pelancongan semulajadi untuk anda lawati. Anda boleh menyusuri sungai perak dengan menaiki River Cruise dengan tambang sebanyak RM30 setiap cruise yang boleh memuatkan seramai 8 orang selama 30 minit.

Tempat menarik lain ialah Hutan Lipur Ulu Kenas, Empang Pecah, Kolam Air Panas Ara Panjang dan mendaki Gunung Bubu.

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak – Perak Tengah

Seri iskandar terkenal dengan bandar universiti. Terdapat banyak pusat pengajian tinggi di sini seperti Universiti Teknologi petronas, Universiti Teknologi Mara, Institute kemahiran Belia Negara, MRSM dan sebaginya. Terdapat juga pusat membeli-belah hypermarket seperti Billion dan Tesco.

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak – Daerah Kinta

Senarai Tempat Menarik Negeri PerakMungkin anda tidak tahu di mana daerah Kinta! Tapi jika orang sebut Bandaraya Ipoh tentulah anda tahu di mana. Anda mungkin tidak tahu terdapat sebuah tempat menarik di tengah-tengah Ipoh iaitu Gunung Lang yang sekarang ini nampak jelas dari Lebuhraya Utara Selatan.

Terdapat sebuah tasik di celah gunung Lang dan tersedia juga taman rekriasi. Anda boleh menaiki bot untuk menyeberangi tasik ini dan melihat tempat tinggalan tempat persembunyian kominis suatu ketika dulu.

Tempat menarik yang lain di Ipoh seperti Gua Tambun, Kolam Air Panas Tambun, Air Terjun Ulu Kinta dan banyak lagi.

Selain itu anda juga boleh bersiar-siar di Kinta River Front di mana terdapat kedai makan yang banyak di kawasan ini. Juga sesuai menjadi tembat berihat di waktu petang. Di sini juga terdapat Kinta River Front Hotel jika anda menginap di Bandaraya Ipoh.

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak – Daerah Batang Padang

Tempat Menarik Daerah Batang PadangBatang Padang terkenal dengan Air Terjun Kuala Woh atau Batu Tujuh, jika anda memandu menghala ke Cameron Highland anda akan bertemu dengan Lata Iskandar dengan air terjun yang sangat tinggi dan air yang lebih dingin. Inilah antara Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands dan Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands yang tidak harus anda lepaskan.

Walaupun Cameron Highlands terletak di negeri pahang tetapi laluan masuk utama dan sangat digemari ialah melalui negeri Perak iaitu melalui Tapah dan Simpang Pulai.

Jika anda ingin mencari tempat menarik untuk makan-makan boleh mencari Rumah Rehat Tapah yang terletak di atas bukit dengan pemandangan yang sangat cantik.

Rumah Rehat tapah juga menyediakan homestay dan resort untuk penginapan bagi yang ingin menginap di sini.

Share This Post:

Comment Closed: Senarai Tempat Menarik Negeri Perak Mengikut Daerah

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Senarai Tempat Menarik Negeri Perak Mengikut Daerah

Homestay Murah Hutan Melintang

Homestay Murah Hutan Melintang

Posted at

Homestay Murah Hutan Melintang – Nak cari homestay murah di Hutan Melintang? boleh layan entri ini. Homestay murah Hutan melintang ini terletak di Rumah... Read More

Homestay Menarik Negeri Perak

179 Homestay Menarik Negeri Perak Pilihan Terbaik Untuk Percutian

Posted at

Senarai 179 Homestay Menarik Negeri Perak, mudah untuk anda pilih homestay menarik negeri Perak mengikut keselesaan sendiri. 179 Homestay Menarik Negeri Perak Homestay Seri... Read More

Tempat Menarik Kuala Lumpur

Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Jarang Orang Tahu

Posted at

Tempat menarik di Kuala Lumpur yang jarang orang tahu – Muzium Tekstil Nasional mempunyai koleksi pakaian, aksesori dan tekstil yang unik. Muzium ini mempunyai empat... Read More

Tempat Menarik Pulau Langkawi Generasi Ketujuh Telah Berlalu

Tempat Menarik Pulau Langkawi Generasi Ketujuh Telah Berlalu

Posted at

Tempat menarik Pulau Langkawi generasi ketujuh telah berlalu – Di luar pantai Kedah adalah sekumpulan 99 pulau yang menawarkan tempat menarik terbaik di dunia:... Read More

Inilah Riverside Boutique Resort Terbaik Di Laos

Inilah Riverside Boutique Resort Terbaik Di Laos Untuk Bulan Madu

Posted at

Inilah Riverside Boutique Resort Terbaik Di Laos – Selain dari bercuti di dalam negeri, ramai rakyat Malaysia yang memilih melancong ke negara Vietnam kerana... Read More