HOME
Home » Tempat Menarik » Senarai Tempat Menarik Di Malaysia Percutian Yang Menyeronokkan

Senarai Tempat Menarik Di Malaysia Percutian Yang Menyeronokkan

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Dalam anda mencari homestay untuk percutian atau pun menghadiri kenduri apa kata kita tinjau senarai tempat menarik di Malaysia.

Berikut mari kita lihat senarai tempat menarik di Malaysia satu persatu sebagi idea tambahan untuk percutian yang menyeronokkan.

Senarai Tempat Menarik Di Malaysia Percutian Yang Menyeronokkan

Senarai Tempat Menarik Di Malaysia Percutian Yang Menyeronokkan

8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati!

Negeri Perak antara negeri yang terpanjang di Semenanjung. Mempunyai terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati. Termasuk dalam Senarai Tempat Menarik Di Malaysia ialah Gua tempurung yang terletak berhampiran dengan lebuhraya Utara Selatan di bahagian Gopeng.

8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak hanya sebahagian kecil dari tempat menari di perak yang sempat disenaraikan. Dari sebelah selatan di tanjung Malim anda sudah boleh berseronok mandi manda di air terjun Sungai Bil Kampung Slim.

Menikmati keenakan kuih pau Yik Mun yang terletak di simpang 4 bandar tanjung Malim. Anda boleh naik ke utara dan masuk ke Kolam Air Panas Sungai Klah. Singgah di pekan Sungai dan Bidor membeli buah jambu yang manis.

Di daerah Tapah pula anda boleh mengambil simpang ke kanan menghala ke Cameron Highlands untuk mandi-mandi di batu 7 Kuala Woh dan Lata Iskandar di Batu 14. Jika tidak mahu ke sana anda boleh ke pekan Cenderiang dan menuju ke Air Terjun Lata Kinjang yang boleh kelihatan dari lebuhraya.

Senarai tempat menarik Selangor

Sekali pandang Selangor macam tak ada tempat menarik, negeri yang sentiasa sibuk dengan industri. Tetapi jika dikaji semula, setiap sudut di negeri Selangor mempunyai tempat menariknya yang tersendiri.

Tempat menarik daerah Sepang 

Daerah Sepang mempunyai satu mercu tanda yang hebat suatu ketika dulu dengan adanya litar perlumbaan Formula 1 Sepang. Hampir setiap tahun ada sahaja event perlumbaan samada perlumbaan kereta mahupun motorsikal.

Sepang juga terletak di persisiran pantai barat Semenanjung, dengan kedudukan tepi laut ini terdapat juga tempat peranginan seperti Pantai Morib dan tempat percutian bertaraf antarabangsa Sepang Gold Cost Resort. Chalet terapung dibina membentuk pokok kelapa sawit di tengah laut.

Tempat menarik Daerah Sabak Bernam

Sabak Bernam suatu daerah yang besar di Selangor. Anda boleh menikmati keindahan sawah padi di Sekinchan dan Sungai Besar. Tidur di homestay kontena di tengah bendang sambil menikmati suasana sawah padi di waktu malam dengan bunyi cengkerik yang menghiburkan.

Anda juga boleh menikmati keseronokan makan-makan di tepi pantai Bagan Nakhoda Omar dan Sungai Haji Dorani. Di Bagan Nakhoda Omar dan Sungai Haji Dorani juga terdapat chalet terapung. Jika anda sukakan cabaran, boleh menginap di Kelong Paradise Sabak Bernam yang terlatak jauh di tengah laut.

Tempat menarik daerah Gombak

Jangan kata daerah Gombak tidak ada tempat menarik. Anda mungkin tidak pernah sampai ke sini, jadi anda tidak tahu. Daerah Gombak sebenarnya mempunyai banyak air terjun yang menarik seperti hutan lipur Sungai Tua, Taman Rimba Templer dan tasik Biru Kundang.

Selain itu di Gombak juga terdapat banyak tempat makan-makan yang menarik

Restoran Golek Golek
Jalan Lingkaran Tengah 2, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: +60 16-226 9140

Medan Selera Taman Sri Gombak
Jalan Makmur, Kawasan Industri Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Ayam Penyet Best
Lot 25-gf Jalan Prima SG 1, Prima Sri Gombak, 68100 Sri Gombak, Selangor, Malaysia
Phone: +60 16-612 8033

Maharaja Steamboat
lot, 6, Jalan 2/10, Dataran Templer, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Phone: +60 14-323 4712

Tempat menarik daerah Kuala Langat

Kuala Langat memang terkenal dengan keindahan air terjunnya yang banyak. Kawasan hutan air terjun yang terjaga rapi, di sini anda berpeluang menikmati mandi di sungai yang airnya jernih dan sejuk. Berbagai kemudahan disediakan oleh pihak berkuasa demi untuk keselesaan pengunjung.

Tempat menarik daerah Hulu Langat

Seperti Kuala Langat, di daerah Hulu Langat juga terdapat banyak air terjun. Di kedua-dua daerah ini terdapat banyak homestay yang boleh anda sewa untuk berseronok bersama keluarga.

Tempat menarik Kuala Selangor

Kuala Selangor terkenal dengan Bukit Malawati. tetapi bukan itu sahaja, jika anda berkunjung ke sana anda pasti terkejut dengan perkembangan dan pembangunan yang yang sangat pesat, namun tidak mengabaikan

Tempat menarik Klang

Klang adalah Bandar DiRaja bagi negeri Selangor. Sebagi sebuah bandar pelabuhan ianya sentiasa sibuk dengan aktiviti perniagaan. Jika anda ingin memulakan perniagaan sendiri dan tak tahu nak jual barang apa, pergi sahaja ke GM Klang Wholecity. Anda pasti terkejut dengan harga barangan yang sangat murah jika anda beli secara borong.

Tempat menarik daerah Petaling

Daerah Petaling termasuk juga Bandaraya Shah Alam. Segala-galanya ada di sini. Dari hotel bertaraf 7 bintang hingga homestay murah yang sangat selesa anda tak ada masalah untun penginapan.

 

 

Share This Post:

Comment Closed: Senarai Tempat Menarik Di Malaysia Percutian Yang Menyeronokkan

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Senarai Tempat Menarik Di Malaysia Percutian Yang Menyeronokkan

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Dan Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Dan Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air

Posted at

Hotel Terapung Malaysia Yang Menarik Nikmati Keseronokan Tidur Atas Air Menyebut hotel di atas air sering menimbulkan imej vila-vila bulan madu ultra-mewah di Maladewa... Read More

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands

Posted at

Panduan Percutian Di Tempat Menarik Cameron Highlands – Cameron Highlands adalah 200 km utara Kuala Lumpur, dan merupakan kawasan tertinggi di tanah besar Malaysia.... Read More

Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia

Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia

Posted at

Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia – Tempat Menarik New Zealand Boleh Terokai Projek Eden Di Christchurch. Tempat Menarik Yang Pelik Di Seluruh Dunia... Read More

Hotel Reservations Di Tempat Menarik Malaysia

Hotel Reservations Di Tempat Menarik Dalam Malaysia

Posted at

Hotel Reservations di tempat menarik dalam Malaysia – satu-satunya laman hotel reservations yang fokus kepada homestay dan tempat menarik di Malaysia. Hotel booking websites... Read More

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di dunia

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di Dunia

Posted at

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik – Selamat datang ke Gateway Of Langkawi Island. The Legendary Island. Dikenali sebagai permata Kedah, adalah sekumpulan besar... Read More