HOME
Home » Tempat Menarik » Kolam Air Panas Selayang Tempat Mandi-manda Dan Bersantai

Kolam Air Panas Selayang Tempat Mandi-manda Dan Bersantai

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Kolam Air Panas Selayang terletak tidak begitu jauh dari Batu Cave, boleh dikatakan berhampiran dengan Pasar besar Selayang di antara Selayang dan Rawang. Tempat yang menarik untuk berihat dan melepaskan stress setelah bekerja sepanjang minggu.

Lokasinya yang berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur menjadikannya tempat bersantai yang seronok bagi penduduk yang berhampiran. Selain dari itu ramai yang percaya kolam air Pansa Selayang ini mampu mengubati beberapa penyakit terutamanya penyakit kulit.

Kolam Air Panas Selayang Tempat Mandi-manda Dan Bersantai

Booking.com

Baca juga:
Tempat Percutian Menarik  Di Malaysia Paling Terbaik
Tempat Menarik Di Kelantan  Paling Best Yang Mempersonakan Hati
Melati Homestay Cameron Highlands Kampung Taman Sedia Dengan View Yang Sangat Menarik

Seperti kebanyakan kolam air panas, kandungan mineralnya yang tinggi, ramai yang percaya air kolam ini mempunyai nilai perubatan yang terbaik.

Jika anda sedang merancang untuk bercuti ... Saya mengesyorkan anda membuat tempahan di Booking.com untuk Malaysia, Singapura atau di mana sahaja!

Kolam Air Panas Selayang Tempat Mandi-manda Dan Bersantai

Cara yang terbaik untuk mandi di sini menurut banyak pendapat ialah dengan menggunakan baldi. Cedok air di kolam yang tiada orang mandi di dalamnya dan celupkan kaki anda di dalam baldi. Ini dapat mengelakkan jangkitan penyakit dari orang lain.

Ramai yang datang ke sini untuk berseronok dan berihat bersama keluarga dan rakan-rakan.

Terdapat beberapa peringkat kepanasan air kolam ini, anda boleh pilih yang mana anda suka mengikut kesesuaian dan ketahana badan anda.

Ada je orang yang menjual makanan dan minuman di sini. Yang bestnya cebok plastik pun ada dijual. Jika di perhatikan peniaga di sini mempamerkan beberapa sarang burung tempua sebagai hiasan.

Yang menariknya juga ada orang yang menjual batu giling dan lesung batu bergasi yang berusia ratusan tahun sebagai koleksi bagi peminat-peminat barang antik.

Ada beberapa peraturan yang perlu anda patuhi semasa mandi-manda di kolam air panas Selayang ini antaranya:

Tidak boleh letakkan kaki anda di dalam kolam.
Tidak boleh membasuh pakaian anda di kolam renang.
Tidak boleh mandi dengan memakai seluar dalam anda.
Haiwan peliharaan tidak dibenarkan.
Tiada boleh  menyelam.
Kanak-kanak tidak dibenarkan berada dalam kolam renang.
Dilarang membuang sampah

Caj dan tiket masuk:

Dibuka dari jam 7 pagi hingga lewat petang.
Masuk adalah percuma.
Tempat letak kereta adalah RM 2 setiap kereta, RM 0.50 untuk motosikal.

Cara untuk pergi ke air kolam Selayang:

Kola air panas Selayang ini terletak di sebelah kiri dari Selayang menuju ke Rawang, sangat mudah di jumpai kerana terletak di tepi jalan.

 

Share This Post:

No comment for Kolam Air Panas Selayang Tempat Mandi-manda Dan Bersantai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to Kolam Air Panas Selayang Tempat Mandi-manda Dan Bersantai

Tempat Menarik Aneh Bentuk Alat Kelamin Lelaki Jadi Tumpuan Pelancong

Tempat Menarik Aneh Bentuk Alat Kelamin Lelaki Jadi Tumpuan Pelancong

Posted at

Cari homestay dan tempat menarik seolahnya tidak puas jika tidak menceritakan tempat menarik aneh yang berbentuk alat kelamin lelaki ini yang menjadi tumpuan pelancong... Read More

Muzium Islam Kelantan Keindahan Seni Bina Yang Memukau

Muzium Islam Kelantan Keindahan Seni Bina Yang Memukau

Posted at

Muzium Islam Kelantan, Kota Bharu Muzium Islam Kelantan juga dikenali sebagai Syura Hall atau Balai Syura atau Muzium Islam ditempatkan di sebuah bangunan kayu yang... Read More

Tempat Menarik Kota Bharu Kelantan Tempat Wajib Lawati

Tempat Menarik Kota Bharu Kelantan Tempat Wajib Lawati

Posted at

Tempat menarik Kota Bharu Kelantan tempat wajib lawati Tempat menarik Kota Bharu Kelantan mempunyai banyak istana, muzium, pasar dan bangunan bersejarah yang menarik minat... Read More

Tempat Menarik Di Kelantan Yang Wajib Anda Kunjungi

Tempat Menarik Negeri Kelantan Yang Wajib Anda Kunjungi

Posted at

Apakah tarikan Kelantan teratas? Tempat menarik negeri Kelantan terlalu banyak sekali. Populasi penduduk Kelantan didominasi oleh orang Melayu yang kadang-kadang dikenali sebagai ‘Cradle of Malay... Read More

8 Tempat Menarik Di Perak Yang Menyeronokkan

7 Tempat Menarik Di Perak Yang Menyeronokkan

Posted at

7 Tempat Menarik Di Perak Yang Menyeronokkan Tempat Menarik Di Perak Yang Menyeronokkan 3. Mencabar diri anda di Gopeng dengan Pengembaraan Nomad Booking.com Jika... Read More