HOME
Home » Tempat Menarik » Air Terjun Paling Menarik Di Malaysia Yang Sukar Ditemui Di Tempat Lain

Air Terjun Paling Menarik Di Malaysia Yang Sukar Ditemui Di Tempat Lain

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Di Malaysia terdapat banyak air terjun yang cantik dan menarik. Sangat seronok jika anda memilih salah satu dari lokasi air terjun ini untuk berkelah dengan keluarga tersayang.

Kami senaraikan 100 lokasi air terjun yang menarik di Malaysia.

Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor

Air Terjun Paling Menarik Di Malaysia

lokmanahari.wordpress.com

Waalaupun Selangor sebuah negeri maju yang berteraskan perindustrian, namun masih banyak lagi lokasi air terjun yang menarik di negeri ini yang masih terpelihara kejernihan airnya. Sungai Chiling merupakan salah satu air terjun yang menarik  di Malaysia yang terletak di Kuala Kubu Baru. Namun air terjun ini hanya sesuai kepada meraka yang sanggup menghadapi cabaran merentasi lima kali sebelum sampai ke destinasi. Selain dari berkelah anda tentu seronok memberi makan ikan di Santuari Sungai Ikan Chiling.

Namun anda tidak dibenarkan membuat aktiviti BBQ.

Air Terjun Ulu Geruntum, Gopeng, Perak

Air Terjun Ulu Geruntum, Gopeng, Perak

bicaraneem.blogspot.my

Tempat Perkelahan Menarik Di Perak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Air terjun Ulu Geruntum terletak di daerah Gopeng. Dari pekan Gopeng masuk ke kampung Sungai Itek, melintasi Gaharu TeaValley dan akhirnya anda akan sampai ke destinasi air terjun menarik Ulu Geruntum. Ada tempat berbayar sebanyak RM3 seorang dan ada tempat percuma. Tempat berbayar terjaga baik dan selamat manakala tempat percuma agak bahaya kerana air yang terlalu deras. Aktiviti lasak seperti waterfall abseiling sangat menyeronokkan dan memberi satu pengalaman yang luar biasa.

Air Terjun Lata Kinjang, Tapah, Perak

Air Terjun Lata Kinjang, Tapah, Perak

Jika anda nak tahu kenapa princes yang snap gambar ini sangat comel layari blognya, princesskechikk.blogspot.my

Jika anda melalui lebuhraya utara selatan antara Tapah dan Kampar, pasti anda dapat melihat sebuah air terjun yang sangat tinggi di celah-celah hutan belantara. Ini adalah Lata Kinjang terletak berhampiran dengan pekan Cenderiang. Anda perlu keluar di plaza tol Tapah dan menghala Kampar, mengambil simpang kanan untuk ke pekan Cenderiang.

Air terjun ini adalah yang paling tinggi di Malaysia dan yang menariknya di sini terdapat spesis rama-rama Raja Brooke yang sangat cantik.

Air Terjun Giam Klimau, Miri, Sarawak.

Air Terjun Paling Menarik Di Malaysia

Terletak berhampiran dengan Gua Niah, untuk sampai ke air terjun ini anda perlu melepasi beberapa pos keselamatan kerana kawasan ini adalah hakmilik persemdirian. Apabila tiba sahaja ke kawasan ini anda akan terpegun melihat keindahan ‘giam’ yang tidak memebentuk takungan air kerana ianya jatuh ke atasa hamparan batu. Namun tempat untuk mandi-manda terletak tidak jauh dari situ.

Untuk sampai ke Gua Niah jika dari Bintulu ke Niah National Park 131 kilimeter, anda akan samapi ke Pekan Batu Niah dari sini hanya 3 kilometer sahaja.

Penginapan – Niah Caves National Park Rumah Chang Niah Homestay Program, Phone: 085-434181

Air Terjun Sungai Kanching, Rawang, Selangor

Air Terjun Sungai Kanching

Hutan Lipur Kanching terletak berhampiran dengan Selayang dan Rawang atau lebih mudah ;agi berhampiran dengan Taman Rimber Templer. Hutan lipur ini terkenal kepada pelancong-pelancong dari luar negara. Untuk sampai ke sini boleh memandu kereta sendiri atau menggunakan perkhidmatan awam seperti bas dan teksi. Yang sangat menarik di sini terdapat 7 lata atau jeram  yang sangat sesuai untuk perkelahan bersama keluarga. Terletak tidak jauh dari jalan utama Kuala Lumpur – Rawang.

Penginapan:

Homestay Selayang

Homestay Rawang

Homestay Gombak 

Taka Melor

Taka Melor

Yang menariknya Taka Melor hanya mempunyai satu jeram dan sebuah kolam takungan yang sangat sesuai untuk berenang. Anda boleh mendaki jeram hingga ke puncak tetapi perlu sangat berhati-hati ketan permukaan batu yang licin. Suasana bersih dan tenang di bahagian atas.

Taka Melor terletak di kampung Tenang berhampiran bandar Labis di Segamat. Untuk sampai ke sini melalui lebuhraya utara selatan, keluar tol Yong Peng kemudian ikut signboard ke Yong Peng seterusnya ke Labis. Papan tanda adalah sangat baik, anda tak akan tersesat. Apabila anda nampak tanah perkuburan Islam di sebelah kiri, besedia untuk mengambil simpang kanan.

Lata Puteri Gunug Ledang

Lata Puteri Gunug Ledang

hamydy.wordpress.com

Lata ini setinggi 60 meter, terdapat banyak jeram. Di bahagian terdapat banyak jeram kecil yang tidak kelihatan dari bahagian bawah. Untuk sampai ke sini melalui lebuhraya utara seltan, keluar di tol Tangkak, ambil simpang kanan di lampu insyarat selepas tol. Anda akan melalui jalan lurus hingga melepasi pekan Tangkak, sehingga melintasi kebun kelapa sawit di kiri kanan jalan. Masuk simpang kiri apabila anda melihat papan tanda menuju ke Lata Puteri Gunung Ledang.

Air Terjun Gunung Pulai

Air Terjun Gunung Pulai

Air Terjun Gunung Pulai agak tinggi iaitu antara 40-50 meter tinggi dan mempunyai beberapa peringkat jeram.. Bagi pencinta alam semula jadi, Air Terjun Gunung Pulai sangat sesuai untuk berihat bersama keluarga.

Untuk sampai ke lata ini, anda perlu mengambil jalan dari Johor Baharu ke Pontian dan belok kanan di Pekan Nenas. Jalan ini membawa anda ke arah Kulai. Anda juga boleh sampai ke lata ini melalui susur keluar lebuhraya utara selatan di sini. Kira-kira 15 kilometer dari Pekan Nenas, papan tanda akan menunjukkan kepada anda arah Gunung Pulai.

Air terjun menarik Jeram Tinggi Jementah Segamat

Air terjun menarik Jeram Tinggi Jementah Segamat

waterfallsofmalaysia.com

Jeram ini terletak dekat dengan Jementah dalam daerah Segamat. Ianya merupakan antara kawasan perkelahan menarik di kawasan Taman Negara Gunung Ledang. Tempat ini sangat menarik untuk perkelahan sekuarga di hujung minggu. Tidak ada bayaran masuk dikenakan. Ianya juga merupakan salah satu laluan masuk ke Taman Negara.

Anda pasti rasa berbaloi kerana terpaksa berjalan kaki meredah hutan untuk sampai ke sini kerana keindahan jeram dan suasana hutan yang terpelihara. Jika tidak sanggup mengambil cabaran boleh saja mandi-manda di tempat berhampiran tempat letak kereta.

Air Terjun Jeram Kedah Lenggeng Negeri Sembilan

Air Terjun Jeram Kedah Lenggeng Negeri Sembilan

Jeram Kedah terletak di Hutan Simpan Lenggeng antara Semenyih dan Lenggeng. Jika dari Kuala Lumpur boleh saja melalui Kajang mengarah ke selatan apabila sampai di Semenyih masuk simpang kiri untuk ke Lenggeng. Sebelum samapai ke Ulu Beranang anda akan berjumpa jalan Kampung Jeram Kedah. Ikut sahaja jalan ini hingga ke hujung kampung anda akan samapi ke Jeram Kedah.

Penginapan:

Izzy Homestay Semenyih

Rawa Hilir Homestay Lenggeng Rumah Kampung Yang Cantik

Air Terjun Paling Menarik Lata Kijang Kanaboi dalam daerah Jelebu Negeri Sembilan

Air Terjun Paling Menarik Lata Kijang Seremban

warkahdesa.blogspot.my

Lata Kijang Negeri Sembilan merupakan sebuah lagi destinasi dan tempat menarik yang mendebarkan. Bagi anda yang ingin berkunjung ke tempat menarik air terjun ini perlu melalui perjalanan off road yang menyeronokkan menggunakan pacuan 4 roda.

Perjalanan menuju ke air terjun ini sudah menjadikan satu pengembaraan yang mendebarkan kerana kenderaan anda perlu melalui pelbagai jalan yang curam, berlumpur malah terpaksa melalui jambatan log kayu yang pasti akan merembeskan adrenalin bagi setiap pengunjung.

Setelah berpenan lelah mengharungi pelbagai cabaran, anda boleh mengagumi keindahan hutan hijau yang subur dengan meneruskan perjalan dengan berjalan kaki. Pengalaman ini sangat berharga melalui di bawah sinar matahari yang ditapis oleh pohon-pohon kayu, burung bersiul dan bunyi monyet bermain-main adalah berbaloi sekali.

Selepas trekking selama kira-kira satu jam, pemandangan indah air terjun setinggi 300 kaki pasti akan melarutkan semua keletihan semasa perjalanan yang mendebarkan.

Berenang di air jernih yang sejuk serta asyik mendengar bunyi air mengalir yang menenangkan pasti akan menghilangkan semua exhaustion dan benar-benar menyegarkan anda.

Suasana di jeram Toi memberikan pemandangan menawan sungai yang mengalir melalui tangga melata seperti batu-batu memang memukau perasaan.  Di awal pagi, di bawah kabus yang kabur, ia adalah saat yang paling menyeronokkan untuk menikmati keasyikan berenang di kolam semula jadi yang sejuk terletak di dalam Taman Rekreasi Jeram Toi.

Selain daripada kolam semula jadi yang menyegarkan, terdapat juga satu siri tangga yang menghubungkan puncak dan kaki gunung. Tangga ini tidak boleh dipandang ringan kerana anda memerlukan sejumlah besar stamina untuk mendaki melaluinya.

Bagi anda yang sukakan cabaran, anda boleh melupakan tangga tetapi menggunakan trek hutan untuk naik ke puncak gunung. Bagi pencinta alam semula jadi dan seperti mana-mana taman rekreasi lain, Taman Rekreasi Jeram Toi adalah destinasi menarik yang mesti anda lawati .

Best baca tempat menarik ni..

Tempat Menarik Di Kelantan Paling Best Yang Mempersonakan Hati

15 Pulau Menarik Di Malaysia Yang Menyentuh Hati Kerana Kejernihan Air Yang Krystal Clear

Hutan Lipur Ulu Bendul

Hutan Lipur Ulu Bendul

irwanramlee.blogspot.my

Homestay Seremban:

Homestay Seremban Archive

You might searching for an accommodation or homestay in Seremban

Hutan Lipur Ulu Bendul terletak tidak jaun dari Seremban, hanya mengambil masa 20 minit sahaja iaitu di kilometer 20 jalan Seremban Kuala Pilah. Di sini tidak ada air terjun tetapi masih tetap menarik kerana mempunyai beberapa jeram dan kolam untuk berenang.

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklan mandi dan berenang, selain itu boleh juga mendaki Gunung Angsi setinggi 825 meter dari aras laut dengan menyusuri sungai Batang Terachi. Kawasan ini terjaga rapi, disediakan juga tempat rehat, wakaf tempat berteduh selain dari boleh juga berkhemah di bawah pokok-pokok hutan yang meredupkan.

Air Terjun Hutan Lipur Ulu Serting

Air Terjun Ulu Serting terletak dalam daerah Jelebu agak jauh dari jalan utama, memandu kira-kira 10 minit melalui jalan kampung, anda akan sampai ke Kampung Serting Ulu. Hutan lipur ini merupakan tempat berihat dan bersantai yang tenang, menikmati keredupan hutan hijau dan merasakan kesejukan air bukit yang mengalir.

Share This Post:

Comment Closed: Air Terjun Paling Menarik Di Malaysia Yang Sukar Ditemui Di Tempat Lain

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Air Terjun Paling Menarik Di Malaysia Yang Sukar Ditemui Di Tempat Lain

Homestay Murah Hutan Melintang

Homestay Murah Hutan Melintang

Posted at

Homestay Murah Hutan Melintang – Nak cari homestay murah di Hutan Melintang? boleh layan entri ini. Homestay murah Hutan melintang ini terletak di Rumah... Read More

Homestay Menarik Negeri Perak

179 Homestay Menarik Negeri Perak Pilihan Terbaik Untuk Percutian

Posted at

Senarai 179 Homestay Menarik Negeri Perak, mudah untuk anda pilih homestay menarik negeri Perak mengikut keselesaan sendiri. 179 Homestay Menarik Negeri Perak Homestay Hutan... Read More

Tempat Menarik Kuala Lumpur

Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Jarang Orang Tahu

Posted at

Tempat menarik di Kuala Lumpur yang jarang orang tahu – Muzium Tekstil Nasional mempunyai koleksi pakaian, aksesori dan tekstil yang unik. Muzium ini mempunyai empat... Read More

Tempat Menarik Pulau Langkawi Generasi Ketujuh Telah Berlalu

Tempat Menarik Pulau Langkawi Generasi Ketujuh Telah Berlalu

Posted at

Tempat menarik Pulau Langkawi generasi ketujuh telah berlalu – Di luar pantai Kedah adalah sekumpulan 99 pulau yang menawarkan tempat menarik terbaik di dunia:... Read More

Inilah Riverside Boutique Resort Terbaik Di Laos

Inilah Riverside Boutique Resort Terbaik Di Laos Untuk Bulan Madu

Posted at

Inilah Riverside Boutique Resort Terbaik Di Laos – Selain dari bercuti di dalam negeri, ramai rakyat Malaysia yang memilih melancong ke negara Vietnam kerana... Read More