HOME
Home » Tempat Menarik » 5 Tips Mencari Homestay Di Cameron Highlands

5 Tips Mencari Homestay Di Cameron Highlands

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tips Mencari Homestay Di Cameron Highlands – Salam sejahtera hampir pasti kebanyakan orang mengakui Cameron Highlands adalah tempat pelancongan yang paling unik di Malaysia.  Tidak ada tempat lain yang setanding dengan suasana hebat berada di Cameron Highlands, ternyata berbeza.

Setiap musim cuti sekolah hampir pasti jalan raya di Cameron Highlands penuh sesak dengan kenderaan yang datang dari seluruh Semenanjung dan Singapura. Suasana sejuk dan nyaman menjadi daya tarikan utama untuk datang ke sinistrawberry

Namun dalam suasana kemeriahan pelancongan itu tentu sekali ramai yang menghadapi masalah mendapatkan homestay atau hotel untuk penginapan. Di sini kami ingin memberikan Tips Mencari Homestay Di Cameron Highlands untuk memudahkan anda menikmati keseronokan bercuti di sana:

1.  Hubungi pemilik Homestay Cameron Highlands dan buat tempahan awal. Itu yang paling mudah tetapi anda mungkin akan kerugian jika ingin bertukar tempat penginapan kerana setiap tempahan biasanya perlu membayar deposit. Mungkin homestay yang anda tempah tidak seperti yang anda inginkan.

2. Terus sahaja memandu ke Cameron Highlands dan “terjah” sahaja mana-mana taman perumahan di sana, kebiasaannya akan terdapat banyak rumah atau apartment yang dijadikan homestay.  Jika anda bernasib baik anda akan mendapat tawaran yang lebih murah.

3. Kami lebih suka cara kedua, kerana kebiasaannya harga sewaan tempahan awal lebih tinggi kerana anda tidak berpeluang membuat tawar-menawar walaupun dalam musim cuti sekolah.  Cuma anda terpaksa menjelajah keseluruh pelusuk tempat mencari dan mencari. (bagi kami ini lebih menyeronokkan)

4. Cari Taman-taman perumahan ini:

Puncak Arabella Tanah Rata berdekatan dengan Taman Agroteknologi  MARDI Cameron Highlands

Taman Sedia yang terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang

Desa Anthurium Apartment Camaron Highlands

Apartment Taman Royal Lily , Tanah Rata, Cameron Highlands

Villa Dahlia  Tanah Rata Cameron Highlands

Kampung Melayu Brinchang Hill Cameron Highlands

Carnation Apartment Tanah Rata Cameron Highlands

Taman Royal Lily Tanah Rata Cameron Highlands

dan banyak lagi tempat-tempat yang menyediaka homestay

5. Beli peta Cameron Highlands atau guna saja GPS.  tetapi kami lebih suka menggunakan peta kerana ianya memang disediakan untuk menunjukkan tempat-tempat yang patut di lawati dan kedudukan hotel dan taman-taman perumahan di Cameron Highlands.

6. Jangan malu bertanya – Jika anda ke Cameron Highlands jangan malu bertanya kerana warga Cameron Highlands baik-baik belaka dan sedia membantu anda yang berkunjung ke sana.

Harap Tips Mencari Homestay Di Cameron Highlands ini serba sedikit dapat membantu memudahkan anda mencari tempat penginapan semasa bercuti di sana.

Share This Post:

Tags :

No comment for 5 Tips Mencari Homestay Di Cameron Highlands

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 4 =


Related Post to 5 Tips Mencari Homestay Di Cameron Highlands

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di dunia

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik Di Dunia

Posted at

Pulau Langkawi Resort Tempat Percutian Menarik – Selamat datang ke Gateway Of Langkawi Island. The Legendary Island. Dikenali sebagai permata Kedah, adalah sekumpulan besar... Read More

Inilah Panduan Percutian Di Langkawi Paling Lengkap

Inilah Panduan Percutian Di Langkawi Paling Lengkap

Posted at

Panduan Percutian Di Langkawi – Pulau Langkawi Malaysia adalah tempat percutian yang menakjubkan di bahagian bawah Laut Andaman di pantai barat Semenanjung Malaysia. Saiznya... Read More

Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat Menarik Di Malaysia Sangat Berbaloi Dan Mudah Dikunjungi

Posted at

Tempat menarik di Malaysia yang mengagumkan, yang beraneka ragam adalah wira-wira Asia Tenggara, yang menawarkan pelancong pelbagai tarikan. Gabung dan padankan perjalanan anda yang... Read More

Homestay Murah Hutan Melintang

Homestay Murah Hutan Melintang

Posted at

Homestay Murah Hutan Melintang – Nak cari homestay murah di Hutan Melintang? boleh layan entri ini. Homestay murah Hutan melintang ini terletak di Rumah... Read More

Homestay Menarik Negeri Perak

179 Homestay Menarik Negeri Perak Pilihan Terbaik Untuk Percutian

Posted at

Senarai 179 Homestay Menarik Negeri Perak, mudah untuk anda pilih homestay menarik negeri Perak mengikut keselesaan sendiri. 179 Homestay Menarik Negeri Perak Homestay Seri... Read More