HOME
Home » Tempat Menarik » 30 Tempat Menarik Kuching Sarawak Yang Harus Dikunjungi

30 Tempat Menarik Kuching Sarawak Yang Harus Dikunjungi

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tempat Menarik Kuching Sarawak – Sawarak merupakan negeri yang paling luas di Malaysia. Sarawak salah sebuah negeri yang terletak di kepulauan Borneo selain dari Sabah. Pulau Borneo terkenal dengan orangutan yang mendiami hutan hujan tropika di sana.

Sarawak diperintah oleh British bermula dari tahun 1984 dan merdeka pada tahun 1963 dan menyertai Malaya, sabah dan Singapura pada masa itu.

Polulasi penduduk Sarawak didominasi oleh kaum Melayu, Cina, India dan beberapa suku kaum asli seperti Iban, Dayak, Bidayuh, Melanau, Penan, kedayan dan Orang Ulu. Kewujudan kaum asli di Sarawak menjadikannya sangat unik. Setiap puak mempunyai budaya, bahasa, makanan dan tradisi mereka sendiri yang tidak terdapat di tempat lain di Malaysia.

Kucing adalah ibu negeri Sarawak yang merupakan bandar terbesar di Borneo. Penduduk tempatan memanggilnya ‘Cat City’. Beriklim hutan hujan tropika sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun. Tempat Menarik Kuching Sarawak merupakan destinasi percutian terbaik di kerana terdapat banyak pusat percutian, musium, dan sebagainya.

Sebelum itu baca juga 39 best vacation spot in Malaysia Jika anda ingin ke Perak dapatkan maklumat di 8 tempat menarik paling best di Perak yang mesti dilawati.

Ini kami senaraikan Tempat Menarik Kuching Sarawak sebagai panduan anda sebelum memulakan perjalanan:

Tempat Menarik Kuching Sarawak – Kuching Waterfront

Tempat Menarik Kuching Sarawak Kuching WaterfrontKuching Waterfront merupakan tempat mula-mula Raja James Brooke mendarat di Sarawak. Kerajaan Sarawak telah membelanjakan sejumlah besar peruntukan untuk membangunkan tempat menarik ini. Kawasan ini telah menjadi salah satu tempat paling menarik di sepanjang Sungai Sarawak dengan pelbagai tempat makan-makan dan hiburan. Terdapat juga beberapa bangunan bersejarah, ‘observation tower’ dan ukiran-ukiran yang menarik.

Tempat Menarik Kuching Sarawak – Muzium Sarawak

Tempat Menarik Kuching Sarawak

Muzium Sawarak merupakan muzium tertua di pulau Borneo pembinaannya ditaja oleh Raja Brooke kedua yang telah dibuka pada tahun 1891 untuk mempamirkan seni asli dan kraft tangan. Telah dibaik pulih menjadi apa yang terlihat sekarang. Mempamirkan artifek dan bahan bersejarah di pulau Borneo.

Tempat Menarik Kuching Sarawak – Muzium Kucing

Tempat Menarik Kuching Sarawak Muzium Kucing

Bandar Kuching membangun bersama namanya. Mempunyai sebuah muzium kucing yang terletak di Bukit siol di Petra Jaya. Bagi peminat kucing inilah tempat koleksi terbaik memorabilia kucing seperti Hello Kitty, Garfield hingga Matthew Flinder’s cat dan banyak lagi. Anda boleh menikmati pameran dan gambar-gambar semua jenis kucing di dunia dan boleh juga membelinya dari kedai cenderamata.

Tempat Menarik Di Malaysia:

39 Best Vacation Spots In Malaysia

Senarai Tempat Menarik Selangor

8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati!

Tempat Menarik Melaka Rugi Sangat-sangat Jika Anda Tidak Kunjungi

Senarai Tempat Menarik Cameron Highlands


Tempat Menarik Kuching Sarawak – Taman Budaya

Tempat Menarik Kuching Sarawak Taman Budaya

Taman Budaya adalah sebuah taman awam yang suatu masa dahulu merupakan kolam tadahan air. Terletak tidak jauh dari Muzium Lama Sarawak. Taman ini juga dikenali sebagai Reservoir Park oleh penduduk tempatan. Sangat popular digunakan sebagai tempat bersenam dan bersiar-siar. Kawasannya yang berbukit menjadi tarikan utama taman ini.

Tempat Menarik Di Sarawak – Muzium Islam Sarawak 

Tempat Menarik Di Sarawak - Muzium Islam Sarawak

Muzium Islam Sarawk terletak di belakang Dewan Tun Razak yang merupa sebuah sekolah iaitu James Brooke Malay Collage, kemudiannya dijadikan pusat latihan perguruan bagi pengajian Melayu. Terdapat 7 galari di muzium ini yang mempamerkan berbagai-bagai artifek yang berkaitan dengan tamadun Islam seperti senjata, wang syiling, batu permata dan pakaian Islam.

Tempat Menarik Kuching Sarawak – Masjid Bandaraya Kuching

Masjid Bandaraya Kuching

Masjid ini dibina pada tahun 1952 dengan binaan kayu kemudiannya diruntuhkan dan dibina dibina semula pada tahun 1968. Masjid ini dibina dengan kombinasi senibina barat dan Itali dan merupakan landmark utama bandaraya Kuching.

Tempat Menarik Kuching Sarawak – Fort Margherita

30 Tempat Menarik Kuching Sarawak Yang Harus Dikunjungi

Fort Margherita telah dibina pada tahun 1879 semasa penjajahan British untuk melindungi bandar daripada serangan. Ia dinamakan sempena isteri Rajah Brooke, Ranee Margaret. Ia terletak di seberang Sungai Sarawak dan boleh dilihat dari Kuching Waterfront. Struktur asal bersama-sama dengan meriam, yang bola meriam, senjata api, sel banduan dan struktur lain masih kekal. Kubu lama telah ditukar kepada Muzium Polis yang mempunyai paparan senjata, sarang candu dan pelbagai bentuk hukuman jenayah.

Tempat Menarik Kuching Sarawak – Astana Kuching Sarawak

Tempat Menarik Kuching Sarawak Astana Kuching Sarawak

Di seberang sungai Sarawak terletak Astana yang merupakan istana kediaman Yang Di Pertua Sarawak. Dibina pada tahun 1870 oleh Charles Brooke Raja Sarawak II. Terdapat 3 bangunan yang menarik yang bersambung di antara satu sama lain.

Nak menginap di Kuching?

Husna Homestay Kuching Sarawak

Homestay Petrajaya Kuching Sarawak

Homestay Guest House Kuching

Tempat Menarik Kuching Sarawak – Medan Niaga Satok

Tempat Menarik Kuching Sarawak - Medan Niaga Satok

Pasar Minggu di Medan Niaga Satok ini di buka dari tengah hari Sabtu sehingga tengah malam Ahad. Pasar minggu ini menawarkan pelbagai barangan harian buatan tempatan yang unik seperti makanan ringan, makanan tempatan, buah-buahan, sayur-sayuran, barangan hasil dari hutan, centera hati dan banyak lagi.

Kebanyakan peniaga adalah penduduk luar bandar Sarawak. Mereka datang dari kampung-kampung di pedalaman untuk menjual hasil hutan yang mereka keluarkan. Mereka menjual barangan hasil hutan yang sangat menarik.

Comment Closed: 30 Tempat Menarik Kuching Sarawak Yang Harus Dikunjungi

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to 30 Tempat Menarik Kuching Sarawak Yang Harus Dikunjungi

Hotel Murah Seluruh Malaysia Pilihan Terbaik Anda Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Hotel Murah Seluruh Malaysia Pilihan Terbaik Anda

Posted at

Hotel murah seluruh Malaysia pilihan terbaik anda, tidak kira anda ingin pergi, tempat penginapan adalah penting. Jadi kami paparkan hotel murah seluruh Malaysia pilihan... Read More

Ez-Zehra Homestay Batu Kurau

Ez-Zehra Homestay Batu Kurau Murah Dan Selesa

Posted at

Ez-Zehra Homestay Batu Kurau Murah Dan Selesa – Sebuah rumah penginapan seisi keluarga yang selesa dan paling murah di kawasan Batu Kurau serta mementingkan... Read More

Mutiara Guest House Beserah

Mutiara Guest House Beserah Murah Dan Selesa

Posted at

Mutiara Guest House Beserah Murah Dan Selesa Mutiara Homestay Beserah 200 meter dari Pantai beserah (Belakang Balai Polis Beserah)  Mutiara Guest House Beserah Murah... Read More

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia Paling Terbaik

Posted at

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia bagi setiap orang adalah berbeza-beza, ada yang suka suasana pantai dan laut, mengembara ke dalam hutan, memanjat gunung dan... Read More

online hotel reservations

Online Hotel Reservations Smart Way To Spend Your Vacations

Posted at

Online Hotel Reservations Smart Way To Spend Your Vacations – Online hotel reservations have ended up being common in these development days, if you are... Read More