HOME
Home » Tempat Menarik » 14 Tempat Menarik Yang Tersembunyi Ini Wajib Anda Kunjungi

14 Tempat Menarik Yang Tersembunyi Ini Wajib Anda Kunjungi

Posted at | Categorised in Tempat Menarik

Tempat Menarik Yang Tersembunyi yang unik ini terletak di Jawa Tengah. Kami paparkan gambar pemandangannya yang cukup cantik yang menusuk ke dalam kalbu keindahan dan kekayaan alam ciptaan yang Maha Pencipta ini.

Anda mungkin tidak mampu untuk ke sana, munkin kerana tidak ada waktu dan kesempatan, mungkin kerana faktor kewangan dan sebagainya. Sebenarnya anda mampu pergi kesana tanpa memerlukan perbelanjaan yang banyak. kami akan tunjukkan kepda anda caranya, syaratnya anda baca hingga habis!

14 Tempat Menarik Yang Tersembunyi Ini Wajib Anda Kunjungi

Salah satu daerah yang mempunyai banyak tempat menarik dan keindahan alam semulajadi dan menawarkan banyak tempat percutian yang mempersonakan ialah Karimun Jawa. Bagi anda yang sentiasa sibuk dengan kerjaya hingga memeningkan kepala, apa salahnya “merewardkan” diri sendiri dengan berkunjung ke tempat yang tenang dan tenteram.

Telaga Sunyi, Purwokerto Yang Misteri Namun Menenangkan Jiwa

Telaga Sunyi, Purwokerto

Jauh tersembunyi dari keriuhan masusia, itulah yang menyebabkan telaga sunyi ini sentisa mengekalkan keindahannya. Sebuah “telaga” yang kehijauan airnya menjadi tempat bermeditasi atau tempat meluangkan masa mencari ketenagna  jiwa.

Nampak seperti cetek, tetapi sebenarnya kedalaman telaga ini mencecah 3 meter pada musim kemarau dan menjadi hingga 5 meter pada musim hujan. Mempunyai suatu aroma unik yang mistik dan ada suatu rahsia di sebalinya. Nak tahu? anda berkunjunglah ke sini dan tanyakan kepada penduduk tempatan, apakah rahsianya.

 

Indahnya Pantai Menganti, Kebumin

Pernah dengar nama Selandia Baru? haha.. jarang sekali bukan? Selandia Baru adalah negara New Zealand dalam sebutan orang Indonesia. New Zealang memang terkenal sebuah negara yang mempunyai pantai yang cantik dengan pemandangan yang kehijauan. Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan dan perhubungan.

Tetapi kami bukan nak bercerita tentang Selandia Baru atau New Zealand, tetapi sebuah tempat yang hampir sama situasinya dengan tempat menarik di negara New Zealand itu.

Berkunjung ke sini lebih murah tetapi keindahan alam semulajadinya hampir-hampir menyerupai New Zealand. Cuma ianya agak tersembunyi sedikit, tidak ramai yang tahu sedangkan ianya mempunyai pantai yang putih bersih dan tersangat cantik.

Pantai ini mengabungkan kedua-dua keindahan alam yang sangat cantik, khazanah lautnya yang membiru dan pemandangan pergunungan menghijau yang memukau. Untuk lebih santai, dapatkan kereta sewan yang anda pandu sendiri, lebih bebas dan selesa.

Brown Canyon Semarang, Bagaikan Berada Di Grand Canyon Colorado

Brown Canyon Semarang

Persis Grand Canyon, Brown Canyon ini terletak di daerah Rowosari Meteseh Tembalang Semarang, walaupun terletak dalam daerah Semarang tetapi lokasinya agak jaun dari bandar Semarang. Nama sebenar destinai menarik ini ialah Padas Keruk  yang bermaksud bekas bukit yang dikeruk atau ditarah.

Bagi masyarakat tempatan mereka lebih mengenali Padas Keruk dari Grand Canyon.

Menyaksikan Keindahan Savantempat menarik Bukit Pangonan Dieng

Inginkan tempat percutian yang tidak terlalu mencabar? Berkunjung sahaja ke Dieng, suart tempat menarik yang paling disukai oleh penduduk tempatan. Suasana bukit yang tidak terlalu tinggi, bagi anda yang gemarkan aktiviti jungle trekkingnamun tidak mempunyai banyak masa, boleh saja mencuba mendaki bukit Pangonan. Anda juga tidak akan kepenatan kerana keadaan bukit yang tidak terlalu tinggi. Tetapi jika sukakan yang lebih mencabar boleh sahaja ke Sikunir atau gunung Prau.

Yang sangat menarik tentang bukit Pangonan ialah dipuncak bukit terdapat satu dataran luas seolah-olah sebuah bekas takungan air yang telah kering dan ditumbuhi oleh lalang yang membentuk seperti padang savana yang menghijau yang sangat mengasyikkan.

Bermain Air Di Air Terjun Cipendok Sangat Menyeronokkan

Bermain Air Di Air Terjun Cipendok sangat menyeronokkan

indonesiaexplorer.net

Bukan hanya Baturaden malay terdapat banyak lagi air terjun yang menarik di Purwokerto. tempat perkelahan yang menarik ini tersembunyi di tempat yang kurang diketahui ramai. Ada banyak lagi air terjun menarik di Purwokerto seperti air terjun Cipendok, air terjun Ceheng dan banyak lagi. Namun air terjun yang masih tersembunyi dan kurang diketahui ramai ialah air terjun Cipendok.

Destinasi air terjun Cipendok adalah lebih kurang 25 kilometer dari Purwokerto, hanya mengambil masa setengah jam sahaja perjalanan berganting kepada kesesakan jalan. Paling mudah ialah mengikut jalan Losari yang berada di jalan utama Purwokerto dan Ajibarang

Melapangkan Dada Dari Puncak Goa Rong

Tempat Menarik Yang Tersembunyi Melapangkan Dada Dari Puncak Goa Rong

meykkesantoso.com

Anda akan merasakan anda seorang yang hebat apabila melawat tempat ini, apa tidaknya, berada dari puncak dengan pemandangan yang sangat indah di bawah sana, anda seolah-olah seorang maharaja yang berdiri megah di hadapan rakyat jelata. Anda boleh sampai ke sini dari bandar Semarang, tempatnya terletak tidak jauh dari jambatan Tuntang yang lebih dikenali sebagai stesen Tuntang.

Di sini anda akan melepaskan segala penat lelah yang sekan lama terkumpul, hanya pandang ke arah barat, anda akan terhibur dengan sempurna apabila memandang keindahan alam raya yang sungguh luar biasa. Dengan sinaran cahaya matahari senja yang kemerah-merahan, anda menyaksikan keindahan alam pohon-pohon menghijau dan alunan bukit-bukau yang mengasyikkan.

Menyapa Matahari Terbit Dari Bukit Puthuk Setumbu Yang Sunyi

14 Tempat Menarik Yang Tersembunyi Ini Wajib Anda Kunjungi

1001malam.com

Menikmati suasana hening pagi yang menyamankan dan puncak Bukit Punthuk Setumbu yang dingin merupakan kerehatann yang sempurna. Dari sini anda dapat melihat kabus putih menyelaputi puncak pergunungan, perlahan-lahan menghilangkan dirinya apabila matahari mula muncul dari sebalik gunung.

Untuk berada di tempat menarik yang tersembunyi puncak Bukit Punthuk Setumbu ini anda perlu mendaki lebih kurang selama 15 hingga 30 minit, bergantung kepada kelajuan langkah anda.

Tempat menarik yang tersembunyi ini terletak di Desa Karanggrejo, Kecamatan Borobudur, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah iaitu lebih kurang 44 kilometer dari Yogyakarta. Perjalanan untuk ke Punthuk Setumbu cukup mudah, bermula dari hadapan taman pelancongan Candi Borobudur, anda hanya perlu memandu menuju ke hotel Manohara kemudian meneruskan perjalan ke Bukit Menone, hanya ikut signboard lebih kurang selama 10 minit dan anda akan tiba di tempat letak kereta Bukit Setumbu. Wiki

Share This Post:

Comment Closed: 14 Tempat Menarik Yang Tersembunyi Ini Wajib Anda Kunjungi

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to 14 Tempat Menarik Yang Tersembunyi Ini Wajib Anda Kunjungi

Homestay Murah Hutan Melintang

Homestay Murah Hutan Melintang

Posted at

Homestay Murah Hutan Melintang – Nak cari homestay murah di Hutan Melintang? boleh layan entri ini. Homestay murah Hutan melintang ini terletak di Rumah... Read More

Homestay Menarik Negeri Perak

179 Homestay Menarik Negeri Perak Pilihan Terbaik Untuk Percutian

Posted at

Senarai 179 Homestay Menarik Negeri Perak, mudah untuk anda pilih homestay menarik negeri Perak mengikut keselesaan sendiri. 179 Homestay Menarik Negeri Perak Homestay Hutan... Read More

Tempat Menarik Kuala Lumpur

Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Jarang Orang Tahu

Posted at

Tempat menarik di Kuala Lumpur yang jarang orang tahu – Muzium Tekstil Nasional mempunyai koleksi pakaian, aksesori dan tekstil yang unik. Muzium ini mempunyai empat... Read More

Tempat Menarik Pulau Langkawi Generasi Ketujuh Telah Berlalu

Tempat Menarik Pulau Langkawi Generasi Ketujuh Telah Berlalu

Posted at

Tempat menarik Pulau Langkawi generasi ketujuh telah berlalu – Di luar pantai Kedah adalah sekumpulan 99 pulau yang menawarkan tempat menarik terbaik di dunia:... Read More

Inilah Riverside Boutique Resort Terbaik Di Laos

Inilah Riverside Boutique Resort Terbaik Di Laos Untuk Bulan Madu

Posted at

Inilah Riverside Boutique Resort Terbaik Di Laos – Selain dari bercuti di dalam negeri, ramai rakyat Malaysia yang memilih melancong ke negara Vietnam kerana... Read More