10 Tempat Percutian Paling Menarik Malaysia Anda Jangan Lepaskannya

Tempat Percutian Paling Menarik Malaysia – Malaysia adalah salah sebuah negara yang tercantik di dunia. Anda tak perlu pergi jauh untuk menikmati keindahan tempat menarik, lebih-lebih lagi jika inginkan yang murah dan berbaloi.

Pada tahun 2013 sebanyak 25 juta pelancong dari seluruh dunia datang membanjiri negara ini. Kita tinjau 10 tempat percutian paling menarik di Malaysia.

Lihat tempat percutian paling menarik yang anda tidak harus lepaskan untuk bercuti di sana. Untuk menjadikan percutian anda lebih enjoy dan seronok, rancang percutian anda lebih awal. Buat keputusan di mana anda akan bercuti, aktiviti yang akan dilakukan dan tempat di mana anda akan menginap dan bagaimana anda akan ke sana.

Tempat Percutian Paling Menarik Kuala Lumpur

10 Tempat Percutian Paling Menarik Malaysia Anda Jangan Lepaskannya

Kuala Lumpur adalah ibu negara dan pintu masuk ke Malaysia bagi pelancong dari seluruh dunia. Dihubungkan dengan negara-negara lain seluruh dunia melalui Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Kuala Lumpur juga pusat ekonomi dan kebudayaan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan di Kuala Lumpur, dari melawat ke Petronas Twin Tower hingga ke bangunan bersejarah Sultan Abdul samad di Dataran Merdeka malah melihat tempat pembuatan batik juga.

Ada banyak tempat penginapan di Kuala Lumpur, dari yang murah dan bajet hingga yang mewah dan berprestej. Untuk perjalanan dalam Bandaraya Kuala Lumpur anda boleh memilih bas, keretapi, teksi, LRT atau yang lebih seronok ialah dengan memandu kereta sendiri.

Symphony Heights Condo Batu Caves Homestay Kuala Lumpur

Ini Air Terjun Yang Menarik Selangor Dan Kuala Lumpur

Senarai Tempat Menarik Selangor

Tempat Percutian Paling Menarik Malaysia – Putrajaya

Tempat Percutian Paling Menarik Malaysia - Putrajaya

thousandwonders.net/

Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Negara Malaysia yang dibina pada tahun 1999. Menempatkan kesemua pejabat kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri. Ianya adalah sebuah bandaraya hijau di aman anda dapat melihat bangunan-banguna  moden dan unik termasuk 650 hektar tasik buatan manusia.

Mengembara dengan cruise adalah aktiviti yang ‘wajib’ anda lakukan kerana anda akan dapat melihat landskap yang sangat cantik dan indah di sekeliling anda. Lawati juga Putrajaya Botanical Garden atau Agriculture Heritage Park, lihat berbagai jenis tanaman yang terdapat di negara ini seperti getah, kelapa sawit, koko, dan berbagai jenis herba.

Jarak Putrajaya dari Kuala Lumpur lebih kurang 38 kilometer sahaja. Cara paling mudah untuk sampai kesini ialah dengan memandu kereta sendiri.

Tempat Menarik Pullman Putrajaya Lakeside

10 Tempat Percutian Paling Menarik Malaysia Anda Jangan Lepaskannya

Tempat Percutian Paling Menarik Malaysia – Penang

Tempat Percutian Paling Menarik Malaysia - Penang

George Town di Pulau Pinang telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage City. Rugi besarlah jika anda belum pernah sampai ke sini. Tempat menarik Penang ini terdapat seni bina dan budaya yang unik dan sangat menarik. Banyak mengekalkan bangunan lama zaman penjajahan yang sangat menarik.

Terlalu banyak tempat menarik untuk anda terokai di sini yang patut dimasukkan dalam jadual percutian anda seperti Bukit Bendera, Tokong Ular, Batu Ferringhi, Gurney Drive dan banyak lagi.

Pulau Pinang juga terkenal sebagai syurga makanan. Ambillah peluang untuk menikmati Rojak Penang, Pasembur, Char Kway Teow, Asam Laksa, Nasi Kandar dan banyak lagi.

Homestay In Penang Online Booking

Homestay In Penang An Exquisitely Beautiful Island With The Perfect Blend Of Rich Heritage

Tempat Percutian Paling Menarik Malaysia – Langkawi

langkawi cable car

Langkawi yang mempunyai lebih dari 99 buah pulau terletak di Lautan Andaman Malaysia Barat. Sangat terkenal kerana keindahan alamnya gandingan laut luas dan hutan hujan tropika yang menghijau, kebersihan pasir pantai yang halus dan putih, sawah padi dan banyak lagi.

Lagenda Mahsuri selalu disebut-sebut dan kini anda boleh melihatnya sendiri. Jika anda tidak ada banyak masa dalam percutian di Langkawi, anda boleh beberapa tempat menarik dari sekian banyak tempat seperti Gunung Mat Chingcang, Mangrove River Cruise, Muzium Mahsuri, Taman Buaya, Laman Padi, Kompleks Kraftangan dan banyak lagi.

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak Mengikut Daerah

Homestay Langkawi Murah Dan Selesa

Rumah Intan Homestay Langkawi – Cantik Dan Selesa

Tempat Percutian Paling Menarik Malaysia – Gunung Kinabalu

Tempat Percutian Paling Menarik Malaysia - Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu setinggi 4,095 meter dari aras laut. Merupakan salah satu gunung yang popular bagi pendaki gunung. Ianya juga merupakan laluan pendakian yang paling selamat dan paling banyak didaki.

Terletak 85 kilometer ke Timur Laut bandar Kota Kinabalu dan boleh kelihatan dari pantai barat Sabah. Tapak Warisan Dunia ini terkenal dengan ekologi, flora dan geologinya. Gunung Kinabalu merupakan daya tarikan utama negeri Sabah di samping daya tarikan lain seperti orangutan, monyet proboscis dan tempat menyelam yang angat cantik.

Jika anda dari Kuala Lumpur atau negara lain boleh terus menaiki kapaltrbang dan mendarat terus di Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Dari sana anda boleh menuju ke Bandaraya Kota Kinabalu atau terus sahaja ke Kundasang, Ranau untuk memulakan pendakian.

Homestay Taman Ganang Apartment Kota Kinabalu

Kundasang Holiday Homestay Sabah

39 Best Vacation Spots In Malaysia

Tempat Percutian Paling Menarik Malaysia – Melaka

tempat percutian menarik melaka

Melaka merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Salah sebuah negeri yang terkecil di Malaysia. Kaya dengan tinggalan sejarahdan tempat tarikan pelancong. Anda akan dapat melihat banyak bahan sejarah zaman penjajahan termasuklah kawasan penenpatan orang-orang Portugis.

Terletak lebih kurang 145 dari Kuala Lumpur dan 240 dari Singapura, negeri ini boleh dilawati dengan mudah melalui Lebuhraya Utara Selatan PLUS dan sangat popular di kalangan pelancong Singapura dan antarabangsa.

Jangan terkejut! Melaka akan penuh sesak sewaktu musim cuti persekolahan dan anda dinasihatkan membuat tempahan awal tempat penginapan. Terdapat banyak perkhidmatan bas untuk ke sini namun sangat seronok jika anda memndu kereta sendiri.

Tempat Menarik Melaka Rugi Sangat-sangat Jika Anda Tidak Kunjungi

30 Tempat Menarik Kuching Sarawak Yang Harus Dikunjungi

7 Seafront Resort Melaka Make Me Feel Wants Vacation Now

Tempat Menarik Cameron Highlands

Cameron Highlands terletak 20 kilometer dari Bandaraya Ipoh dan 150 kilometer dari Bandaraya Kuala Lumpur dan yang menariknya Cameron Highlands terletak 5,000 kaki dari aras laut. Di Cameron highlands anda dapat menikmati kesejukan suhunya di antara 25 hingga 12 darjah celcius.

Cameron Highlands terkenal sebagai pusat pengeluaran tea. Terdapat banyak ladang tea di sini dan yang lebih menariknya anda boleh melawat dan bergambar dalam ladang tea tersebut. Selain itu Cameron Highlands juga merupakan pusat pengeluaran bunga-bungaan, sayur-sayuran dan pusat pengeluaran buah strawberry.

Di Cameron Highlands  megikut anda berpeluang memetik sendiri buah strawberry mengikut kesukaan anda.

Cameron Highlands sangat terkenal sebagai salah sebuah tempat percutian yang menarik di malaysia termasuk Taman Negara, Pulau Perhentian, Pulau Pinang, Langkawi dan Melaka. Anda boleh datang ke Cameron Highlands dengan menaiki bas atau memandu kereta sendiri.

Seperti tempat pelancongan lain, Cameron Highlands akan penuh sesak di musin cuti sekolah, jadi buat tempahan awal tempat penginapan anda.

Tempat Menarik Pergunungan Cameron Highlands

Senarai Tempat Menarik Cameron Highlands

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak Mengikut Daerah

Tempat Menarik Pulau Tioman

Tempat Menarik Pulau Tioman

Pulau Tioman terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia.Terletak 32 batu nautika negeri Pahang. Tempat paling cantik dan menarik terumbu karang, seluas 12,000 hektar hutan hujan tropika, terdapat banyak gunung dan sungai dan juga airterjun.

Majalah Time Magazine telah memilih Pulai Tioman sebagai pulau tercantik di dunia pada tahun 70an. Sangat sesuai untuk percutian keluarga, bulan madu, scuba diving dan pengembaraan. Anda boleh menaiki kapalterbang terus dari KLIA atau menaiki kereta hingga ke jeti di Mersing atau Kuala Rompin. Selepas itu anda perlu menaiki feri untuk ke Pulau Tioman.

9 Wonderful Chalets at Bagus Place Tioman Island

Top Beautiful Islands Vacation Destination In Malaysia

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian yang terkenal di seluruh dunia kerana pantainya yang bersih dan air yang jernih. Pulau dan batu karangnya tidak tercemar dan popular sebagai destinasi terakhir treveller yang meneroka Asia Tenggara. Bermain dan berjalan di atas pasir lembut dan putih dengan serpihan batu karang di pantai.

Laut biru, dan jernih menjadikan Pulau Perhentian sebagai tempat terbaik untuk snorkeling di Malaysia. Di hadapan resort anda, anda boleh berenang, snorkeling, bermain di pantai dan berkayak sepanjang hari.

Pulau Perhentian sangat popular di kalangan pelancong seluruh dunia sebagai salah satu destinasi semasa lawatan mereka di Malaysia yang biasanya merangkumi Taman Negara, Cameron Highlands, Pulau Pinang, Melaka dan Langkawi. Anda boleh sampai ke sana sama ada dengan memandu sendiri atau perkhidmatan bas atau pengangkutan awam seperti teksi dan bot.