HOME
Home » Sungai Besar » Chalet Terapung Sungai Besar

Chalet Terapung Sungai Besar

Posted at | Categorised in Sungai Besar

Chalet Terapung Sungai Besar atau dikenali secara rasminya sebagai D’ Muara Marine Park Sungai Haji Dorani adalah kepunyaan Majlis Daerah Sabak Bernam yang operasinya diuruskan oleh syarikat Dorani Bayu Resort and Services Sdn. Bhd. melalui konsep usahasama yang telah dimeterai pada Februari 2005.

Chalet Terapung Sungai Besar terletak di lokasi berhampiran denag pekan Pekan Sungai Besar iaitu dalam lingkungan lima kilometer dan jarak 90km dari Bandaraya Shah Alam. Berkonsepkan mesra alam dan telah didirikan di pinggir pantai Sungai Haji Dorani menghadap laut  Selat Melaka yang lengkap dengan kemudahan serba moden dan eksklusif sangat sesuai untuk beristirehat, seminar, mesyuarat dan menyambut hari keluarga sambil menikmati ketenangan melihat panorama aktiviti nelayan Pantai Sungai Haji Dorani.

Bukan sahaja mempunyai pakej Sea View iaitu konsep chalet terapung tetapi D’ Muara Marine Park Sungai Haji Dorani juga membunyai dua lagi konsep iaitu Village View dan Apartment. 

chalet terapung sungai besar

chalet terapung sungai besar dari dalam bilik

pemandangan dari luar chalet terapung sungai besar

Chalet Terapung Sungai Besar menawarkan dua pakej utama ialut Pakej Mesyuarat yang terbahagi kepada enam sub pakej iaitu Pakej Eksklusif dan lima pakej lain yang dinamakan Pakej A,B,C,D dan E.  Keistimewaan prasarana dan layanan bergantung kepada pakej yang ditawarkan.

chalet terapung sungai besar

Di sini anda boleh beraksi…

Manakala pakej Hari keluarga pula adalah seperti berikut:

Harga pakej untuk seorang dewasa ialah RM 155.00 / seorang
Pakej untuk kanak-kanak (6 – 12 Tahun) ialah RM 95.00 / seorang

Setiap harga pakej itu termasuk :
Penginapan
~ Chalet (3 orang/ unit chalet)
~ Apartment (4 orang/ unit chalet)

Empat Kali Makan
~ Minum Petang (3.00pm)
~ BBQ + Karaoke (8.00pm)
~ Sarapan Pagi (7.30am)
~ Makan Tengahari (12.00pm)

Sukaneka (Pihak Resort Uruskan Kesemuanya)
~ pilih lima (5) jenis sukan untuk kategori dewasa dan kanak-kanak seperti di dalam pakej yang di lampirkan.
~ air minuman turut disediakan sepanjang aktiviti sukaneka berlangsung

Chalet Terapung Sungai Besar terletak di:

Dorani Bayu Resort & Services Sdn. Bhd.
D’muara Marine Park
Sungai Haji Dorani
45300 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan.

E-mail : doranibayu@gmail.com
Blog    : www.dmuararesort.blogspot.com
Tel & Fax : 03-3224 6800 (hunting line)

Follow us at Google Plus

Klik untuk ketahui lebih tentang chalet terapung untuk kaki pancing!

No comment for Chalet Terapung Sungai Besar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to Chalet Terapung Sungai Besar

Float Chalet Sungai Haji Dorani Selangorsea view

Float Chalet Sungai Haji Dorani Selangor

Posted at

Float Chalet Sungai Haji Dorani Selangor – Dorani Bayu Resort, Sungai Haji Dorani belongs to Sabak Bernam District Council where the management and operation... Read More

Homestay Sungai Besar – Alami Suasana Kampong Tradisional Di Damai Rasidin Homestay

Posted at

Homestay Sungai Besar terletak hanya 1 kilometer dari pekan Sungai Besar juga hanya 1 kilometer dari pekan Sg Hj Dorani yang dihiasi dengan pelbagai... Read More