HOME
Home » Sabak Bernam » 10 Tempat Menarik Sabak Bernam Selangor

10 Tempat Menarik Sabak Bernam Selangor

Posted at | Categorised in Sabak Bernam

Tempat Menarik Sabak Bernam – Selain dari 8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati, negeri Selangor yang berjiran dengan Perak juga mempunyai banyak tempat menarik untuk pelancongan dan percutian. Antara yang paling popular ialah tempat menarik Sabak Bernam.

Tempat menarik Sabak Bernam terletak bersempadanan dengan negeri Perak yang dipisahkan oleh sungai Bernam. Daerah yang termasuk dalam senarai tempat menarik Selangor ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Terletak berhampiran dengan Laut Selat Melaka, terkenal dengan kawasan perikanan seperti Sungai Besar dan Sekinchan. Manakala di bahagian timurnya pula terbentang luas kawasan sawah padi.

10 Tempat Menarik Sabak Bernam Tempat Percutian Sekeluarga

10 Tempat Menarik Sabak Bernam SelangorBagan Nakhoda Omar – Agak terpencil di utara negeri Selangor, terletak sejauh 20 kilometer dari jalan besar Kelang – Teluk Intan. Merupakan sebuah perkampungan nelayan dan pertanian. terdapat sebuah pusat rekriasi di tepi pantai.

Tersedianya restoran makanan laut yang terkendal dengan mee udang, nasi goreng udang dan banyak lagi. Setiap petang ramai yang berkunjung di sini untuk berihat bersama keluarga sambil menikmati menu makanan laut. Gerai-gerai jualan juga banyak terdapat di sini.

10 Tempat Menarik Sabak Bernam SelangorKelong Paradise Waterfront Resort – Merupakan chalet terapung seri idaman memancing dari pintu bilik dan syurga bagi kaki pancing, destinasi terbaik bagi yang minat memancing dan ingin merasakan keunikan berada di tengah laut, kita-kira 15 batu nautika dari bagan nakhoda Omar.

Untuk kemudahan anda, kami sertakan alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.

Address: Kelong Paradise Waterfront Resort, Bagan Nakhoda Omar, Jln. SG. Air Tawar, 45300 Sabak Bernam, Selan, Malaysia
Phone: +60 3-3216 4798

10 Tempat Menarik Sabak Bernam SelangorPasar Sungai Haji Dorani – Sungai Haji Dorani terkenal dengan pusat pelancongan bertemakan kehidupan kampung. Terdapat beberapa buah homestay yang sangat istimewa di sini seperti Sungai Haji Dorani Homestay, Chalet Haji Zainal, Homestay JKKK Sungai Haji Dorani, Dorani Bayu Resort & Service Sdn Bhd dan banyak lagi.

Antara makanan laut yang unik di sini ialah mentarang iaitu sejenis kupang berbentuk panjang, biasanya dibakar atau dimasak lemak. Bagi anda yang suka kerang bakar, harus mencuba mentarang ini kerana rasanya yang lebih ‘menangkap’.

10 Tempat Menarik Sabak Bernam SelangorPantai Batu 23 Sungai Nibong – Pencinta keindahan alam, wajib berkunjung di sini. Anda boleh menginap di Homestay Pantai batu 23, Sungai Nibbong. Sambil menikmati keindahan alam dari Jeti batu 23 Seasite, anda juga boleh menikmati keenakan makanan di Warung Mee Santai Mee Bandung Udang pantai BM dan Mee Udang Kolam.

Tuan haji Yusof  016-6768671 Homestay batu 23 Sungai Nibong, 45400 Sekinchan, Selangor

Tempat Menarik Sabak Bernam
Pusat Pemerhatian Enggang
– Terletak di Hutan Simpan Sungai Karang, mempunyai banyak spesis burung enggang yang hampir
pupus antaranya Anorrhinus Galeritius, Buceros Rhinocerus, Anthracoceros Albirostris  Convexus dan banyak lagi. Burung enggang antara spesis haiwan yang kian pupus kerana habitat mereka telah dimusnahkan oleh pembangunan. Jika anda ingin melihat burung ini dari dekat, silahal ke Pusat Pemerhatian Enggang ini.mangga sabak bernam

Ladang Mangga Sungai Limau -Jika andamelalui jalan Klang Teluk Intan anda akan dapat menyaksikan buah-buah mangga disusun cantik di atas rak papan. Buah mangga berwarna hijau dan kuning yang
disusun rapi memberikan su
atu pemadangan yang unik. Bukan saja rupanya yang cantik tetapi juga sangat sedap dimakan. Anda boleh membelinya dengan harga yang berpatutan. Jika ingin mengunjungi ladang mangga tersebut bolehlah bertanya kepada penjualnya.

Tempat Menarik Masjid Jin Panchang Bedena – Masjid kayu yang dibina pada tahun 1905 ini kini di bawah seliaan Muzium Negeri Selangor keran seni binanya yang yang cantik dan unik. Telah diperbaharui beberapa kali untuk mengekalkan keseniannya. Dinamakan Masjid Jin kerana diceritakan orang kampung pernah ternampak kelibat makhluk ganjil di masjid tersebut.

 

Tempat menarik Sabak Bernam – Tempat Makan Best

tempat menarik sabak bernam mee udang bagan nakhoda omarMee Udang Bagan Nakhoda Omar – Ramai yang tahu Kuala Sepetang sangat terkenal dengan Mee Udang, tetapi di bagan nakhoda Omar Sabak Bernam juga ada tempat menarik untuk makan-makan mee udang. Hampir setiap petang tempat ini dipenuhi oleh pengunjung yang ingin menikmati keenakan mee udang di sini.

Restoran Lembah Bernam –  Restoran Lembah Bernam terletak di lokasi Parit 9 Sekinchan. Restoran ini menghidangkan makanan eksitik seperti landak, kijang dan rusa. Selain itu terdapat juga udang galah, ikan sepat dengan masakan kampung. Di bika dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Restoran Kuala Kurau –  Restoran Kuala Kurau terletak berhampiran Sungai Besar Business Centre, menyediakan berbagai jenis makanan menu kampung yang sungguh sedap. Restoran ini terkenal dengan “Air Express”, jadi anda tak payah tunggu lama.

Tempat Menarik Sabak Bernam merupakan satu destinasi percutian yang harus ada dalam senarai anda. banyak lagi tempat menarik Sabak Bernam yang akan kami senaraikan nanti.

Share This Post:

Comment Closed: 10 Tempat Menarik Sabak Bernam Selangor

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to 10 Tempat Menarik Sabak Bernam Selangor

13 Homestay Menarik Di Sabak Bernam

13 Homestay Menarik Di Sabak Bernam Inilah Sebab Anda Perlu Ke Sana

Posted at

Sabak Bernam salah satu daerah yang memperkenal dan mempopularkan homestay menarik yang terletak di tengah sawah dan berhampiran dengan laut. 13 Homestay Menarik Di Sabak... Read More

Homestay Sabak Bernam

Homestay Sabak Bernam Nur Kasih

Posted at

Homestay Sabak Bernam Nur Kasih No 17, Jalan 1, Taman Intan Jaya, Sabak Bernam. – Contains 4. The main room is air-conditioned. – Living... Read More

Homestay Batu 23 Sungai Nibong Sabak Bernam

Homestay Batu 23 Sungai Nibong Sabak Bernam

Posted at

Homestay Batu 23 Sungai Nibong Sabak Bernam adalah sebahagian dari komuniti tradisional Melayu atau kampung Melayu dikelilingi oleh sawah padi, hutan paya bakau, kebun... Read More

Homestay Nur Kasih Inap Desa Sabak Bernam

Homestay Nur Kasih Inap Desa Sabak Bernam

Posted at

SELAMAT DATANG KE Homestay Nur Kasih Inap Desa Sabak Bernam Homestay Nur Kasih Inap Desa Sabak Bernam TEMPAHAN HUBUNGI BORHANUDDIN ; 019-5777 395 /... Read More

Intan Garden Homestay Sabak Bernam

Posted at

Assalamualaikum dan Selamat datang ke Intan Garden Homestay Sabak Bernam, Seri Perkasa. Intan Garden Homestay Sabak Bernam berada hanya 5 minit dari pekan Sabak Bernam, 10... Read More