HOME
Home » Slim River » Homestay Teratak Yong Casa D’Balun Slim River Menarik Dan Tenang

Homestay Teratak Yong Casa D’Balun Slim River Menarik Dan Tenang

Posted at | Categorised in Slim River

Homestay Teratak Yong Casa D’Balun Slim River yang terletak di Kampung Balun Slim River, Perak mula beroperasi pada bulan Mei 2017. Rumah yang dibina di atas tanah kampung ini sangat selesa untuk percutian anda bersama keluarga mahupun rakan-rakan yang ingin merasai suasana nyaman dan segar di kampung.

Homestay Teratak Yong Casa D’Balun Slim River mempunyai kemudahan 3 bilik tidur beserta 2 bilik air. Terdapat katil bersaiz Queen yang diletakkan di 2 bilik tidur manakala untuk bilik yang terakhir diletakkan katil bersaiz King. Kesemua bilik mempunyai almari dan kipas siling.

Ruang tamunya pula dilengkapi dengan TV dan siaran Astro Njoi. Jika anda mahu bersantai sambil menikmati suasana kampung, Veranda yang luas pastinya tempat yang sesuai untuk anda menenangkan diri.

Di bahagian dapurnya pula, terdapat peralatan untuk memasak berserta peti ais mini.

Homestay Teratak Yong Casa D’Balun Slim River menawarkan laman kampung yang luas untuk anda membuat aktiviti BBQ mahupun kenduri-kendara. Terdapat beberapa pokok getah yang terletak di laman homestay ini dan anda boleh meminta pemilik homestay untuk menunjukkan demonstrasi menoreh getah. Di sinilah keunikan Homestay Teratak Yong Casa D’Balun Slim River kerana ianya terletak di Kampung dengan tanah yang luas dan bukannya di kawasan taman perumahan.

Homestay Teratak Yong Casa D’Balun Slim River Menarik Dan Tenang

Homestay Teratak Yong Casa D'Balun Slim River Homestay Teratak Yong Casa D'Balun Slim River

Antara kawasan-kawasan menarik yang boleh anda kunjungi semasa menginap di Homestay Teratak Yong Casa D’Balun Slim River adalah:

Taman Tasik YDP – 2 minit
Pekan Slim River – 4 minit
Shell out seafood Slim River @ TR & Traitor Crab – 6 minit
Whitewater Rafting Ulu Slim – 20 minit
Kolam air panas Ulu Slim – 20 minit
Air Terjun Sungai Bil – 23 minit
Sungai Klah Hot Spring Park – 30 minit
Untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang Teratak Yong Casa D’Balun, sila layari video promo 7 minit di Youtube seperti di bawah.

https://youtu.be/HlXpiMx-Ajw

Untuk video promo 1 minit di Youtube, sila klik link di bawah.

https://youtu.be/TPM5jaFYe6Q

Ingin menempah untuk bermalam di Teratak Yong Casa D’Balun? Sila hubungi nombor di bawah ini:

Haji Zul – 019-333 7925

Hajjah Azmon – 013-388 4340

Tempat menarik:

8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati!

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak Mengikut Daerah

Haji Zulkapli dan Hajjah Azmon merupakan pasangan suami isteri yang mengusahakan Homestay Teratak Yong Casa D’Balun. Mereka berdua merupakan anak jati Kampung Balun, Slim River Perak.

Haji Zul adalah seorang pesara Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang pernah berkhidmat di Kem Kinrara, Labuan dan Alor Setar. Setelah bersara pada tahun 1994, Haji Zul serta keluarganya berpindah ke Bandar Kinrara, Puchong.

Pada waktu ini, Haji Zul membuat perniagaan secara kecil-kecilan di Puchong dan juga mengusahakan Homestay ini berserta isterinya, Hajjah Azmon. Sila follow instagram Haji Zul @hjzulkapli .

Share This Post:

Comment Closed: Homestay Teratak Yong Casa D’Balun Slim River Menarik Dan Tenang

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Homestay Teratak Yong Casa D’Balun Slim River Menarik Dan Tenang

Klant Homestay Slim River

Posted at

Klant Homestay Slim River  – Rumah berkembar yang cantik dan selesa untuk sekeluarga, seperti berada di rumah sendiri. Menyediakan 3 buah bilik tidur yang... Read More