Tempat Menarik Pulau Pangkor Yang Bajet Sangat-sangat

Tempat menarik Pulau Pangkor salah satu destinasi percutian yang sangat terkenal dan menjadi tumpuan ramai pelancong di dalam dan luar negara Malaysia.

Daya tarikan utaman Pulau Pangkor ialah keindahan pantai dan air lautnya yang sangat jernih menjadi tempat himpunan hidupan laut dan batu karang yang sangat cantik dan menarik. Selain itu ianya juga dengan sejarah yang menarik penjajahan Belanda yang sangat menarik untuk diketahui.

Untuk memudahkan anda meneroka pulau yang sangat menarik ini, kami senaraikan tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor sebagai sedikit persedian sebelum anda memulakan perjalanan.

Sebelum itu anda mungkin ingin tahu 8 Tempat Menarik Paling Best Di Perak Yang Mesti Dilawati!

Pulau Pangkor terletak sebaris dengan pantai peranginan Port Dickson di Selat Melaka dalam daerah Manjung Perak. Sebelum sampai ke Pulau Pangkor anda harus melalui bandar Setiawan, Manjung dan Lumut dan perlu menaiki feri dari jeti Lumut.

Jika anda memandu kenderaan sendiri, kereta boleh di letakkan di tempat parking berbayar berbumbung dan selamat. Jika anda dari Kuala Lumpur perlu keluar melalui plaza tol Sungkai, melalui Teluk Intan masuk simpang kanan di Bazar Nenas kampung Selabak menuju ke Seri Manjung.

Keadaan pekan Lumut agak padat dengan kenderaan terutama pada hujung minggu lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah. Namun kini telah terdapat tempat letak kereta bertingkat di sini.

Setelah meletakkan kenderaan anda dengan selamat, boleh terus dapatkan tiket feri di jeti Lumut. anda boleh sahaja bersiar-siar di Seri Manjung, Lumut atau Teluk Batik sebelum berlepas ke Pangkor. Perkhidmatan feri bermula dari jam 6.30 pagi sehingga 8.30 malam.

Selain dari itu anda boleh juga ke Pulau Pangkor melalui jeti Pulau Marina, dengan masuk simpang menuju Teluk Batik berhampiran Pengkalan TLDM. Perkhidmatan feri di sini bermula jam 6.45 hingga jam 8.00 malam. Kelebihan menggunakan feri dari jeti ini perjalanan hanya mengambil masa 10 minit sahaja berbanding 45 minit jika menggunakan jeti Lumut.

Tempat Menarik Pulau Pangkor Yang Bajet Sangat-sangat

Tempat Menarik Pulau Pangkor Yang Bajet Sangat-sangat

Namun bagi yang suka berada di atas laut lebih lama, boleh sahaja memilih perjalanan dari jeti Lumut.

Di Pulau Pangkor juga anda harus menaiki van atau teksi dengan tambang yang berpatutan yang akan membawa anda ke destinasi pelancongan tepi pantai pilihan anda. Perkhidmatan sewa kereta, motorsikal dan basikal juga ada disediakan untuk kemudahan pelancong meneroka pulau yang sangat menarik ini.

Bagi anda yang tidak gemar memandu, anda boleh sahaja menaiki kapalterbang Berjaya Air dari Kuala Lumpur dan mendarat di lapanganterbang Teluk Dalam Pulau pangkor.

Tempat menarik bersejarah Pulau Pangkor yang harus dilawati

Bebarapa peninggalan menarik penjajahan Belanda suatu ketika dulu terdapat di sini seperti Kota Belanda dan batu bersurat di Teluk Gedung. Manakala di Sungai Pinang pula terdapat perkuburan belanda yang menunjukkan Belanda pernah menduduki pulau ini.

Pantai menarik di Pulau Pangkor yang boleh anda kunjungi

Ada banyak pantai menarik di Pulau pangkor yang boleh anda kunjungi samada untuk berihat, beriadah atau mengadakan hari keluarga. Pantainya yang putih bersih sangat sesuai untuk mengadakan acara-acara pantai yang menghiburkan. Antara tempat menarik di Pulau Pangkor yang popular adalah Patai Teluk Nipah, Pantai Pasir Bogak, Pantai Teluk ketapang atau dikenali sebagai Turtle Bay, Teluk Man, Pantai Puteri Dewi, Teluk Dalam dan banyak lagi.

Di sekitar Pulau Pangkor terdapat beberapa pulau kecil yang menarik dan boleh dijelajahi seperti Pangkor Laut, namu pulau ini adalah pulau persendirian dan hanya dibuka kepada penginap di Pangkor Laut Resort, Pulau mentangor dan Pulau Giam.

Tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor yang seronok dilawati sambil menambah ilmu dan membeli produk hasil laup di sini:

  1. Pengkalan membina bot
  2. Kilang ikan bilis
  3. Taman Fu Lin Kung
  4. Pekan Pulau Pangkor
  5. Lapangan Terbang Teluk Dalam dan
  6. Kilang membuat satay ikan

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Pangkor

Bercuti di pulau Pangkor tidak dapat lari dari melakukan aktiviti-aktiviti pantai dan yang berkaitan dengan laut. Paling tidak anda boleh berihat di bawah pokok melihat pemandangan laut luas sambil menikmati hembusan angin segar yang menkasyikkan. Ada aktiviti yang percuma dan ada yang berbayar antaranya:

  1. Berihat di tepi pantai dan mandi laut bersama keluarga
  2. Melawat tempat menarik di sekitar pulau samada berjalan kaki, berbasikal atau boleh sahaja menaiki van pelancong dengan kadar bayaran dalam lingkungan RM100
  3. Aktiviti bebas mengelilingi pulau dengan basikal atau motorsikal
  4. Jungla trekking atau melihat matahari terbenam waktu senja di tepi pantai
  5. Berkayak dengan bayaran Rm10 sejam
  6. Snorkling dengan bayaran RM15 sejam
  7. Menyelam atau Scuba Diving
  8. Alami berada di atas bot pukat tarik dengan pakej tertentu
  9. Mencuba water spot seperti menunggang jet ski, banana boat dan banyak lagi
  10. Boat trip dan Sunset Cruising yang menyeronokkan

Lihat senarai hotel, homestay, resort di Pulau Pangkor

Terdapat banyak tempat penginapan di pulau peranginan ini antaranya Coral Bay Resort, Golden Beach Resort, Pangkor Sandy Beach Resort, Pangkor Village Beach Resort dan banyak lagi, lihat Senarai hotel Pulau Pangkor.

Ingin menginap di homestay menarik Pulau Pangkor? Ini senarai homestay Pulau pangkor yang menarik:

Homestay Pangkor Indah Pulau Pangkor

Homestay Terapung Teluk Gedung Pulau Pangkor