HOME
Home » Batu Kurau » Wadi Abi Homestay Batu Kurau

Wadi Abi Homestay Batu Kurau

Posted at | Categorised in Batu Kurau

Wadi Abi Homestay Batu Kurau

Wadi Abi Homestay Batu Kurau – Dua buah rumah teres 2 bilik tidur, . Sangat selesa didiami bersama keluarga/ rakan untuk percutian, rombongan perkahwinan/ pertunangan, kursus/ kerja jangka pendek, aktiviti pelajar dan sebagainya

Wadi Abi Homestay menyediakan tempat penginapan sementara kepada pengunjung dari luar atau tempatan yang berkunjung Batu Kurau dan sekitarnya. Lokasi yang sangat strategik dan mudah dicari iaitu terletak Kampung Paya, Batu Kurau, Taiping Perak .

Wadi Abi Homestay Batu Kurau Facilities

-Perabot yang lengkap: sofa, katil kelamin dan bujang
-Peralatan elektrik: Televisyen (ASTRO Njoi), cerek elektrik, Seterika, Peti Ais (Mini Bar) kipas dinding dan siling
-2 buah bilik tidur (5,6 orang) satu rumah.
-Tandas/bilik air

Lokasi homestay yang berhampiran dengan jalan utama dan kedai makan serta mempunyai kawasan letak kereta yang luas.

Suasana kampung yang mendamaikan serta jauh dari kawasan kesesakan pasti menjamin keselesaan setiap pengunjung yang menginap di sini pada harga yang berpatutan.

Wadi Abi Homestay Batu Kurau Foto

Wadi Abi Homestay Batu Kurau Wadi Abi Homestay Batu Kurau Wadi Abi Homestay Batu Kurau

Wadi Abi Homestay Batu Kurau Contact

Untuk Tempahan atau pertanyaan boleh Pm atau Sms / whatapps ke 0134030695 ( Hafizah ) @ 0125717623 (Hafiz)

Kadar Sewa:
Setiap hari biasa, hari minggu atau cuti am: 2H1M-RM 130 ,3H2M-RM250

Wadi Abi Homestay Batu Kurau Wiki

Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping. Batu kurau boleh dilawati dengan melalui Jalan Besar dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau.

Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping).

Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, daerah Kerian

No comment for Wadi Abi Homestay Batu Kurau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to Wadi Abi Homestay Batu Kurau